Thursday, February 23, 2017

PENCALONAN ANUGERAH IKON GURU SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KPM TAHUN 2017

. Thursday, February 23, 2017
0 comments

Sukacita dimaklumkan bahawa KPM memohon pencalonan Ikon Guru 2017 daripada kalangan guru-guru. Anugerah ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada semua pendidik atas sumbangan dan jasa mereka di peringkat kebangsaan dan antara bangsa.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk surat yang dilampirkan.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Wednesday, February 15, 2017

Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Tahun 2017 KPM

. Wednesday, February 15, 2017
0 comments

Sukacitanya dimaklumkan permohonan Pertukaran guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Tahun 2017 melalui eGTukar telah dibuka mulai 1 Feb 2017 hingga 25 Mac 2017 bagi pertukaran sepanjang tahun 2017.

Pemohon boleh membuat permohonan melalui https://epgo.moe.gov.my/
 
Guru-guru yang memohon diminta menyerahkan dokumen sokongan ke pejabat selewat-lewatnya pada 17 Mac 2017.

Sekian, terima kasih

Read More »»

URUSAN KEWANGAN (TNT DAN IKH) SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

.
0 comments

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2.         Semakan tuntutan kewangan Sektor Penilaian Dan Peperiksaan mendapati terdapat pegawai yang menghantar TUNTUTAN YANG SAMA sebanyak dua kali untuk bulan yang sama.

3.         Mohon kerjasama semua guru untuk memastikan HANYA satu(1) set borang tuntutan dan dihantar SEKALI SAHAJA untuk tuntutan bulan berkenaan.

4.         Semua tuntutan berkaitan pengurusan peperiksaan yang diuruskan oleh Sektor Penilaian dan Peperiksaan hendaklah dihantar terus ke Sektor Penilaian Dan Peperiksaan (bukannya ke JPN) sebelum atau pada 5 haribulan pada bulan berikutnya.

5.         Bagi tuntutan perjalanan pegawai yang menguruskan lebih dari satu jenis peperiksaan dalam bulan yang sama, tuntutan perjalanan tersebut perlulah digabungkan untuk semua peperiksaan dalam bulan tersebut.

Harap maklum

Read More »»

Saturday, February 11, 2017

郑明华校长荣休Persaraan En Teh Min Hwa

. Saturday, February 11, 2017
0 comments


锺灵中学第16任校长郑明华校长于2017210日退休

郑校长早年毕业于培才小学, 1970年至1975年在槟城锺灵肄业,郑校长在学校时,活跃于圣约翰救伤队,更是当年学校的副总学长。

后来,郑校长考进了师范学院,开始他为人师表的人生。前后,在彭亨与吉打州服务了将近10年,才调回槟城中山小学执教。郑校长以他好学不倦的精神,自己修完STPM课程考上理科大学,又用了6年的时间完成了大学的函授课程。完成大学课程后,于1993年升级为中学老师,到槟城中华中学执教。而在中华中学这一呆,就是17个年头,从普通老师,升任为科主任,再擢升成为副校长,郑校长在中华的点点滴滴,足见深受学校的肯定与认同。后来,在2010年,他受到母校的号召,接受回校上任学生事务副校长之职。而在黄保明校长退休后,受到本校董事会器重,代理校长事务直到2015年受委为本校第16任校长。







For my photoes please go to this link

Read More »»

Perhimpunan Pagi

.
0 comments

Perhimpunan pagi akan dijalankan seperti berikut :

1) 14 Feb 2017 (Selasa) : Tingkatan 3 dan 5
2) 17 Feb 2017 (Jumaat) : Tingkatan 4 dan 6

Sekian, terima kasih

Read More »»

Mesyuarat Agung PIBG 2017/18 家教协会会员大会

.
0 comments

Date : 4 Feb 2017







Read More »»

Tuesday, February 7, 2017

JEMPUTAN KEPADA GURU-GURU UNTUK MENYERTAI PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJARAN BAHASA INGGERIS,lelt-CON 2017

. Tuesday, February 7, 2017
0 comments

Bersama-sama ini dilampirkan surat jemputan tersebut:

Read More »»

Friday, February 3, 2017

PELAWAAN UNTUK MEMEBERI SUMBANGAN ARTIKEL BAGI PENERBITAN JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN BPPDP JILID 18/2017

. Friday, February 3, 2017
0 comments

Salam sejahtera..
Bersama ini disertakan surat pelawaan untuk tindakan guru-guru yang berminat.  

Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai berkenaan En. Zulkifli bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Bahasa Inggeris, Sektor Pengurusan Akademik, JPN Pulau Pinang ditalian 012-4923595.
Sekian, terima kasih.

Read More »»

Thursday, February 2, 2017

ARAHAN MENGEMAS KINI MAKLUMAT REKOD PERIBADI DAN PROFIL PERKHIDMATAN MELALUI APLIKASI HRMIS

. Thursday, February 2, 2017
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa semua guru dan staf sokongan dikehendaki mengemaskini rekod peribadi dan profil perkhidmatan dalam HRMIS.

Dilampirkan surat arahan daripada JPN

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Tawaran Kursus Jangka Pendek Anjuran Institut Latihan Perindustrian (ILP) Perai Bagi Bulan Januari Hingga Disember 2017

.
0 comments

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Bersama-sama ini dipanjangkan surat tawaran kursus jangka pendek tersebut seperti di lampiran untuk edaran/makluman tuan/puan.
4. Untuk makluman tuan/puan, penyertaan kursus ini adalah di bawah tanggungan sendiri.
Sekian, terima kasih,

Read More »»

Tawaran Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), KPM Bagi Mengikuti Pengajian Ijazah Sarjana & Kedoktoran Tahun 2017

.
0 comments

Dengan segala hormatnya perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa di universiti awam dalam negara.

3. Tawaran permohonan ini dibuka mulai 01.02.2017 hingga 21.02.2017 secara dalam talian sepenuhnya melalui sistem penawaran di laman sesawang KPM https://epenawaran.moe.gov.my.  Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam sistem penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan.

4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan penggunaan sistem e-Penawaran, tuan/puan bolehlah menghubungi urusetia seperti berikut:
       i.  Bahagian Tajaan Pendidikan (pertanyaan umum berkaitan program):
           Telefon (hotline): 03-8321 7138
           E-mel : ldp.bt@moe.gov.my
       ii. Bahagian Pengurusan Maklumat (bantuan teknikal):
          Telefon (hotline): 03-88843717 / 03-88843572
           E-mel : helpdesk@moe.gov.my

Sekian, terima kasih,

Read More »»

Wednesday, February 1, 2017

JEMPUTAN KEPADA GURU-GURU UNTUK MENYERTAI PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJARAN BAHASA INGGERIS IELT-CON 2017

. Wednesday, February 1, 2017
0 comments

Salam sejahtera..
Bersama ini disertakan surat untuk tindakan semua guru yng berminat . 

Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai berkenaan En. Zulkifli bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Bahasa Inggeris, Sektor Pengurusan Akademik, JPN Pulau Pinang ditalian 012-4923595
Sekian, terima kasih.

Read More »»