Friday, April 26, 2013

Pertandingan Anugerah Guru Inovatif 2013

. Friday, April 26, 2013
0 comments

KPM dan MOSTI akan menganjurkan Pertandingan Anugerah Guru Inovatif peringkat negeri 2013. Ia bertujuan untuk melahirkan guru yang mampu menghasilkan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum dan dapat meningkatkan profesionalisme keguruan.

Guru-guru yang berminat boleh melayari http://jpnpenang.edu.my/ atau http://www.jpnpp.edu.my/

Read More »»

Tuesday, April 23, 2013

Permohonan online Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) & Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa

. Tuesday, April 23, 2013
0 comments


Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan online Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) & Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran dan Sarjana Tahun 2014 akan dibuka mulai 19 April 2013 (Jumaat) hingga 19 Mei 2013 (Ahad) melalui Portal Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila rujuk dan fahami TATACARA DAN PANDUAN terlebih dahulu sebelum permohonan dibuat.
Sekian, terima kasih

Read More »»

Kejohanan Mendaki Bukit 2013

.
0 comments

Kejohanan Mendaki Bukit Bendera telah berjaya diadakan seperti berikut:

Tarikh : 20 April 2013 (Sabtu)
Tempat permulaan : Taman Botani
Perasmi : Dato Seri Tan Boon Pin







Read More »»

Perhimpunan Pagi (Pindaan)

.
0 comments

Perhimpunan pagi akan dijalankan seperti berikut:

30 April 2013 (Selasa) : Tingkatan3, 4 dan 5

Selain daripada semua pentadbir, guru-guru tingkatan bagi Ting 3, 4 dan 5 wajib hadir dalam perhimpunan.

Harap maklum

Read More »»

Monday, April 22, 2013

Iklan Kekosongan Jawatan Kaunselor DG 41 (Terbuka) JPN

. Monday, April 22, 2013
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan kaunselor DG 41 (terbuka) di JPN Pulau Pinang. Guru-guru yang berkelayakan dan berminat boleh mengemukakan permohonan untuk dilantik (perlantikan secara pertukaran sementara) bagi mengisi kekosongan tersebut.

Borang-borang boleh diperoleh daripada PK Pentadbiran. Tarikh tutup : 8 Mei 2013.

Terima kasih.

Read More »»

Wednesday, April 17, 2013

Hari Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum 2013

. Wednesday, April 17, 2013
0 comments

Majlis hari Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum bagi tahun 2013 telah diadakan di dewan sekolah pada 12 April 2013 (Jumaat). Turut hadir dalam majlis ini termasuk Pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah, Dato' Seri Tan Boon Pin dan YDP PIBG En Teh Ewe Siang.




Read More »»

Mesyuarat Panitia 2013/2

.
0 comments

Mesyuarat Panitia yang ke 2 bagi tahun 2013 akan berlangsung dari 22 - 25 April 2013. Maklumat lanjut berkenaan dengan mesyuarat boleh dirujuk dalam pekeliling yang telah diedarkan.

Harap maklum dan terima kasih.

Read More »»

Tuesday, April 16, 2013

Urusan Pemangkuan PPPS DG 44 ke DG 48 di KPM

. Tuesday, April 16, 2013
0 comments

Sukacitanya dimaklumkan bahawa KPM akan melaksanakan urusan pemangkuan bagi PPPS DG 44 ke DG 48 Bidang Umum, Bidang Teknikal dan Bidang Pendidikan Islam bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan kenaikan pangkat di sekolah-sekolah, JPN, PPD dan bahagian-bahagian di KPM.

Semua permohonan mesti dikemukakan melalui sistem ePangkat sebelum 24 April 2013.

Read More »»

Monday, April 15, 2013

Contribution From 95/97 Ex Boys

. Monday, April 15, 2013
0 comments

Ex boys graduated in year 1997 showed their love to this school by contributing RM 60k to install awnings behind Block A and B.


Read More »»

Friday, April 12, 2013

JAMUAN PERAYAAN PENGIKTIRAFAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

. Friday, April 12, 2013
0 comments


Jemaah Pengurus Sekolah telah bercadang untuk mengadakan satu jamuan khas sempena pengiktirafan sekolah kita sebagai SKK baru-baru ini. 

TARIKH   :           20 APRIL 2013 (SABTU)
MASA       :           7.30 PM

Guru-guru dan staf sokong yang berminat boleh mendaftar dengan 

1)    EN TAN SEONG HEE (GURU PETANG)
2)    PN POH CHAI SEE
3)    EN ONG LEANG HONG
4)    EN NA LEAN HONG
5)    PN WONG LADDEE (STAF BUKAN AKADEMIK) 

 MAKAN HALAL, VEGETARIAN DAN NON HALAL DISEDIAKAN.

TARIKH TUTUP    :        16 APRIL 2013 

Read More »»

Thursday, April 11, 2013

Mesyuarat JKKS 2013/2

. Thursday, April 11, 2013
0 comments

Mesyuarat JKKS kali ke 2 bagi tahun 2013 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 18 April 2013 (Khamis)
Masa : 2.05 pm
Tempat : Bilik Persidangan

Semua AJK diminta hadir.

Makan tengahari akan mula disediakan di Bilik Makan Guru pada 1.00 pm.

Terima kasih.

Read More »»

Hari Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum 2013

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa Hari Kecemerlangan Akademik dan Kokurkulum tahun 2013 akan diadakan pada 12 April 2013 jam 11.00 pagi di dewan sekolah.

Selain daripada pemenang-pemenang hadiah, semua pelajar Tingkatan 4 akan berada di dewan untuk menyaksikan acara ini. Semua pemenang hadiah dan pelajar Tingkatan 4 akan keluar berehat dari 9.50 am hingga 10.10 am. Selepas itu, mereka akan dibimbing oleh pengawas sekolah ke dewan. Majlis ini dijangka tamat pada pukul 12.30 pm.

Harap maklum

Read More »»

Wednesday, April 10, 2013

Majlis Perayaan Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan

. Wednesday, April 10, 2013
0 comments


Satu majlis khas telah diadakan pada 8 April 2013 untuk meraikan sekolah kita mendapat pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Tetamu-tetamu khas yang turut hadir dalam majlis termasuk Pengerusi Jemaah Pengurus Dato Seri Tan Boon Pin dan ahli-ahli Jemaah yang lain, YDP PIBG En Teh Ewe Siang dan  AJKnya, wakil-wakil Persatuan Alumni Pulau Pinang dan Butterworth, bekas-bekas pengetua dan guru.




Read More »»

Tuesday, April 9, 2013

Tema Hari Guru 2013

. Tuesday, April 9, 2013
0 comments

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju menetapkan tema Hari Guru tahun 2013 sebagai

"GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI, 1 AGENDA"

Harap maklum

Read More »»

Saturday, April 6, 2013

Pencerapan dan Penyemakan Buku Rampaian 2013/1

. Saturday, April 6, 2013
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa pencerapan pembelajaran dan pengajaran bagi tahun 2013 kali pertama akan berlangsung dari 8 hingga 19 April 2013. Keterangan lanjut para guru boleh merujuk pekelilimg yang telah diedarkan kepada semua.

Pada tempoh yang sama, ketua-ketua panitia juga dikehendaki menjalankan aktiviti penyemakan buku-buku rampaian pelajar. Pihak pentadbir juga akan menyemak buku-buku rampaian pelajar setiap tingkatan secara rawak.

Harap maklum. Terima kasih

Read More »»

We are Excellent Cluster School

.
0 comments

Today marks a milestone in Chung Ling High School history as the Ministry of Education recognizes us as the Excellent Cluster School. The ceremony was held in Putrajaya on 5 April 2013. Our school was represented by the Principal, Mr. Ooi Poh Beng and chief clerk, Mdm Wong Laddee. Chung Ling Butterworth was also given the same award at the same ceremony and this makes a double happiness for Chung Ling family.




  

Read More »»

Friday, April 5, 2013

Majlis Perayaan Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)

. Friday, April 5, 2013
0 comments

Satu Majlis khas akan berlangsung sempena pengiktirafan sekolah kita sebagai SKK seperti berikut :

Tarikh : 8 April 2013 (Isnin)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Sekolah
Pakaian : rasmi (guru lelaki diminta memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher sekolah)

Majlis ini akan dihadiri oleh ahli-ahli Jemaah Pentadbir Sekolah, wakil-wakil Persatuan Alumni Chung Ling, bekas-bekas pengetua dan semua pelajar kelas A dan B daripada Tingkatan 3 hingga 5. Semua guru dan staf sokongan pagi dikehendaki berada di dewan selewat-lewatnya jam 9.00 pagi sementara guru petang dijemput hadir.

Sempena majlis ini, tempat letak kereta di hadapan Blok A dan Blok B akan dikosongkan bagi tetamu khas.

Terima kasih

Read More »»

Thursday, April 4, 2013

TAWARAN PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA SISWAZAH

. Thursday, April 4, 2013
0 comments


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang ingin mengikuti Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA/MSPADA] di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2013/2014. Keutamaan pemilihan calon adalah diberikan kepada PPPS yang sedang berkhidmat sebagai kaunselor di sekolah dan PPPS yang menguruskan Program Pencegahan Dadah KPM.

Maklumat berkaitan permohonan boleh dimuat turun dari laman sesawang KPM(www.moe.gov.my). Permohonan hendaklah dikemukakan ke Bahagian ini selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 April 2013 (Selasa).

Semua guru dimohon untuk memastikan permohonan dengan dokumen yang lengkap sahaja dikemukakan ke BT di alamat  berikut:

Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
            Bahagian Tajaan Pendidikan
            Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
            63000 Cyberjaya
            SELANGOR DARUL EHSAN         
            (u.p. : Cawangan Latihan Dalam Perkhidmatan)

Sekian, terima kasih





Read More »»

Pengemaskinian Maklumat E-Profil (Peringatan Terakhir)

.
0 comments

PPD Timur Laut telah memberi peringatan terakhir kepada semua guru supaya mengemaskini data e-Profil (dalam sistem e-splg) selewat-lewatnya 15 April 2013. Guru-guru yang gagal berbuat sedemikian akan menerima surat meminta penjelasan daripada PPD.

Bidang-bidang yang yang perlu kemaskini termasuk
1) Profil 1 dan Bidang Kepakaran
2. Kelayakan Akademik
3) Pengalaman Perkhidmatan
4) Anugerah
5) Sumbangan Penglibatan Profesional
6) Sumbangan Penglibatan Bukan Profesional

Sekiranya tiada sumbangan/bidang kepakaran, sila tandakan "Ö" dalam kotak yang telah disediakan.

Sehingga kini, pihak sekolah mendapati bahawa masih terdapat sekurang-kurangnya TIGA orang guru yang tidak mengemaskini data peribadinya dan seorang guru tidak memuatnaik gambar ke dalam sistem.

Kerjasama daripada semua guru adalah sangat-sangat diperlukan. Terima kasih.

Read More »»

Tuesday, April 2, 2013

PERTUKARAN GURU SESI JUN 2013

. Tuesday, April 2, 2013
0 comments

 Adalah dimaklumkan Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri / Bahagian dan Dalam Negeri (Antara     Daerah dan Dalam Daerah) bagi Pertukaran Sesi Jun 2013 melalui Sistem e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 30 April 2013. Pemohon boleh mengakses aplikasi e-Gtukar ini melalui laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia di http://apps.emoe.gov.my/epgo

Tarikh tutup (peringkat sekolah) : 26 April 2013

Sekian, terima kasih

Read More »»

Monday, April 1, 2013

Penghantaran Kertas Soalan (Soft copy)

. Monday, April 1, 2013
0 comments

Semua guru penyedia soalan bagi Ujian 1 tahun 2013 adalah diingatkan supaya menghantar kertas soalan (softcopy) ke alamat-alamat seperti yang ditetapkan dalam Buku Perancangan Tahunan di mukasurat 24 selewat-lewatnya 5 April 2013.

Terima kasih.

Read More »»

Jadual Waktu Pagi 2013 V2

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa jadual waktu bagi sesi pagi akan berubah mulai 8 April 2013. Guru-guru boleh mendapat Jadual Waktu V2 ini di Bilik PK Pentadbiran pada 4 April 2013(Khamis)

Harap maklum

Read More »»

Perhimpunan Pagi

.
0 comments

1) Tingkatan 3 dan 5
Tarikh : 2 April 2013

2) Tingkatan 4 dan 6
Tarikh : 3 April 2013

Read More »»