Friday, March 31, 2017

SOAL SELIDIK PERSEPSI GURU.GURU SEKOLAH TERHADAP STEM

. Friday, March 31, 2017
0 comments

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi kebenaran kepada Akademi Sains Malaysia (ASM) untuk menjalankan Kajian Science Outlook 2016-2017 kepada guru-guru sekolah menengah dan rendah.


Sehubungan dengan itu, semua guru sekolah menengah dan sekolah rendah dimohon untuk mengisi borang soal selidik tersebut secara atas talian melalui pautan http://www.research.net/i/Suruey_STEM_Science_ Outtook pada atau sebelum 10 April 2017.


Surat siarannya dilampirkan


Read More »»

IMPROVISATION OF' INSTRUCTIONAL MATERIALS FOR EFFECTIVE TEACHING AND LEARNING OF SCIENCE

.
0 comments

Satu kursus seperti di atas akan diadakan di RECSAM dari 10 hingg 11 April 2017.

Maklumat tambahan boleh diperoleh daripada lampiran yang disertakan.

Sekian terima kasih


Read More »»

Friday, March 24, 2017

锺霊百年校庆 开幕典礼

. Friday, March 24, 2017
0 comments

日期:2017年2月9日










Read More »»

Mesyuarat Agung PIBG 2017/2018 家协大会

.
0 comments

Tarikh : 4 Feb 2017






Read More »»

TAWARAN BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2017 (MONBUKAGAKUSHO : MEXT) UNTUK PENGAJIAN PASCA SISWAZAH

.
0 comments

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun untuk Pengajian Pasca Siswazah (PhD dan Sarjana) dibuka untuk pencalonan daripada pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional  yang layak untuk memohon kemudahan biasiswa ini.  Keterangan lanjut, syarat-syarat permohonan dan tatacara pencalonan bagi program ini boleh diperolehi dengan melayari portal JPA melalui pautan http://esilav2.jpa.gov.my  Tarikh tutup permohonan  online bagi pegawai yang ingin memohon adalah pada 7 April 2017 DAN tarikh tutup pencalonan oleh Ketua Jabatan adalah pada 7 April 2017.
Disertakan bersama surat siaran berkenaan perkara ini untuk rujukan dan tindakan semua guru.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

委任学校行政团队Perlantikan Barisan Pentadbir Sekolah

.
4 comments

(A) 行政副校长PKPentadbiran

En Na Lean Hong 
蓝年丰副校长
(2017年3月1日)

(B) 学生事务副校长 PK HEM

Pn Tan Lon Eng
陈伦瑛副校长
(2017年3月13日)

(C) 下午班副校长 PK Petang

En Ong Chin Hua
汪振华副校长
(2017年3月1日)

(D) 语文科主任Ketua Bidang Bahasa

Pn Kang Kul Lee
江桂莉主任
(2017年3月13日)



恭贺各位!
Tahniah diucapkan!

Read More »»

锺灵中学第17任校长Lantikan Pengetua Sekolah

.
0 comments




朱圣保校长于1982 年毕业于母校高中三, 而在·母校大学先修班修完后,于1985至1989年在槟城理科大学修完理科教育系,朱校长也在1998年在同一所大学考获化学硕士文凭。

朱校长在2017年2月13日接任为母校第17任校长。

Read More »»

Hari Interaksi 1/2017

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa Hari Interaksi 1/2017 akan dijalankan seperti yang dijadualkan pada 8 April 2017

Sila dapatkan senarai tugas dan arahan di kaunter pejabat

Sekian, terima kasih

Read More »»

Perhimpunan Pagi

.
0 comments

Perhimpunan pagi akan dijalankan mengikut ketetapan berikut :

Tingkatan 3 dan 5 : 27 Mac 2017

Tinkgatan 4 dan 6 : 31 MAc 2017

Harap maklum

Read More »»

Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran kali 1/2017

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa pencerapan PdPc yang pertama akan dilaksanakan dari 3 April - 14 April 2017.

Guru-guru boleh mendapatkan instrumen pencerapan dan arahan pelaksanaannya di kaunter pejabat.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Tuesday, March 14, 2017

TAWARAN MENGIKUTI KOREA-MALAYSIA TEACHER EXCHANGE PROGRAMME (KOMTEP) DI BAWAH PROGRAM ASIA-PACIFIC TEACHER EXCHANGE FOR GLOBAL EDUCATION (APTE), REPUBLIC KOREA TAHUN 2017

. Tuesday, March 14, 2017
0 comments

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendiidkan Guru (BPG) akan melaksanakan ambilan bagi Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) dengan jalinan kerjasama Kementerian Pendidikan Republik Korea dan Asia-Pacific Centre of Education for International Understanding, UNESCO (APCEIU) bagi tahun 2017.

Sehubungan itu, bersama-sama ini dipanjangkan surat siaran hebahan  dan borang permohonan berkenaan untuk makluman dan rujukan tuan/puan 

PPP yang memenuhi syarat dan kelayakan asas hendaklah mengisi borang permohonan yang dilampirkan.  Permohonan yang telah lengkap diisi beserta dokumen berkenaan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 22 Mac 2017 kepada Unit Latihan dan Kemajuan Staf, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang untuk mendapat sokongan/ulasan daripada Pengarah JPNPP.

Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam hal ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

Read More »»

LARANGAN MEMALSUKAN DOKUMEN BAGI TUJUAN PEMINJAMAN WANG SEHINGGA BERADA DALAM KETERHUTANGAN YANG SERIUS KE ATAS PEGAWAI AWAM

.
0 comments

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.    Bersama-sama ini dilampirkan surat jabatan ini rujukan JPNPP(UTK)600-1/(S)/4(58) bertarikh 13.03.2017 yang jelas menerangkan maksudnya untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya. 

3.        Kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai.

Sekian terima kasih.

Read More »»

Monday, March 13, 2017

PELAWAAN KEMUDAHAN PROGRAM BIASISWA KOMANWEL NEW ZEALAND TAHUN 2017

. Monday, March 13, 2017
0 comments

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM telah menerima pelawaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengemukakan pencalonan dari kalangan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional memohon  kemudahan Program Biasiswa Komanwel New Zealand Tahun 2017 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D secara sepenuh masa. 
 
3.         Pegawai yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan biasiswa tersebut tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing serta memenuhi semua syarat/dasar permohonan yang ditetapkan oleh JPA. Borang permohonan biasiswa tersebut perlu diisi secara dalam talian melalui laman web http://esilav2.jpa.gov.my. Permohonan dibuka sehingga 31 Mac 2017.
 
4.         Bersama-sama ini disertakan salinan surat pelawaan JPA(I)S.179/17/2-11  Jld.2(10) bertarikh 6 Mac 2017. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak 2 salinan (1 salinan asal dan 1 salinan fotostat) dengan disertakan dokumen-dokumen berikut: 
 
i.              Borang JPA(L)LDP 1B/96;
ii.            Borang Perakuan Ketua Jabatan;
iii.           Salinan Ijazah Pertama atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip);
iv.           Salinan Ijazah Sarjana atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip); dan
v.            Application Form 2017 Selection - New Zealand Commonwealth Scholarship.
     
5.         Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 23 Mac 2017 (Khamis) jam 5.00 petang kepada:
 
 
Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru
 
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.: Puan Paridah binti Ali, Tel: 03-8884 7947, Faks: 03-8884 7925
u.p.: Encik Danial Abdillah bin Suhaimi, Tel:03-8884 7943, Faks: 03-8884 7925
 
    
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
 
Sektor Peningkatan Keilmuan
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.: Encik Azalan bin Afendi, Tel: 03-8884 1242, Faks: 03-8884 1274
           Emel: azalan.afendi@moe.gov.my
 
 
6.        Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk memaklumkan kepada semua pegawai dan staf di bawah seliaan tuan/puan.
Perhatian dan kerjasama tuan/puan mengambil maklum dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Read More »»

Thursday, March 9, 2017

Mesyuarat dan Latihan Dalam Perkhidmatan

. Thursday, March 9, 2017
0 comments

Mesyuarat Guru yang kedua tahun 2017 dan satu Latihan Dalam Perkhidmatan akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh : 11 Mac 2017 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 ptg (pendaftaran bermula 7.30 pg)
Tempat : Dewan Yu Xiu
Tajuk LDP : Pembelajaran Abad ke 21

Dilampirkan minit mesyuarat yang pertama bagi rujukan dan tindakan semua guru.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Thursday, March 2, 2017

SOP Peranti YES ATITUDE Pelan Data 2 GB 1bestarinet

. Thursday, March 2, 2017
0 comments

Salam Sejahtera& Salam 1Malaysia,

Perkara yang menerangkan maksud di atas seperti dilampiran, SOP Peranti YES ATITUDE Pelan Data 2 GB 1bestarinet.

2.Mohon pihak tuan/puan ambil maklum.

Sekian Terima Kasih,

Read More »»

LARANGAN MEMINJAM WANG DAN BERADA DALAM KEBERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS KE ATAS PEGAWAI AWAM

.
0 comments

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.    Bersama-sama ini dilampirkan surat jabatan ini rujukan JPNPP(UTK)100-2 Jld.1(26) bertarikh 1.03.2017 yang jelas menerangkan maksudnya untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya. 

Sekian, terima kasih

Read More »»