Wednesday, January 29, 2020

HEBAHAN : PELANJUTAN TEMPOH PERMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) TAHUN 2020

. Wednesday, January 29, 2020
0 comments

Dimaklumkan tempoh permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia melalui laman web e-Penawaran (http://epenawaran.moe.gov.my) dilanjutkan sehingga 7 Februari 2020 (Jumaat) jam 5.00 petang.
 
Mohon untuk merujuk kepada surat edaran berikut bagi Garis Panduan Proses Sokongan dan Perakuan permohonan HLP Pegawai Perkhidmatan Pendidikan terkini:
 
Rujukan : Surat Edaran (.pdf seperti mana dokumen yang dilampirkan)
 
Sekian, terima kasih.
 
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
24 Januari 2020

Read More »»

Friday, January 17, 2020

PERUBAHAN KADAR ELAUN PERJALANAN KENDERAAN DAN PENGGUNAAN BORANG TUNTUTAN PERJALANAN YANG BARU

. Friday, January 17, 2020
0 comments

 Dimaklumkan bahawa, terdapat pindaan Pekeliling Perbendaharaan WP1.4 yang melibatkan perubahan pada kadar Elaun Perjalanan Kenderaan (EPK). Kadar EPK yang terbaru adalah mengikut jenis kenderaan sahaja iaitu RM0.85/km bagi kereta dan RM0.55/km bagi motosikal. Julat jarak perjalanan juga dikurangkan kepada 2 sahaja iaitu 500 km pertama dan 501 km dan seterusnya.

2.     Borang Tuntutan Elaun Perjalanan juga telah ditambahbaik dan dikemaskini dengan butiran seperti nombor akaun bank, alamat rumah pemandu/majikan, elaun makan/harian dan bayaran sewa hotel yang diperincikan dan alamat lojing.

3.    Bersama-sama ini disertakan Pindaan EPK WP1.4 dan Borang Tuntutan Elaun Perjalanan 2020 untuk perhatian dan tindakan tuan/puan. Semua sekolah dikehendaki menggunakan borang tuntutan yang baru berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020. 

Read More »»

Monday, January 13, 2020

Permohonan Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones)

. Monday, January 13, 2020
0 comments

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Untuk makluman tuan/puan, permohonan bagi Pinjaman Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) telah pun dibuka bagi tahun 2020. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan Senarai Semak, Borang Permohonan dan Pekeliling bagi Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) untuk perhatian tuan/puan selanjutnya.

3.     Sebarang pertanyaan berhubung dengan urusan ini boleh berhubung dengan Encik Nur Rizuan bin Norli dan Encik Khairul Annuar Bin Abang dan di Unit Kewangan, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Thursday, January 9, 2020

Kursus Penjurian Dan Teknik Permainan Sahibba

. Thursday, January 9, 2020
0 comments

Bagi guru-guru yang berminat, sila rujuk lampiran surat.

Terima kasih

Read More »»

HEBAHAN TAWARAN BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) OLEH BAHAGIAN BIASISWA DAN PEMBIAYAAN, KPM 2020

.
0 comments

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM menawarkan program penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah sama ada di institut pengajian tinggi terpilih di dalam atau luar negara mengikut bidang dan pengkhususan yang telah ditetapkan 

Untuk keterangan lanjut mohon MUAT TURUN  surat hebahan yang dilampirkan.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Monday, January 6, 2020

WORKSHOP ON COMPUTATIONAL THINKING: ARTEC-ROBO FOR STEM EDUCATION SEAMEO RECSAM PULAU PINANG

. Monday, January 6, 2020
0 comments

Bersama ini disertakan surat untuk tindakan guru-guru yang berminat.  Guru-guru yang berminat boleh menghubungi Pn Kang Kul Lee .  
Sekian, terima kasih.

Read More »»

PENGISIAN ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) DI SEKOLAH MELALUI SPLKPM

.
0 comments

Dilampirkan surat arahan bagi semua guru dan staf sokongan untuk mengisi keperluan latihan atas talian di splkpm sebelum 31 Jan 2020.

Sekian, terima kasih


Read More »»