Wednesday, July 29, 2009

Sekatan Menduduki PTK

. Wednesday, July 29, 2009
0 comments

Mulai Jun 2009, pegawai-pegawai yang telah mendaftar PTK tetapi tidak menghadiri peperiksaan sesi tersebut tanpa mengemukakan alasan yang munasabah boleh disekat menduduki PTK selama 12 bulan dari tarikh PTK yang ditawarkan.

Calon boleh memohon pengecualian sekatan dengan mengemukakan Borang Permohonan Pengecualian Penangguhan (Sekatan) PTK yang boleh dimuat turun dari http://apps.emoe.gov.my/bppk.

Maklumat lengkap siaran ini boleh dirujuk di papan kenyataan pejabat. Sekian harap maklum.

Read More »»

Tuesday, July 28, 2009

Lagu Rasmi JPN P. Pinang

. Tuesday, July 28, 2009
0 comments

Lagu Pendidikan Pulau Pinang Di Persada Antarabangsa ciptaan Hanny Leow Huey Han (Guru SMK Bkt Jambul) telah diisytiharkan sebagai lagu rasmi JPN Pulau Pinang.
Lagu boleh dimuat turun dari http://www.jpnpp.edu.my/.

Harap maklum

Read More »»

Monday, July 27, 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan 2009/5

. Monday, July 27, 2009
0 comments

Latihan Dalam Perkhidmatan 2009 kali ke 5 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 1 OGOS 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi (pendaftaran) - 2.00 ptg
Tempat : Dewan Yu Xiu

Kehadiran guru adalah diwajibkan

Read More »»

Friday, July 24, 2009

Sukan Gabungan 3 Sekolah

. Friday, July 24, 2009
0 comments

Sukan Gabungan 3 Sekolah akan berlangsung di padang sekolah kita pada 31 JULAI 2009 (Jumaat)jam 9.00 pagi. Hanya sebilangan guru yang terlibat dalam aktiviti tersebut. Jadi, pelajaran di kelas berjalan seperti biasa.

Raptai sukan ini dijangka akan diadakan pada 28 dan 29 Julai 2009.

Harap maklum

Read More »»

Penghantaran Rekod NILAM

.
0 comments

Semua guru Tingkatan diminta melengkapkan rekod NILAM kelas masing-masing dan menyerahkannya kepada PK Pentadbiran selewat-lewatnya 31 JULAI 2009 (Jumaat). Sekian, terima kasih.

Read More »»

Tiket PTK (OGOS)

.
0 comments

Semua guru yang mengambil PTK (OGOS)diminta mengambil tiket peperiksaan daripada Pn Ida di pejabat.
Terima kasih.

Read More »»

Monday, July 20, 2009

Hari Interaksi Ibubapa

. Monday, July 20, 2009
0 comments





Hari Interaksi Ibubapa tahun 2009 telah berjaya diadakan pada 18 JULAI 2009. Sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.

Read More »»

Saturday, July 18, 2009

Kejohanan Renang Tahunan kali ke 45

. Saturday, July 18, 2009
0 comments





Kejohan Renang Tahunan ke 45 telah berjaya diadakan di Kolam Renang Kompleks Sukan Permata pada 16 Julai 2009 (Khamis) jam 2 - 5 pm.

Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai yang terlibat

Read More »»

Permohonan Cuti Belajar Separuh Gaji Tanpa Biasiswa PPLD

.
0 comments

Untuk makluman tuan/puan, mulai 2009 semua PPPLD yang berhasrat melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa hendaklah mendapatkan kelulusan Cuti Belajar Separuh Gaji Tanpa Biasiswa terlebih dahulu sebelum memulakan pengajian.
Permohonan cuti belajar ini mestilah disampaikan ke JPN sebelum 1 Sept 2009.

Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada Ketua Kerani di pejabat.
Terima kasih.

Read More »»

Friday, July 17, 2009

Urusan Pemangkuan Guru Cemerlang

. Friday, July 17, 2009
0 comments

Borang permohonan untuk urusan pemangkuan Guru Cemerlang PPPS dan PPPLD boleh diperoleh di pejabt Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti di Tingkat 36, KOMTAR Pulau Pinang. Tarikh tutup : 7 OGOS 2009.

Read More »»

Tuesday, July 7, 2009

Larangan Menggunakan Pengarauh Luar Utk Tujuan Naik Pangkat

. Tuesday, July 7, 2009
0 comments

Satu pekeliling berkaitan perkara di atas telah dipamerkan di papan notis di luar pejabat. Guru-guru boleh merujuk di situ.

Terima kasih.

Read More »»

Pekeliling - Pegawai Gagal Menghadiri Temuduga

.
0 comments

Semua guru diminta merujuk kepada pekeliling yang ada di papan notis luar pejabat berkenaan perkara di atas.

Terima kasih.

Read More »»

Wednesday, July 1, 2009

Lawatan Rombongan Sekolah Negeri China

. Wednesday, July 1, 2009
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa sebuah sekolah dari negeri China ( 荷 山 中 学)akan mengunjungi sekolah kita dari 6 - 10 Julai 2009. Rombongan ini terdiri daripada kira-kira 12 orang pelajar dan guru. Mereka dijangka akan menjalani aktiviti-aktiviti di sekolah kita sepanjang masa ini. Ini termasuk mereka akan dijemput untuk menghadiri kelas Bahasa Cina, Bahasa Inggeris , Science dan Mathematics pada sesi pagi.
Saya berharap guru-guru yang terlibat dapat menyambut kehadiran mereka dalam kelas dengan baik.
Terima kasih.

Read More »»

Tempat Letak Kereta di Sepanjang Tepi Padang

.
0 comments

Guru-guru diminta untuk mengosongkan kawasan meletak kenderaan di sepanjang tepi padang pada 3 Julai 2009 (jumaat). Kawasan ini adalah khas disediakan untuk tetamu-tetamu sekolah yang akan menghadiri Majlis Anak Angkat Kokurikulum.
Harap maklum.

Read More »»

Perhimpunan Khas Sempena Majlis Anak Angkat Kokurikulum

.
0 comments

Satu perhimpunan khas akan diadakan pada 3 Julai 2009 (Jumaat) sempena Majlis tersebut di atas pada jam 11.00 - 12.30 tgh. Majlis ini akan dihadiri oleh ahli-hali lembaga pengarah sekolah.
Hanya pelajar-pelajar daripada 5 buah kelas 4SA dan 8 buah kelas Ting 6 Bawah yang akan hadir. Waktu rehat kelas-kelas ini juga akan berubah ke 9.45 - 10.10 pagi pada hari tersebut.
Guru-guru tidak perlu menghadiri perhimpunan ini memandangkan p & p di kelas lain berjalan seperti biasa.

Read More »»