Tarikh : 28 Dis 2012
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Yu Xiu
Tajuk: Pengurusan Panitia
Read More »»
Tahnaih diucapkan kepada semua guru dan murid yang terlibat. SMJK Chung Ling merupakan sekolah yang ranking no 6 mengikut GPS dan salah sebuah sekolah (daripada 7 buah sekolah) yang memperoleh 100% kelulusan dalam peperiksaan ini.
Adalah dimaklumkan bahawa perhimpunan pagi akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 3 Jan 2013 (Khamis)
Tingkatan : 3 dan 5
Tarikh : 4 Jan 2013 (Jumaat)
Tingkatan 4 dan 6
Harap makulm
Minit mesyuarat guru yang ke 3 boleh dicapai di MINIT MESYUARAT . Tiada cetakan minit yang akan dibekalkan semasa mesyuarat pada 26 Dis 2012. Sila teliti kandungan minit ini dan kalau ada sebarang pertanyaan, boleh kemukakan semasa mesyuarat nanti.
Terima kasih
Semua guru yang mengajar Sejarah yang mengajar Tingkatan 4 tahun 2012 dikehendaki membuat soalselidik teresebut di atas di http://www.moe.gov.my/lp selewat-lewatnya 24 Dis 2012.
Harap maklum
Persatuan Almni Pulau Pinang akan mengadakan satu jamuan bagi tujuan di atas seperti berikut :
Tarikh : 26 Nov 2012 ((Isnin)
Masa : 7.00 pm
Tempat : Jade Palace
Makanan : Halal, Vegetarian atau Biasa
Bayaran : Percuma
Guru-guru digalakkan untuk hadir ke jamuan tersebut. Sila buat pendaftaran dengan PK Petang atau Ketua Bidang selewat-lewatnya 9 Nov 2012.
Harap maklmum
Semua guru Tingkatan 1 dikehendaki memasukkan semua evidens PBS ke dalam Fail Perkembangan Murid selewat-lewatnya 16 Nov 2012 (Jumaat)
Harap maklum
Tarikh
|
Tarikh akhir bagi
|
Tindakan
|
31 Okt 2012
|
Penyerahan borang prestasi, LNPT 2012 dan salian kad pengenalan/buku akaun bank kpd PK Petang dan Ketua
Bidang
|
Semua staf
|
8 Nov 2012
|
Penyerahan senarai semak dan BPT kepada
Pn Fadzliyatul di pejabat
|
Semua guru
|
9 Nov 2012
|
Tarikh akhir untuk kemasukan prestasi
PBS Tingkatan 1 (arahan JPN)
|
Guru matapelajaran Tingkatan 1
|
24 Nov 2012
|
Penyerahan markah dan kemasukan markah
ke dalam SMS
|
Guru mata pelajaran
|
30 Nov 2012
|
Penyerahan markah dan kemasukan markah
ke dalam SAPS
|
Guru mata pelajaran
|
13 Dis 2012
(Khamis)
|
Pendaftaran pelajar Tingkatan 1
|
PK Petang & guru-guru yang berkenaan
|
26 – 31 DIs 2012
|
Persediaan Sesi Persekolahan 2013
|
Semua guru kena hadir di sekolah dari 7.30 pagi – 1.30 tgh (kecuali
28/12/2012)
|
26 Dis 2012
(Rabu)
|
Mesyuarat Guru 1/2013 (7.45 pagi)
|
Semua guru
|
Mesyuarat JKKS 1/2013 (11.00 am)
|
AJK JKKS
|
|
27 Dis 2012
(Khamis)
|
Persediaan Bilik Darjah (9.00 – 12.00
pm)
|
Guru Tingkatan dan pelajar-pelajar
|
28 Dis 2012
(Jumaat)
|
Mesyuarat Panitia 1/2013 (7.30 - 8.30
pagi)
Latihan Dalam Perkhidmatan (8.30 –
12.00 tgh)
|
Semua guru
|
31 Dis 2012
(Isnin)
|
Orientasi Pelajar Tingkatan 1
Latihan Dalam Perkhidmatan*
|
Guru-guru yang berkenaan
|
Bahagian Buku Teks, KPM sedang melaksanakan kajian berkaitan dengan penggunaan perkataan dan daftar istilah sains dan matemtik yang dimuatnaik di laman web KPM.
Sehubungan itu, semua guru sains dan matematik dikehendaki melengkapi soal selidik secara atas talian di www.moe.gov.my/bbt/
Harap maklum
"Dimaklumkan bahawa aplikasi HRMIS akan ditutup berikutan aktiviti-aktiviti penyelenggaraan pangkalan data HRMIS bermula pada 2 November 2012 hingga 6 November 2012."
Read More »»Memandangkan kadar ketidakhadiran pelajar kelas-kelas Tingkatan 5 adalah tinggi dan sekolah menghadapi masalah untuk mengatur guru ganti pada kelas-kelas tertentu, maka kelas-kelas Tingkatan 5 akan digabungkan dari 1 hingga 3 Nov 2012.
a) Kelas-kelas Tingkatan 5SA1 - 5SA5 akan digabungkan di kelas 5SA1 dan menggunakan jadual waktu kelas 5SA1.
b) Kelas-kelas Tingkatan 5SB1 - 5SB4 akan digabungkan di kelas 5SB1 dan menggunakan jadual waktu kelas 5SB1.
c) Kelas-kelas Tingkatan 5SC1 - 5SC3 akan digabungkan di kelas 5SC1 dan menggunakan jadual waktu kelas 5SC1.
d) Kelas-kelas Tingkatan 5ST1 dan 5SP1 akan digabungkan di kelas 5SP1 dan menggunakan jadual waktu kelas 5SP1.
Guru-guru mata pelajaran 5SA1, 5SB1, 5SC1 dan 5SP1 dikehendaki memasuki kelas mengikut jadual waktu peribadi pada 1 dan 2 Nov 2012 sementara guru-guru Tingkatan 5 yang lain akan diminta mengganti kelas-kelas lain.
Harap maklum
Adalah dimaklumkan bahawa waktu bersurai pada 31 Okt 2012 (Rabu) diawalkan pada 1.30 tgh. Harap maklum. Terima kasih
Read More »»Guru-guru yang berminat dalam menyertai pertandingan di atas boleh mendapatkan borang penyertaan dari laman web Unit Kokurikulum JPN di alamat http://www.ukkpp.blogspot.com
Terima kasih
Kebelakangan ini pihak pentadbir mendapati ada guru yang tidak memasuki kelas khususnya kelas Tingkatan 3 dan 5. Para guru adalah diingatkan sekali lagi bahawa adalah menjadi tanggungjawab guru mata pelajaran untuk masuk ke kelas mengikuti jadual waktu peribadi walaupun kadar kehadiran pelajar adalah rendah. Segala perkara keselamatan dan disiplin kelas adalah tanggungjawab guru mata pelajaran.
Sekian.
Kebelakangan ini, ramai staf yang mengadu tentang masalah hendak memasuki Sistem HRMIS. Saya sendiri telah berjaya login ke dalam sistem dengan alamat berikut : http://zontimur.eghrmis.gov.my/. Para staf kena ketahui bahawa syarat untuk log in adalah
1) mesti menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan ke atas
2) mesti login dengan password yang betul
Sekian, terima kasih.
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Tamat Pengajian Sekolah bagi tahun ini akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 19 OKT 2012 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Sekolah
Semua guru dikehendaki datang sebelum 7.30 pagi dan berpakaian rasmi. Guru lelaki pakaian berlengan panjang dan bertali leher sekolah. Guru-guru lelaki yang masih tiada tali leher sekolah diminta berjumpa dengan PK Pentadbiran dengan segera. Makanan bagi semua guru pun akan disediakan pada hari tersebut.. Semua guru diminta menuntut makanan di kantin sekolah.
Sekian, terima kasih.
Adalah dimaklumkan bahawa semua kakitangan kerajaan adalah wajib untuk membuat pengisytiharan harta selepas menerima pelantikan dan mesti memperbaharui maklumat harta setiap 5 tahun. Oleh hal yang demikian, guru-guru diminta berjumpa dengan Pn Noraida di pejabat untuk berurus dengan perkara ini selewat-lewatnya 31 Okt 2012.
Harap maklum
KPM telah menetapkan 20hb Nov 2012 sebagai tarikh terakhir unutk kemasukan prestasi PBS semua pelajar Tingkatan 1 (termasuk PAJSK). Oleh hal yang demikian, diminta guru-guru Tingkatan 1 mengambil tindakan-tindakan berikut :
1) memastikan semua penilaian dilaksanakan secepat mungkin, seboleh-bolehnya sebelum 19 Okt 2012 kerana peperiksaan akhir tahun akan bermula 22/10/2012 dan kehadiran pelajar mungkin merosot selepas peperiksaan nanti.
2) memasukkan semua prestasi PBS dimasukkan ke dalam sistem SPPBS selewat-lewatnya 9 NOV 2012 sebelum cuti hujung tahun.
3) memasukkan semua evidens pelajar ke dalam Fail Kemajuan Pelajar dalam Bilik Evidens sebelum cuti.
Diharapkan semua tindakan di atas dapat dilaksanakan sebelum cuti demi untuk mengelak daripada dipanggil balik pada masa cuti.
Sekian, terima kasih.
Para Guru Tingkatan 5 dan 6 Atas diminta mengesahkan bilangan waris yang akan hadir dalam Majlis Tamat Pengajian Sekolah selewat-lewatnya 16 Okt 2012 (Selasa). Sila catatkan bilangan waris yang akan hadir dalam borang yang disediakan di kaunter pejabat.
Terima kasih
Pihak sekolah sekarang tengah mengatur Jadual Bertugas Semasa Cuti (bagi guru-guru yang tidak terlibat dalam pengawasan SPM/STPM). Diminta guru-guru memaklumkan PK Pentadbiran tarikh yang TIDAK DAPAT bertugas selewat-lewatnya 12 OKT 2012.
Guru-guru yang tidak memberi sebarang respons selepas tarikh ini akan dianggap boleh bertugas bila-bila masa semasa cuti
Harap maklum
Pada 7 Okt 2012 (Ahad) Kelab Staf SMJK Chung Ling telah menganjurkan Jamuan Tahunan Sekolah di Hotel Paradise Tanjung Bungah.
Semua peserta telah balik dengan perasaan yang gembira sebab semua orang dapat hadiah cabutan bertuah. Walaupun En Ang Chin Han yang paling bertuah kerana mendapat grand prize - sebuah iPad. Syabas diucapkan kepada semua AJK Kelab Staf.
Adalah dimaklumkan sempena sambutan Hari Guru peringkat negeri 2013, Sektor Pengurusan Akademik, JPN akan mengelola pemilihan dan pencalonan Anugerah Guru Inovatif.
Matlamat pertandingan ini adalah untuk melahirkan guru-guru yang mampu menghasilkan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum dan dapat meningkatkan profesionalsime keguruan. Borang-borang berkaitan boleh dimuat turun menerusi lamanweb PPDTL di http://www.ppdtimurlaut.edu.my
Tarikh tutup penyerahan borang ke PPD Timur Laut ialah 30 Okt 2012. Harap maklum
Untuk makluman, Fakluti Pengajian Pendidikan UPM akan menganjurkan persidangan antarabangsa tersebut di atas pada 8 - 10 Okt 2012 di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh, Perak. JPN telah memberi kelulusan kepada guru-guru Bahasa Inggeris untuk menghadiri persidangan itu tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pekeliling yang terletak di papan notis pejabat. Harap maklum
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh akhir bagi pengisian markah Peperiksaan Percubaan SPM ke dalam sistem SAPS adalah pada 5 OKT 2012.
Harap maklum
Adalah dimaklumkan Mesyuarat Guru akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 6 Okt 2012 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi (pendaftaran bermula)
Tempat : Dewan Yu Xiu
Harap maklum
Tambahan : Kuiz Keselamatan (anjuran Seagate) terpaksa ditundakan.
Minit Mesyuarat lepas boleh diperoleh di pautan ini : MINIT MESYUARAT
Now the teachers are no longer worry where to get hot water from as PTA has sponsored a water filter machine which does not only provide warm water, as well as cool water. Special thanks to Mr P'ng Lai Heng, the PTA Chairman.
Three delegates from Hakodate National College of Technology, Japan made a visit to Chung Ling High School on 30 Aug 2012. The contingent was led by Yoshiyuki Usuda. They were here to understand more about Chung Ling in order a better tie between two schools will be enhanced in the near future.
Satu lawatan penandaarasan daripada SMJK Chung Ling Butterworth ke sekolah kita telah diadakan pada 16 Ogos 2012. Rombongan ini diketuai oleh En Hoo Boon Tat dan diringi oleh beberapa orang pentadbir sekolah serta ahli PIBG. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapat maklumat tentang jalinan antarabangsa.
Adalah dimaklumkan bahawa semua guru dikehendaki mengemaskini data e Profil dalam sistem e-SPLG atas talian di http://apps.moe.gov.my/splg/index.cfm. Keterangan lanjut boleh didapati di panduan yang boleh diperoleh di luar pejabat.
Tarikh akhir pengemaskinian : 30 Sept 2012
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam KPM menganjrkan Sayembara Penulisan Tazkirah peringkat kebangsaan sempena menyambut Maulidur Rasul 1434 H. Ia terbuka kepada semua PPP dan kakitangan KPM.
Staf Islam yang berminat boleh merujuk papan notis di pejabat atau menghubungi Cikgu Abdul Razak untuk maklumat lanjut. Tarikh tutup : 30 Sept 2012.
Harap maklum
Mesyuarat Panitia ke 4 bagi tahun 2012 akan berlangsung dari 10 Sept hingga 13 Sept 2012. Surat siarannya boleh diperoleh di depan pejabat.
Harap maklum
Sekolah-sekolah dijemput untuk menyertai
pertandingan Kandungan Multimedia Kreatif yang dianjurkan oleh MAMPU dengan
kerjasama KPM bersempena dengan MALAYSIAN
GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE CONFERENCE(MYGOSSCON) 2012.
Antara syarat-syarat pertandingannya
1) Berbentuk pasukan : Setiap pasukan terdiri daripada 2 orang guru dan 2 orang murid.
2) Projek mesti berunsurkan pendidkan dan mesti menggunakan Open Source Software.
3) Tajuk projek adalah terbuka
4) Projek boleh dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
5) Tarikh tutup : 7 OKT 2012
Butiran lanjut mengenai syarat
pertandingan dan garis panduan boleh didapati di Laman Web JPN. Sebarang
pertanyaan bolehlah menghubungi pegawai-pegawai di Sektor Pengurusan Maklumat
dan ICT JPN di talian 04-6521082.
Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat JKKS ke 4 bagi tahun 2012 akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 5 Sept 2012 (Rabu)
Masa : 2.05 pm
Tempat : Bilik Persidangan
Makanan tengahari akan disediakan di bilik makan guru mulai 1.00 pm. Harap maklum
Adalah dimaklumkan bahawa semua urusan untuk mengikuti pengajian jarak jauh/sambilan di IPTA/IPTS bagi program ijazah sarjana muda atau lanjutan untuk Pegawai Perkhidmatan Pelajaran dan Anggota Kakitangan Bukan Guru adalah diselaraskan olehn Unit Latihan dan Kemajuan Staf, JPN.
Suhubungan itu, semua borang permohonan tersebut boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.jpnpenang.edu.my "muat turun ULKS Borang".
Harap maklum
Adalah dimaklumkan bahawa semua guru yang mengajar Tingkatan 1 tahun 2012 WAJIB untuk memberi respon kepada soal selidik seperti di atas. Sila layari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di http://www.moe.gov.my/lp di pautan "Kajian" sebelum atau pada 31 Ogos 2012.
Harap maklum
Perhimpunan pagi akan diadakan seperti berikut :
Tingkatan 3 dan 5 : 3 Sept 2012 (Isnin)
Tingkatan 4 dan 6 : 4 Sept 2012 (Selasa)
Harap maklum
Adalah dimaklumkan bahawa surat kepada waris untuk meminta sumbangan PIBG 2012 telah pun diedarkan melalui pelajar-pelajar. Guru Tingkatan diminta mengutip sumbangan tersebut daripada kelas masing-masing dan serahkan kepada Bendahari PIBG, Pn Hong Siang Ean selewat-lewatnya 7 Sept 2012 (Jumaat).
Sekian, terima kasih.
Adalah dimaklumkan bahawa pertukaran guru antara negeri, antara dan dalam daerah bagi sesi Januari 2013 melalui sistem e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 30 Sept 2012.
Pemohon boleh memohon melalui laman web di http://www.moe.gov.my atau http://apps.emoe.gov.my/epgo
Semua guru penyedia soalan Ujian ke 2 (Tingkatan 2 dan 4) dan Pepriksaan Percubaan PMR Tahun 2012 dikehendaki menghantar kertas soalannya dalam bentuk softcopy ke alamat berikut mengikut Tingkatan:
Tingkatan 2: clhs2012f2@gmail.com
Tingkatan 3: clhs2012f3@gmail.com
Tingkatan 4: clhs2012f4@gmail.com
Sila email sebelum atau pada 31 Ogos 2012.
Seperti sedia maklum Peperiksaan Percubaan PMR sudah selesai dan peperiksaan sebenar PMR cuma ada kira-kira 5 minggu dari sekarang. Untuk memastikan masa yang selebihnya ini diperguna dengan berfaedah, ketua panitia telah diminta untuk berbincang dengan guru-guru Tingkatan 3 aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk meningkatkan lagi prestasi calon PMR kita.
Berikut disenaraikan aktiviti-aktivitinya
1) Guru-guru Tingkatan 3 diminta membincangkan kertas peperiksaan percubaan yang baru tamat dengan para pelajar dari 27 - 30 Ogos 2011 (minggu pertama)
2) Bagi 4 minggu yang selebihnya (bulan Sept), setiap panitia mata pelajaran peperiksaan PMR dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya TIGA SET latihan tubi untuk pelajar-pelajar.
3) Guru-guru boleh menggunakan masa pengajaran biasa untuk mengendalikan latihan tubi ini. Tiada jadual waktu khas disediakan.
4) Ketua Panitia diminta menghantar satu salinan bahan yang disediakan kepada Ketua Bidang untuk tujuan rujukan.
5) Ketua Panitia diminta berbincang dengan para guru subjek bahan-bahan aktiviti yang bersesuaian dan menghantar untuk fotostat.
6) Guru-guru subjek diminta mengutip bayaran fotostat daripada tabung kelas. Pihak sekolah hanya akan menanggung RM 600 bagi satu panitia.
Harap maklum.
A group of 1990/92 graduated students donated a sum of about RM 37 thousands to school. The donation was used to buy 14 sets of visualisers and 4 sets of projectors. The launching ceremony was held on 8 Aug 2012 at Conference Room.
A group of United States teacher trainees joined our school English Enrichment Programme from 16 - 27 July 2012. The afternoon Form 1 and F2 students were involved in this programme. The US teachers were Mandi Raines, Julia Higbee, Angela Stevens, Katie Blackwell and Nikki Dramis.
Para guru adalah diingati tentang tarikh akhir memasukkan markah Ujian dan Peperiksaan dalam sistem SAPS seperti berikut :
Tingkatan 2 dan 4 : 10 Sept 2012
Tingkatan 3 : 30 Ogos 2012
Guru-guru dinasihati memasukkan markah seawal yang mungkin untuk mengelak daripada kesibukan talian internet.
Harap maklum
Semua guru diseru mengemaskini data peribadi masing-masing dalam sistem eOperasi di http://apps.moe.gov.my/eoperasi selewat-lewatnya 20 Ogos 2012. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, diminta memaklumkan En Soo atau Cik Ong BL dengan segera. Pengemaskinian data ini penting khususnya bagi guru-guru yang ingin memohon pertukaran sesi Sept nanti.
Harap maklum
Adalah dimaklumkan bahawa sekolah hanya akan mengambil cuti berganti Hari Raya pada 17 Ogos 2012 (Jumaat) sahaja. Keputusan ini dicapai selepas mengambil kira peperiksaan/ujian masih berjalan pada 16 Ogos 2012 (Khamis) bagi sesi pagi. Ia akan menimbulkan banyak kesulitan sekiranya peperiksaan/ujian ditundakan selepas cuti penggal nanti.
Harap maklum.
Sukacita dimaklumkan sekolah akan mengambil cuti berganti pada Jumaat, 17 Ogos 2012 seperti yang diluluskan oleh KPM mengikut surat siaran bertarikh 31 Julai 2012. Cuti tersebut akan diganti pada 22 Sept 2012 (Sabtu).
Oleh hal yang demikain, Peperiksaan Percubaan PMR dan Ujian ke 2 Tingkatan 4 akan diawalkan dan dimulakan masing-masing pada 8 Ogos 2012 dan 13 Ogos 2012.
Oleh sebab perubahan-perubahan ini, maka Mesyuarat Guru yang dijadualkan pada 4 Ogos 2012 juga akan ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Sukacita dimaklumkan bahawa Jamuan Hari Guru (anjuran Jemaah Tadbir) akan diadakan seperti berikut
Tarikh : 30 Ogos 2012 (Khamis)
Masa : 7.00 pm
Tempat : Dewan SMJK Chung Ling Butterworth
Guru-guru yang ingin hadir majlis tersebut diminta mendaftar dengan Ketua Bidang masing-masing sebelum 10 Ogos 2012. Guru-guru di bawah penyeliaan KB Bahasa sila berjumpa dengan En Na Lean Hong. Pengangkutan akan disediakan dari sekolah (bertolak 5.30 pm) ke tapak majlis.
Harap maklum
Sukacita dimaklumkan bahawa KPM melalui Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama IPTA telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan PITO guru sekolah bagi tahun 2012.
Subjek yang ditawarkan termasuk 60 tempat bagi mata pelajaran Sejarah (di USM) dan 60 tempat bagi mata pelajaran KH (di UPM).
Permohonan boleh dibuat mulai 16 Julai 2012 hingga 3 Ogos 2012 di http://apps.moe.gov.my/abpg/pito.
Pelaksanaan kursus
a) Luar Kampus : 17.9.12 hingga 25.10.12
b) sepenuh masa : 29.10.12 hingga 7.12.12
Harap maklum
Lembaga Peperiksaan telah menetapkan penggunaan Sistem Pengurusan PBS mengikut zon. Oleh hal yang demikian, guru-guru di bawah penyeliaan JPN Pulau Pinang dikehendaki memasuki prestasi murid ke dalam SSPBS pada hari ISNIN sahaja.
Arahan ini berkuatkuasa mulai 23 Julai 2012.
Harap maklum
Adalah dimaklumkan bahawa Ketua Pentaksir Negeri dan Kawasan yang dilantik oleh JPN akan melawat ke sekolah-sekolah untuk membuat penyelarasan skor PBS bagi mata pelajaran SPM tahun 2012 dari 23 Julai 2012 hingga 15 Ogos 2012.
Harap maklum
Mesyuarat Guru ke 3 bagi tahun 2012 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 4 Ogos 2012 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi (Pendaftaran bermula)
Tempat : Dewan Yu Xiu
Mesyuarat dijangka akan tamat pada 10.00 pagi dan tiada sarapan akan disediakan. Harap maklum
Minit mesyuarat boleh dimuatturun di MINIT
Cik Chan Lai Hin yang berkhidmat di sekolah ini sejak tahun 1981 telah menamatkan perkhidmatan perguruannya pada 23 Julai 2012 di SMJK Chung Ling. Majlis Persaraannya telah diadakan pada 20 Julai 2012 jam 9.30 pagi di kantin guru.
陈丽兴老师在2012年7月23日完成她在锺灵中学的31年教学光辉的历史。谢谢她为锺灵无私的付出,感激她爱吾钟灵的精神!祝陈老师快乐,健康!
Guru-guru diseru membaca surat siaran KPM Bil 20 tahun 2012 yang berkenaan perkara di atas di papan notis pejabat,
Read More »»Mengikut surat siaran yang dikeluarkan daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM, bertarikh 20 Jun 2012 :
"pemberian kemudahan cuti bukanlah merupakan hak seseorang pegawai kerjaan tetapi satu keistimewaan atau kemudahan ".
"Kemudahan cuti yang diberikan dendaklah diguna dengan sebaiknya dengan mematuhi peraturan sedi ada yang berkuatkuasa."
Satu perhimpunan pagi akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 26 Julai 2012 (Khamis)
Masa : 7.30 pagi
Tingkatan 3 dan 5
Harap maklum
Adalah dimaklumkan bahawa Hari Interaksi kali ke 2 tahun 2012 akan diadakan pada 21 Julai 2012 (Sabtu) . Waris pelajar Tingkatan 1 dan 2 yang akan terlibat dalam aktiviti kali ini. Guru-guru yang bertugas diminta hadir ke sekolah sebelum 8.00 pagi.
Harap maklum
Satu perhimpunan pagi akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 18 Julai 2012 (Rabu)
Masa : 7.30 pagi
Tingkatan : 4 dan 6
Harap maklum
Adalah dimaklumkan bahawa semua permohonan untuk Kemudahan Tambang Balik Wilayah bagi tahun 2012 hendaklah dihantar ke Unit Pentadbiran, JPN sebelum atau pada 30 Ogos 2012.
Terima kasih.
Adalah dimaklumkan bahawa penaiktarafan papan syiling Bilik Guru Fasa 2 (Bahagian guru petang) akan bermula pada 14 dan 15 Julai 2012.
Oleh sebab kerja ini mungkin akan mengotori kawasan yang terlibat, maka guru-guru yang berkenaan dinasihati mengemas barang-barang sendiri untuk dielakkan daripada kejadian yang tidak diigini.
Harap maklum
Adalah dimaklumkan bahawa Ujian bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Bawah yang dijadualkan diadakan pada bulan Ogos dibatalkan.
Sekian, terima kasih.
Adalah dimaklumkan bahawa guru-guru yang tiada tugas pada hari Ahad (8 Julai 2012) dan hari Isnin (9 Julai 2012) WAJIB hadir dalam Majlis Perasmian Ulangtahun ke 95 pada hari Sabtu (7 Julai 2012). Semua guru dikehendaki merekodkan kehadiran di mesin "thumbprint" dan berada di dalam dewan selewat-lewatnya 8.30 pagi.