Tuesday, June 16, 2015

Perhimpunan Psgi

. Tuesday, June 16, 2015
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa perhimpunan pagi akan dijalankan seperti berikut:

1)18 June 2015 (Ting 3* dan 5)
2) 19 June 2015 (Ting 4 dan 6)

Kedua-dua sesi perhimpunan tersebut akan dijalankan mulai 7.30 pagi.

*Satu taklimat PT3(Geografi) akan diadakan selepas perhimpunan dijalankan.

Read More »»

Monday, June 15, 2015

KURSUS NPQEL AMBILAN 2016.

. Monday, June 15, 2015
0 comments

Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehingga hari ini 15 JUN 2015 terdapat 229 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan telah memohon untuk mengikuti kursus NPQEL Amblan 2016 anjuran IAB.
3. Adalah diingatkan semua pemohon dikehendaki seperti berikut;
    3.1 Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui laman web
          IAB.
    3.2 Mencetak permohonan dan memaklumkan kepada Ketua Jabatan
          masing-masing.
    3.3 Ketua Jabatan dikehendaki menyokong/tidak menyokong
          permohonan guru di bawah seliaan tuan/puan secara online.
4. Masih lagi terdapat permohonan yang belum disokong oleh Ketua Jabatan. Permohonan yang tidak disokong oleh Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan semasa proses pemilihan nanti.

Sekian, harap maklum

Read More »»

TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) AMBILAN TAHUN 2016

.
0 comments

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang memenuhi syarat untuk memohon kemudahan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran dan Sarjana sesi 2016.

Iklan penawaran dibuka pada 12 Jun 2015 (Jumaat) sehingga 12 Julai 2015 (Ahad). PPPS yang berminat boleh merujuk kepada syarat-syarat dan tatacara permohonan yang disediakan dan seterusnya memohon secara atas talian (online) melalui pautan di bawah :

http://ehlp.moe.gov.my/cbbptb/index.cfm

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dicetak dan dikemukakan ke Bahagian Tajaan Pendidikan sebelum atau pada 24 Julai 2015 (Jumaat).
Sekian terima kasih.

Read More »»

Taklimat Penjaminan Kualiti PT3

.
0 comments

Satu taklimat berkenaan Penjaminan Kualiti PT3 akan berlangsung mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 17 Jun 2015 (Rabu)
Masa : 2.10 pm
Tempat : Auditoriu

Semua guru mata pelajaran Tingkatan 3, semua S/U Peperiksaan, semua pentadbir dan semua pembantu maklmal diwajibkan hadir.

Read More »»

Mesyuarat JK Kurikulum ke 3 Tahun 2014

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa JK Kurikulum akan bermesyuarat mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 18 Jun 2015 (khamis)
Masa : 2.10 pm.
Tempat : Bilik Persidangan

Makan tengahari akan disediakan di Bilik Makan Guru mulai 1.00 pm.

Harap maklum

Read More »»

Thursday, June 4, 2015

Permohonan Pembiayaan Program MyBrain15

. Thursday, June 4, 2015
0 comments

Program MyBrain15 merupakan satu program pembiayaan pengajian di peringkat pasca ijazah dan menjadi salah satu projek agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Matlamat program adalah untuk mewujudkan kelompok sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan, pembangunan dan inovasi. Pelaksanaan program ini akan dapat membangunkan first world talent base yang akan menjadi salah satu inisiatif untuk memacu Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi. Di bawah program ini, Kerajaan mensasarkan untuk menghasilkan seramai 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023. Program-program yang dilaksanakan menerusi Program MyBrain15 adalah MyPhD, MyMaster, MyPhD Industri dan Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI)

Permohonan MyBrain15 Penjawat Awam (Tetap) dibuka mulai 5 Mei 2015 hingga 31 Julai 2015. Pemohon wajib melengkapkan dan memuat naik Borang Pengesahan Maklumat Pemohon terkini ke dalam sistem. Borang pengesahan status lama tidak lagi diterima. Sila sertakan juga surat pengesahan berhenti kerja/surat tamat kontrak dan penyata KWSP dengan baki terkini (jika berkenaan). Prosedur ini terpakai kepada semua pemohon sama ada baru atau pernah ditolak.

Untuk memohon sila klik applikasi permohonan di Permohonan MyBrain15

Sila rujuk syarat-syarat permohonan sebelum memohon secara online.

Read More »»