Sunday, April 11, 2010

KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2010

. Sunday, April 11, 2010

Untuk makluman semua, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa tarikh mula hari persekolahan Tingkatan Enam Bawah tahun ini adalah pada 10 Mei 2010 dan kelayakan kemasukan murid ke Tingkatan Enam Bawah 2010 adalah secara sistem on-line.

Murid-murid dari sekolah kerajaan yang layak ditawarkan masuk ke Tingkatan Enam
Bawah 2010 hendaklah memperoleh kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2009.

Untuk kemasukan ke jurusan KEMANUSIAAN, calon mesti memperolehi TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik .

Untuk kemasukan ke jurusan SAINS, calon mesti memperoleh sekurang- kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred yang tidak melebihi 18 unit.

0 comments:

Post a Comment