Monday, October 29, 2018

JEMPUTAN PARA GURU/PEG SAINS DAN MATEMATIK MENGHADIRI COLLOQIUM ON DESIGN THINKING IN STEM CONTEXTS

. Monday, October 29, 2018
0 comments

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

Bersama-sama ini disertakan lampiran tersebut untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

Guru-guru yang berminat boleh mendaftar dengan Pn Kang KL dan kelulusan untuk menghadiri program ini adalah tertaktuk dengan syarat tidak menggangu PdPc sekolah.

Sekian, terima kasih


Read More »»

Thursday, October 25, 2018

Hebahan menyertai himpunan gurukakitangan bermotosikal sempena karnival PESSCA negeri 2018

. Thursday, October 25, 2018
0 comments

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.


2. Bersama-sama dengan ini dilampirkan surat berkenaan untuk rujukan dan tindakan tuan/puan yang berminat.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Friday, October 19, 2018

Garis Panduan Mengikuti Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) Secara Persendirian Di Peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana & Ijazah Kedoktoran Dalam Negara Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

. Friday, October 19, 2018
0 comments

Bersama-sama dengan ini disertakan Garis Panduan Mengikuti Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) Secara Persendirian Di Peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana & Ijazah Kedoktoran Dalam Negara Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk dipanjangkan kepada pegawai dan staf di bawah seliaan tuan/puan.
* Garis Panduan ini juga boleh dimuat turun melalui portal rasmi KPM di www.moe.gov.my.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, tuan/puan boleh menghubungi Encik Muhammad Akmal bin Ngadiman atau Puan Ismariza binti Ismail (Unit Latihan & Kemajuan Staf) di talian 04-6521179.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

PELAWAAN KEMUDAHAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARA BIASISWA SESI 2018/2019 UNTUK PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA DAN Ph.D SECARA SEPARUH MASA

.
0 comments

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat JPA(I)S.179/17/2-7 Klt. 5(1) bertarikh 8 Oktober 2018 adalah berkaitan.
 
2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) Perkhidmatan Bukan Guru (PBG) Sektor Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memohon kemudahan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) Sesi 2018/2019 di peringkat Sarjana dan Ph.D secara separuh masa. 
 
3.    Pegawai Perkhidmatan Gunasama dan Pegawai Perkhidmatan Bukan Gunasama PBG kecuali Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berminat boleh melayari portal eSila JPA http://esilav2.jpa.gov.my untuk mengetahui syarat-syarat dan tatacara permohonan. Permohonan secara dalam talian dibuka mulai 8 Oktober 2018 sehingga 2 November 2018.
 
4.    Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan. Pencalonan tanpa melalui Ketua Jabatan dan tidak lengkap secara automatik tidak akan diproses. Pemohon perlu memastikan data yang dikemukakan adalah tepat dan disemak oleh Ketua Jabatan. Para pemohon juga diingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan jika maklumat yang dikemukakan adalah palsu dan tindakan boleh diambil mengikut peruntukan peraturan/undang-undang sedia ada.
 
5.   Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak dua (2) salinan beserta dokumen-dokumen sokongan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2018 (Rabu) jam 5.00 petang kepada:
 
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p: Puan Nur Sakinah binti Mohd Abas/Puan Paridah binti Ali
Faks: 03-8884 7925
 
6.         Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Read More »»

Thursday, October 18, 2018

BENGKEL " ENHANCING SECONDARY SCIENCE / MATHEMATICS LEARNING IN THE STEM ENVIRONMENT

. Thursday, October 18, 2018
0 comments

Dilampirkan bersama surat yang berkenaan untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

Sekian,terima kasih.

Read More »»

Wednesday, October 10, 2018

Mesyuarat Guru kali ke 4 tahun 2018

. Wednesday, October 10, 2018
0 comments

Mesyuarat guru yang ke 4 bagi tahun 2018 akan dijalankan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 13 Okt 2018 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Yu Xiu

Bersama-sama dengan ini dilampirkan minit mesyuarat yang lepas untuk rujukan semua.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Sambutan Hari Sukan Negara 2018

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah akan dijalankan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 13 Okt 2018 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi (pendaftaran bermula 7.15 pag)
Tempat : Gelanggang Serbaguna B dan C

Semua guru diminta memakai pakaian sukan untuk acara ini.

Sekian, terima kasih

Read More »»