Thursday, October 28, 2010

Latihan Dalam Perkhidmatan 2010/7

. Thursday, October 28, 2010
0 comments

Tarikh : 23 Okt 2010 (Sabtu)
Masa : 7.30 - 2.00 pm
Tempat : Dewan Yu Xiu




Read More »»

MAJLIS TAMAT PENGAJIAN TAHUN 2010

.
0 comments

Tarikh : 30 Okt 2010 (Sabtu)

1) Semua guru dikehendaki hadir ke sekolah selewat-lewatnya 8.00 pagi dan rekodkan kehadiran dengan mesin biotek/thumbprint. Guru-guru boleh balik selepas 12.30 tgh.
2) Semua guru diminta berpakaian kemas dan guru lelaki berkemeja lengan panjang serta bertali leher sekolah. Guru-guru lelaki yang masih tiada tali leher boleh dapatkan daripada PK Pentadbiran.
3) Semua guru diminta jangan meletakkan kenderaan di tempat letak kereta di depan Blok A dan B sekolah.
4) Guru Tingkatan 5 dan 6 Atas diminta berada di kelas pada pukul 8.30 pagi untuk menanda kehadiran pelajar di kelas pada hari tersebut. Jangan tandakan kehadiran di Buku Kehadiran Pelajar. Tandakan kehadiran pelajar di atas senarai nama kelas sahaja dan serahkan senarai kepada PK HEM sebagai rujukan.
5) Semua pelajar Tingkatan 5 akan berada di kelas asal masing-masing sementara pelajar Tingkatan 6 Atas akan berada di kelas-kelas berikut :

U6B1 dan U6B2 ke 3TC3
U6B3 dan U6B4 ke 3TC4
U6 F1 ke 4SC1
U6F2 ke 4SC2
U6F3 ke 4SC3
U6F4 ke 4ST1

6) Guru-guru Tingkatan dikehendaki membawa pelajar-pelajar kelasnya ke dewan pada pukul 9.00 pagi.
7) Semua guru berada di dewan pada pukul 9.30 pagi.

Read More »»

Saturday, October 23, 2010

Tarikh-Tarikh Penitng

. Saturday, October 23, 2010
0 comments

LNPT (terkini) : 29 Okt 2010 (Jumaat)
Borang Prestasi 2010 : 29 Okt 2010 (Jumaat)
Borang Perancangan Tahun (BPT) 2011: 19 Nov 2010
Senarai Semak 2010 : 19 Nov 2010 (Jumaat)
Markah peperiksaan : 3 Dis 2010 (Jumaat)
Pendaftaran Pelajar baru 15 Dis 2010 (8.00 am – 1.00pm)
Persediaan Suaikenal : 28 Dis 2010
Suaikenal Pelajar Baru : 29 Dis 2010 (7.30am -1.30pm)
Mesyuarat Guru : 30 Dis 2010 (8.00 pg)
Mesyuarat JKKS 1/2011 : 30 Dis 2010 (1.00 ptg)
Mesyuarat Panitia 1/2011 : 31 Dis 2010 (9.00 pagi)

Read More »»

Thursday, October 14, 2010

Latihan Dalam Perkhidmatan 2010/7

. Thursday, October 14, 2010
0 comments

Satu Latihan Dalam Perkhidmatan akan berlangsung seperti berikut :

Tarikh : 23 OKT 2010 (Sabtu)
Masa : 7.30 pg hingga 2.00 ptg
Tempat : Dewan Yu Xiu
Tajuk : Kreativiti dan Inovasi Pendidikan

Semua guru dan staf sokongan adalah wajib hadir.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Tuesday, October 12, 2010

Mesyuarat Majlis Penamatan Pengajian 2010

. Tuesday, October 12, 2010
0 comments

Satu mesyuarat berkenaan perkara di atas akan diadakan seperti berikut

Tarikh : 15 Okt 2010 (Jumaat)
Masa : 1.00 pm
Tempat : Bilik Persidangan

Semua Ketua AJK diwajibkan hadir mesyuarat ini.

Harap maklum.

Read More »»

Kelulusan Cuti Berganti

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan cuti berganti pada 8 Nov 2010 (Isnin) telah diluluskan oleh JPN dan tarikh ganti cuti tersebut adalah pada 13 Nov 2010 (Sabtu)
Harap maklum

Read More »»

Friday, October 8, 2010

2010年弟子规“学贵力行”老师一日营

. Friday, October 8, 2010
0 comments

日期:6-11-2010(星期六)
时间: 8。00am - 5.30 pm
地点: 钟灵国中礼堂

课程内容:
1〕礼记学记
2)健康饮食
3〕学而时习之不亦悦乎

全程免费,并提供膳食及光碟。JPN将会颁发文凭予出席者。
有意者,请在10月15日前向陈丽兴老师报名。

Read More »»

Tuesday, October 5, 2010

Iklan Pengisian Jawatan DG48 Pensyarah Kanan di IAB

. Tuesday, October 5, 2010
0 comments

IAB mempelawa pegawai-pegawai PPS DG44 yang berminat untuk mengemukakan permohonan bagi mengisi jawatan-jawatan tersebut. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai pengalaman sebagai pentadbir sekolah.
Guru-guru yang berminat boleh menghubungi Pn Wong di pejabat.
Tarikh tutup : 7 Okt 2010

Read More »»

Sekolah Sebagai Tempat Mengukuhkan Perpaduan Kaum

.
0 comments

KPM memandang serius akan terdapatnya segolongan kecil warga sekolah yang dikatakan mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman.
Sekiranya wujud serta ada kebenaran akan perkara seperti ini berlaku, KPM tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana warga pendidikan yang menmpunyai sikap rasis sama ada dengan menggunakan kata-kata, perbuatan atau penulisan. Tindakan tegas akan diambil jika terbukti kesalahan mereka.
Semua warga sekolah diingatkan supaya sentiasa berhemah semasa melaksanakan tugas dan sensitif kepada hasrat kerajaan untuk meningkatkan perpaduan kaum di negara ini sesuai dengan konsep 1Malaysia.

Read More »»

Monday, October 4, 2010

Makluman awal LDP 2010 seterusnya

. Monday, October 4, 2010
0 comments

Sekolah akan melaksanakan dua lagi LDP seperti berikut :

1) 23 Okt 2010 dari 7.30 pagi hingga 2.00 petang dan dikira sebagai 1 hari (semua guru wajib hadir)

2) 6 Nov 2010 satu hari (弟子规讲座会〕untuk guru-guru yang mengenali Bahasa Cina sahaja.

Read More »»

Pengisian Borang LNPT 2010

.
0 comments

Semua staf diminta mengisi borang LNPT 2010 dan serahkan kepada Pn Fadzliyatul di pejabat selewat-lewatnya 8 OKT 2010 (Jumaat). Sila sertakan salinan fotostat Kad Pengenalan dan Buku Akaun Bank pada SATU keping kertas A4 yang sama.

Harap maklum

Read More »»

Friday, October 1, 2010

PENGAWALAN KEMASUKAN TRAFIK KE DALAM KAWASAN SEKOLAH

. Friday, October 1, 2010
0 comments

Untuk melicinkan lagi proses pengawalan keselamatan, pihak sekolah telah memasang sistem pengawalan jauh (remote control system) di penghalang Gate A. Semua staf digalakkan untuk memiliki alat sistem ini demi memudahkan kemasukan ke dalam kawasan sekolah. Staf yang ingin memohon alat sistem dikehendaki mengemukakan borang permohonan berserta wang cengkeram RM 20 (yang akan dipulangkan semasa alat pengawalan jauh dikembalikan).

Sebagai makluman tuan, Gate A hanya akan dibuka dari 7.00 am – 7.45 am dan 5.30 pm – 7.00 pm pada hari-hari persekolahan sahaja. Pada masa-masa lain, gate A akan ditutup dan penghalang hanya boleh dibuka secara manual.

Semua permohonan staf mesti sampai di pejabat (u.p. En Soo Seng Poh) selewat-lewatnya 15 Okt 2010.

Read More »»