Tuesday, December 31, 2013

Maklumat Pentaksiran Pusat PBS

. Tuesday, December 31, 2013
0 comments

Pihak Kementerian telah menghantar bahan-bahan berkenaan Pentaksiran Pusat PBS melalui email kepada sekolah. Diminta guru-guru memuat turun BahanPBS ini untuk maklumat lanjut. Terima kasih

Read More »»

Tuesday, December 24, 2013

Mesyuarat JKKS 2014/1

. Tuesday, December 24, 2013
0 comments

Mesyuarat JKKS yang pertama bagi tahun 2014 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 26 Dec 2013 (Khamis)
Masa : 11.00 am
Tempat : Bilik Persidangan

Sarapan pagi akan disediakan di kantin guru pada 10.30 pagi

Sekian, terima kasih

Read More »»

Thursday, December 19, 2013

Mesyuarat Guru 2014/1

. Thursday, December 19, 2013
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Guru kali pertama bagi sesi 2014 akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh : 26 Dis 2013 (Khamis)
Masa : 7.30 pagi (pendaftaran bermula)
Tempat : Dewan Yu Xiu

Salinan minit mesyuarat lepas tidak akan diberi semasa mesyuarat. Diharapkan tuan/puan dapat memuat turun di sini 

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Tuesday, December 10, 2013

Permohonan PPPLD Gred DGA32 ke Gred DGA34 untuk mengisi Jawatan Guru Besar Tahun 2014

. Tuesday, December 10, 2013
0 comments

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.  Bersama-sama ini disertakan Surat Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA34 Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Bagi Urusan Pemangkuan PPPLD Gred DGA32 ke Gred DGA34 untuk mengisi Jawatan Guru Besar Tahun 2014 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

3.  Sehubungan dengan itu, permohonan bagi urusan pemangkuan ini terbuka kepada PPPLD Gred DGA34 (TBBK) yang memenuhi syarat umum dan syarat khusus urusan pemangkuan seperti yang ditetapkan.

4. Maklumat dan borang-borang yang lengkap perlu dikemukakan kepada Unit Naik Pangkat sebelum atau pada 13 Disember 2013 (Khamis). Maklumat lanjut boleh menghubungi Unit Naik Pangkat, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Wednesday, November 27, 2013

MAKLUMAT PPP YANG PERNAH MENGHADIRI KURSUS NPQH DAN NPQEL DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI (IAB)

. Wednesday, November 27, 2013
0 comments

Pihak Jabatan Pendidikan Pulau Pinang dalam proses mengumpul maklumat PPP di sekolah yang sedang dan pernah mengikuti kursus berkaitan kepengetuaan iaitu kursus NPQH dan NPQEL yang dianjurkan oleh IAB. 

Oleh hal yang demikian, diminta guru-guru yang sedang atau pernah menghadiri kursus tersebut mengisi borang NPQEL dan hantar melalu email ke spsoo1983@yahoo.com.my selewat-lewatnya 11 Dis 2013.

Terima kasih 

Read More »»

Sunday, November 24, 2013

Profil Kepimpinan

. Sunday, November 24, 2013
1 comments

Semua ketua panitia, Ketua Bidang, Penolong Kanan dan Pengetua wajib melengkapkan profil masing-masing atas talian di www.research.net/s/profil_kepimpinan_k2 selewat-lewatnya 6 Dis 2013.

Walau bagaimanapun, guru-guru yang bergred DG 44 dan ke atas yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam jawatan pengurusan juga boleh mengisi.

Harap maklum

Read More »»

Thursday, November 14, 2013

Chevening Scholarship 2013/2014

. Thursday, November 14, 2013
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa biasiswa seperti tersebut di atas telah dibuka kepada pegawai-pegawai di bawah selian KPM. Sehubungan ini, guru-guru yang berminat boleh melayari sesawang http://www.chevening.org/ untuk memohon dan mendapat maklumat lanjut.

Tarikh tutup :  15 Nov 2013

Read More »»

Wednesday, November 13, 2013

Mr Ch'ng Chin Huat Retirement Ceremony

. Wednesday, November 13, 2013
0 comments

Date : 12 Nov 2013





Read More »»

Monday, November 11, 2013

Temuduga SISC+ dan SIPartners+ Fasa 2

. Monday, November 11, 2013
0 comments

Makluman kepada semua guru,
Jabatan Pendidikan Pulau Pinang akan mengadakan temuduga SISC+ dan SIPartners+ Fasa 2 dalam waktu terdekat ini. Permohonan adalah untuk mata pelajaran Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Sehubungan itu, kepada guru-guru dan pentadbir yang berminat, sila hantar borang permohonan ke PPD masing-masing sebelum 15 November 2013. 
Sila layari pautan ini untuk borang permohonan dan makluman lanjut.

http://www.moe.gov.my/v/peluang-kerjaya-view?id=3267
Sekian, terima kasih.

Read More »»

Saturday, November 9, 2013

Makluman Tempoh Masa Tambahan Ujian Kompetensi ICT

. Saturday, November 9, 2013
0 comments

Sukacita dimaklumkan bahawa pelaksanaan ujian kompetensi ICT bagi PPP (guru dan pentadbir) KPM akan dibuka semula pada 7 Nov hingga 13 Nov 2013 di pautan http://ict-kpm.azurewebsites.net/ bagi memastikan semua guru menjawab.

Melaksanakan ujian kompetensi ICT ini adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 (ms 6 - 25). Harap maklum

Read More »»

Friday, November 8, 2013

Takwim 2014 KPM

. Friday, November 8, 2013
0 comments

Bersama-sama ini, dilampirkan Takwim Persekolahan 2014 KPM bagi rujukan dan tindakan guru.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Pengemaskinian Data e-Operasi

.
0 comments

Semua guru dikehendaki mengemaskini data eOperasi masing-masing selewat-lewatnya 13 NOV 2013. Jangan lupa 
1) tanda  Ö dalam kotak yang disediakan di bawah halaman tersebut.
2) tekan butang 'KEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI"

Setakat ini hanya "Maklumat Peribadi" sahaja yang dapat dikemaskini. Halaman bagi maklumat-maklumat lain akan ditunjukkan satu mesej error semasa ditekan. Walau bagaimanapun, para guru diminta selalu log in dalam sistem untuk melihat samada error tersebut diperbaiki semula atau tidak. 

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Masa Bertugas Guru Semasa SPM dan STPM dijalankan

.
0 comments

Semua guru yang terlibat sebagai guru bertugas semasa SPM dan STPM adalah diingatkan bahawa masa bertugas tuan/puan/cik bermula 30 minit sebelum kertas peperiksaan bermula. Guru-guru yang terlibat juga diminta membaca arahan yang terdapat dalam edaran yang diberikan berkenaan dengan perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa bertugas.

Harap maklum

Read More »»

Wednesday, November 6, 2013

Bengkel HOTS

. Wednesday, November 6, 2013
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa satu bengkel berkenaan pembinaan item-item HOTS akan dijalankan seperti berikut :

Tarikh : 9 Nov 2013 dan 16 Nov 2013
Masa : 8.00 am - 4.00 pm (Pendaftaran bermula 7.30 am)
Tempat : Auditorium
Kehadiran : semua guru yang mengajar Sains atau Matematik Tingkatan 1 - 3 tahun 2013.

Harap maklum

Read More »»

Monday, October 28, 2013

Perlantikan Rasmi Guru Kanan Bahasa

. Monday, October 28, 2013
0 comments

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pn Tan Lon Eng telah dilantik secara rasminya oleh Jabatan Pendidikan Negeri sebagai Guru Kanan Bahasa sekolah kita mulai 16 Okt 2013.

Harap maklum

Read More »»

Majlis Tamat Pengajian 2013 结业典礼

.
0 comments

Date : 25 October 2013
spsoo's 2013 Speech Day album on Photobucket

Read More »»

2013年锺灵三校毕业典礼

.
0 comments

地点:北海锺灵中学
时间: 9.00 点早上







Read More »»

Thursday, October 24, 2013

PEMAKAIAN TWO/THREE - PIECE SUIT PANTS BAGI PEGAWAI AWAM WANITA SEMASA BEKERJA

. Thursday, October 24, 2013
0 comments

Para guru boleh merujuk surat pekeliling berkenaan perkara di atas untuk maklumat lanjut.

Terima kasih

Read More »»

Wednesday, October 23, 2013

Persidangan : International Conference on English Learning 2013

. Wednesday, October 23, 2013
0 comments

Sukacita dimaklumkan bahawa English Language Malaysia dengan kerjasama UPM akan menganjhurkan satu persidangan seperti di atas pada 15 dan 16 Nov 2013 di Faculty of Educational Syudies, UPM Serdang.

Guru-guru yang ingin menghadiri persidangan tersebut perlu mendapatkan kebenaran daripada Pengetua. Hanya satu orang guru daripada setiap sekolah yang akan dibenarkan dan semua perbelanjaan persidangan (yuran = RM180) adalah atas tanggungan sendiri.

Harap maklum

Read More »»

Monday, October 21, 2013

Jamuan Kecemerlangan Kokurikulum

. Monday, October 21, 2013
0 comments

Tarikh : 18 Okt 2013

spsoo's 2013 Jamuan Kecemerlangan album on Photobucket

Read More »»

Tarikh-tarikh Penting

.
0 comments

Semua guru diminta mengambil tindakan berkenaan perkara-perkara di bawah:

Tarikh akhir
Tarikh akhir bagi
Tindakan
31 Okt 2013
Penyerahan borang prestasi, LNPT 2013 dan salian kad pengenalan/buku akaun bank kpd PK Petang dan Ketua Bidang
Semua staf
8 Nov 2013
Penyerahan Buku Persediaan Mengajar, senarai semak dan BPT kepada Pn Rukumani di pejabat
Semua guru
8 Nov 2013
Tarikh akhir untuk kemasukan prestasi PBS Tingkatan 1 dan 2
Guru matapelajaran Tingkatan 1 dan 2
8 Nov 2013
Penyerahan Fail LDP ke pejabat (kotak disediakan) Kandungan fail termasuk kad biru dan dokumen-dokumen sokongan
Semua staf
23 Nov 2013
Penyerahan markah dan kemasukan markah ke dalam SMS dan SAPS
Guru mata pelajaran
12 Dis 2013

Pendaftaran pelajar Tingkatan 1
PK Petang & guru-guru yang berkenaan
26 – 31 DIs 2013
Persediaan Sesi Persekolahan 2014
Semua guru kena hadir di sekolah  dari 7.30 pagi – 1.30 tgh (kecuali 27/12/2013)
26 Dis 2013
(Khamis)
Mesyuarat Guru 1/2014 (7.45 pagi)
Semua guru
Mesyuarat JKKS 1/2014 (11.00 am)
AJK JKKS
27 Dis 2013
(Jumaat)
Persediaan Bilik Darjah (9.00 – 12.00 pm)
Guru Tingkatan dan pelajar-pelajar
30 Dis 2013
(Isnin)
Mesyuarat Panitia 1/2014 (7.30 - 8.30 pagi)
Latihan Dalam Perkhidmatan (8.30 – 12.00 tgh)
Semua guru
31 Dis 2013
(Selasa)
Orientasi Pelajar Tingkatan 1
Latihan Dalam Perkhidmatan*
Guru-guru yang berkenaan

Read More »»

Bertugas Semasa Cuti Hujung Tahun (PINDAAN)

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa guru-guru yang tidak dilantik menjadi Petugas Peperiksaan SPM atau STPM biasanya akan dipanggil balik ke sekolah untuk bertugas semasa cuti hujung tahu.

Untuk melicinkan pengaturan tugas, guru-guru yang mempunyai rancangan peribadi semasa cuti adalah dinasihati berjumpa dengan PK Pentadbiran supaya waktu bertugas yang bersesuaian dapat diuruskan.

Tarikh tutup : 31 OCT 2013

Read More »»

Monday, October 14, 2013

Latihan Dalam Perkhidmatan Kendalian Sekolah

. Monday, October 14, 2013
0 comments

Satu latihan dalam perkhidmatan yang bertajuk Sarana Sekolah dan Ibu bapa telah dijalankan pada 12 Okt 2013.




Read More »»

Wednesday, October 9, 2013

Penutupan Jalan Keluar Gate D

. Wednesday, October 9, 2013
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa kerja pembaikan paip bawah tanah di jalan keluar Gate D sekolah akan dilakukan pada 12 OKT 2013 (Sabtu). Jadi, jalan ini akan ditutup bagi semua kenderaan pada hari tersebut untuk memudahkan kerja pembaikan.

Harap maklum

Read More »»

UK GOVERNMENT CHEVENING SCHOLARSHIPS: 2013/2014 MALAYSIA PROGRAMME

.
0 comments

 Adalah dimaklumkan bahawa permohonan bagi mengikuti Program UK Chevening Scholarship2013/ 2014 Malaysia telah dibuka kepada pegawai-pegawai di bawah seliaan Kementerian ini. 

Pegawai yang berminat untuk mengikuti program ini boleh membuat permohonan di laman sesawang http://www.chevening.org/ dan tarikh tutup permohonan adalah pada 15 November 2013. 

Bersama-sama ini dilampirkan surat daripada High Commission Kuala Lumpur untuk rujukan para guru

Read More »»

PELAKSANAAN UJIAN KOMPETENSI ICT (GURU DAN PENTADBIR) KPM

.
0 comments

Semua guru adalah diarahkan untuk melaksanakan Ujian Kompetensi ICT atas talian dari 9 - 16 OKT 2013 di http://ict-kpm.azurewebsites.net

Maklumat utama ujian ini adalah untuk mengumpul data yang boleh membantu KPM merancang dan melaksana program latihan yang tepat berdasarkan tahap digital literasi para guru. Ujian ini dibuka bagi Pulau Pinang mengikut tarikh di atas sepanjang hari 24 jam. Ujian ini mengandungi 30 soalan beraneka pilihan yang mesti dijawab dalam 40 minit.

Ujian ini adalah WAJIB dan guru-guru yang gagal melaksanakannya akan secara otomatik dihantar untuk menghadiri kursus 40 jam.

Harap maklum

Read More »»

Thursday, October 3, 2013

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

. Thursday, October 3, 2013
0 comments

Satu penilaian prestasi baru akan diperkenalkan dalam sistem perkhidmatan awam. Ia digelar sebagai Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang menggantikan PTK yang telah dimansuhkan. Satu LDP akan diberikan pada 12 OKT 2013 ini. Guru-guru diminta memuat turun dan memahami instrumen penilaian kompetensinya seperti berikut sebelum LDP nanti:

Instrumen Penilaian Guru Akademik

Instrumen Penilaian Guru Bimbingan dan Kaunseling

Borang Markah BPPPP

Guru-guru berminat juga boleh melayari ke http://apps.moe.gov.my/smg/10/ untuk makluman lanjut.

Read More »»

Wednesday, October 2, 2013

Mesyuarat Guru ke 4/2013

. Wednesday, October 2, 2013
0 comments

Mesyuarat guru ke 4 pada tahun 2013 akan dijalankan seperti berikut :

Tarikh : 19 Okt 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 pm (pendaftaran bermula 7.30 am)
Tempat : Dewan Yu Xiu

Harap maklum

Guru-guru boleh merujuk atau download minit mesyuarat sendiri. Tiada "hardcopy" yang akan dibekalkan.


Read More »»

Latihan Dalam Perkhidmatan

.
1 comments

Satu Latihan Dalam Perkhidmatan akan dijalankan seperti berikut :

Tarikh : 12 OKT 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 2.00 pm (pendaftaran bermula 7.30 pagi)
Tempat : Dewan Yu Xiu
Tajuk : Program Sarana Sekolah dan Ibu Bapa

Harap maklum

Read More »»

Tuesday, October 1, 2013

Peringatan : Tarikh Akhir Kemasukan Markah SAPS Ting 5

. Tuesday, October 1, 2013
0 comments

Para guru Tingkatan 5 adalah diingatkan bahawa tarikh kemasukan markah Peperiksaan Percubaan SPM ke dalam sistem SAPS adalah pada 4 Okt 2013.

Harap maklum

Read More »»

Friday, September 27, 2013

Perjalanan Kelas Tingkatan 3 pada 30/9/13 dan 1/10/13

. Friday, September 27, 2013
0 comments

Oleh sebab bilik-bilik darjah Tingkatan 3 akan dijadikan pusat-pusat peperiksaan PMR mulai 30/9/13, maka perjalanan kelas Tingkatan 3 pada 30/9/13 dan 1/10/13 adalah seperti berikut :

1) Pada 30/9/13, semua guru Tingkatan 3 masuk kelas masing-masing pada waktu pertama dan ke 2 seperti biasa.
2) Mulai waktu ke 3, semua pelajar Tingkatan 3 yang hadir akan dimasukkan ke dalam bilik darjah 3TC3 dan 3TC4.
3) Guru-guru mata pelajaran 3TC3 dan 3TC4 masuk kelas seperti biasa pada dua hari berkenaan.
4) Guru-guru mata pelajaran kelas lain akan dijadikan guru ganti.

Harap maklum

Read More »»

Thursday, September 26, 2013

86/88年毕业同学饮水思源

. Thursday, September 26, 2013
0 comments

Our old boys who graduated in the year 1988, celebrated their 25th anniversary on the 15 Sept 2013 recently. They have helped this school to upgrade our F6 Chemistry lab. A big thank you to them!



Read More »»

Wednesday, September 25, 2013

Lawatan Penandaarasan SJKC Jok Bin, Melaka

. Wednesday, September 25, 2013
0 comments

Ahli-ahli Jemaah Tadbir serta guru besar SJK (C) Jok Bin, Melaka telah membuat satu lawatan penanda arasan ke sekolah kita pada 24 Sept 2013. Tujuan mereka datang adalah untuk melihat pelaksanaan smart board dalam p dan p.

Read More »»

Tuesday, September 24, 2013

Kajian Lapangan Strategi Lautan Biru Kebangsan

. Tuesday, September 24, 2013
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa satu kajian lapangan berkenaan perkara di atas akan diadakan di sekolah kita seperti berikut :


Tarikh : 25 Sept 2013 (Rabu)
Masa : 8.30 am - 12.30 pm
Tempat : Auditorium

Guru-guru yang terlibat adalah seperti dalam senarai.

 

Read More »»

Monday, September 23, 2013

Smart Board Launching Ceremony

. Monday, September 23, 2013
0 comments

Chung Ling High School has become the first secondary school in the region to equip all 70 classes with smartboards. Thanks to school board, PTA and alumni for their contributions (Total RM 1.5 million). The official launching has been held on 21 Sept 2013 in school hall.

spsoo's 2013 Smartboard launching album on Photobucket

Read More »»

Perhimpunan Pagi

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa perhimpunan pagi akan diadakan seperti berikut :

1) 26 Sept 2013 (Khamis) - Tingkatan 3 dan 5
2) 27 Sept 2013 (Jumaat) - Tingkatan 4 dan 6

Harap maklum

Read More »»

Friday, September 20, 2013

Pertukaran Kelas

. Friday, September 20, 2013
0 comments

Adalah dimaklumkan pertukaran kelas berikut akan berlaku pada 21 Sept 2013 (Sabtu) demi Majlis Pelancaran Smart Board.

4SA1 ditukar ke 4SC1
4SA4 ditukar ke 4SC2

Harap maklum

Read More »»

Thursday, September 19, 2013

Modul Latihan SPM

. Thursday, September 19, 2013
0 comments

Peperiksaan Percubaan SPM sekolah kita baru selesai. Untuk memenuhi ruang masa yang terdapat sebelum SPM sebenar tiba, sekolah telah memesan modul latihan bagi pelajar-pelajar kita yang bakal akan menduduki SPM.

Semua ketua panitia yang berkenaan diminta mendapatkan modul latihan tersebut dari Bilik Gerakan untuk diedarkan kepada semua guru mata pelajaran.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Majlis Pelancaran Smartboard

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Pelancaran Smartboard akan diadakan pada 21 Sept 2013 (Sabtu) jam 10.00 pagi di dewan. Selepas upacaranya, maka semua tetamu akan diundang pergi melawat ke kelas-kelas Blok Tingkatan 4. Oleh hal yang demikian, dminta semua guru mata pelajaran dari 10.45 hingga 12.00 tgh menggunakan smartboard dalam p & p.
Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.

Read More »»

Wednesday, September 18, 2013

KEPUTUSAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA AMBILAN 1/2013

. Wednesday, September 18, 2013
0 comments

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa peserta-peserta yang menghadiri Program Transformasi Minda Ambilan 1/2013 bagi tujuan menggantikan kursus induksi SSM untuk pengesahan dalam perkhidmatan yang diadakan pada 23 - 27 JUN 2013 di Bukit Jawi Golf Resort, boleh membuat semakan dan mencetak sijil kehadiran dengan jayanya menerusi laman web KPM. Sijil yang dicetak boleh digunakan untuk tujuan permohonan pengesahan dalam perkhidmatan.
Sebarang maklumat dan pertanyaan boleh diajukan ke Unit Latihan dan Kemajuan Staf, JPN Pulau Pinang.
Sekian, terima kasih.

Read More »»

Friday, September 13, 2013

Majlis Tamat Pengajian 2013

. Friday, September 13, 2013
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Tamat Pengajian tahun ini akan berlangsung pada 25 Okt 2013 (Jumaat). Maka, semua PK, Ketua Bidang dan Ketua AJK diminta hadir satu mesyuarat seperti berikut

Tarikh : 18 Sept 2013 (Rabu)
Masa : 2.05 pm
Tempat : Bilik Persidangan

Makanan akan disediakan mulai 1.00 pm di bilik makan guru. Para guru boleh rujuk senarai untuk butiran lanjut. Terima kasih.

Read More »»

Monday, September 9, 2013

Smart Board Launching Ceremony

. Monday, September 9, 2013
0 comments

Chung Ling High School has equipped itself with 70 smartboards in Form 1 - Form 5 classrooms. School Board has decided to have an official launching of the smartboards on 21 Sept 2013 (Sat) 10.00 am at school hall.

Since that day is a school day, only teachers that are involved directly in the hall event need to be present during ceremony. Other teachers have to carry out the classrooms activities as normal.

The teachers duty list is attached. TQ

Read More »»

Tuesday, September 3, 2013

Sumbangan APC dan Kenaikan Pangkat 2013

. Tuesday, September 3, 2013
0 comments

Tahniah diucapkan kepada para guru dan staf yang telah menerima APC dan kenaikan pangkat tahun ini. Guru-guru yang terlibat bolehlah memberi sumbangan ikhlas kepada PK Pentadbiran dan selepas semua kutipan telah sempurna, maka satu jamuan bolehlah diberikan semasa mesyuarat guru nanti.

Bagi guru/staf yang telah menderma, saya ucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Pengemaskinian Maklumat Rekod Peribadi HRMIS

.
0 comments

JPN telah mengarahkan semua staf sekolah mengemaskinikan rekod peribadi sendiri HRMIS di http://eghrmis.hrmis.gov.my/ (talian kpmnet dan school net) atau http://hrmisone.eghrmis.gov.my/ (Broadband & stremyx) atau  http://zontimur.eghrmis.gov.my/.sebelum 30 Sept 2013.

Terdapat 17 medan wajib yang perlu dilengkapkan seperti agama, bangsa, keturunan, status uniform, status perkahwinan, gelaran, dll.

Login dan password HRMIS : nombor kad pengenalan tanpa - (Cth : 661201072154)

Para staf kena ketahui bahawa syarat untuk log in adalah

1) mesti menggunakan browser Internet Explorer 7.0 dan ke atas
2) mesti login dengan password yang betul

Sekian, terima kasih.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila email hrmisjpnpp@moe.gov.my atauhrmisjpnpp@yahoo.com

Read More »»

Thursday, August 29, 2013

A visit from Saitama Prefectural Board of Education, Japan

. Thursday, August 29, 2013
0 comments

Three delegates from Saitama Prefectural Board of Education, Japan visited Chung Ling High School on  28 Aug 2013. The contingent comprised of Mr Takahiro Mori (an officer of High School Education Management Division), Ms Shizuka Tosa and Ms Sawako Mizuishi (both are English teachers of Iwatsuki High School)

They arrived accompanied by the officer from JPN (En Azizan) at Chung Ling High School at around 9.30 am. Their arrival was well received by Board Chairman Dato Seri Tan Boon Pin and board members, PTA Chairman En Teh Ewe Siang.








  

Read More »»

Wednesday, August 28, 2013

Mesyuarat JKKS ke 4 Tahun 2013

. Wednesday, August 28, 2013
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat JKKS ke 4 tahun 2013 akan berlangsung seperti berikut :

Tarikh : 5 Sept 2013 (Khamis)
Masa : 2.05 pm
Tempat : Bilik Persidangan

Makanan akan disediakan di ruangan makan guru mulai 1.00 ptg.

Harap maklum

Read More »»

Pertukaran Guru Sesi Januari 2004

.
0 comments

Sukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan pertukaran guru antara negeri/daerah dan dalam daerah bagi sesi Januari 2014 melalui sistem e-GTukar akan dibuka mulai 1 - 30 Sept 2014.

Pemohon boleh mengakses aplikasi ini melalui laman web KPM di http://apps.empe.gov.my/epgo

Guru-guru yang membuat permohonan dikehendaki menghantar satu salinan cetakan borang permohonan bersama dengan dokumen sokongan ke pejabat (u.p : Pn Noraida) selewat-lewatnya 27 Sept 2013.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Monday, August 26, 2013

Penangguhan Mesyuarat Guru dan LDP

. Monday, August 26, 2013
0 comments

Memandangkan banyak hari Sabtu telah digunakan sebagai hari persekolahan ganti bagi perayaan-perayaan dan badan-badan kokurikulum mengalami masalah tidak cukup bilangan kali aktiviti, maka Mesyuarat Guru dan Latihan Dalam Perkhidmatan yang dijadualkan masing-masing pada 7 Sept 2013 dan 21 Sept 2013 adalah dibatalkan.

Harap maklum

Read More »»

Saturday, August 24, 2013

Kemasukan Markah Peperiksaan Percubaan PMR

. Saturday, August 24, 2013
0 comments

Semua guru mata pelajaran Tingkatan 3 adalah diingatkan bahawa tarikh akhir bagi kemasukan markah Peperiksaan Percubaan PMR ke dalam sistem School Management dan SAPS adalah pada 30 Ogos 2013.

Guru-guru diminta memasukkan markah seawal yang mungkin untuk mengelakkan kesesakan lalulintas ata talian.

Harap maklum

Read More »»

Wednesday, August 21, 2013

Jadual Lawatan Ke Pameran Seni

. Wednesday, August 21, 2013
0 comments

Pameran Seni anjuran Panitia Seni akan diadakan pada 21 dan 22 Ogos 2013. Pelajar-pelajar akan dipanggil ke tapak pameran di dewan mengikut jadual lawatan.

Harap maklum

Read More »»

Tuesday, August 20, 2013

Saitama Prefecture Delegation from Japan

. Tuesday, August 20, 2013
0 comments

Three delegates consist of 1 education officer and 2 English teachers from Saitama Prefecture (埼玉県), Japan is visiting our school on 28 Aug 2013 (Wed) from 9.30 - 12.00 pm.

Their main objectives for the visit is to see the smart school and cluster school project and the teaching of foreign languages (English, Japaneses, Chinese, French etc) in Malaysia.

We hope that, on that day,all teachers can conduct their lessons using smartboards and ICT aided materials. Please do make sure all classes are clean and students are kept under control.

Thank you

p/s Berita Terkini : Ketua Sektor dan 6 orang pegawai JPN akan turut mengiringi rombongan pendidikan dari Jepun. ini.

Read More »»

Kempen Derma Darah

.
0 comments

Satu kempen derma darah anjuran Persatuan Tingkatan 6 akan diadakan pada 27 Ogos 2013 (Selasa) di dewan sekolah dari 9.00 pagi - 1.30 ptg. Guru-guru boleh menggunakan masa lapang masing-masing untuk menyertai kempen ini.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Kursus Penyebaran PBS Ting 3 Tahun 2014

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa kursus penyebaran PBS bagi guru-guru yang akan mengajarTingkatan 3 pada tahun 2014 akan dijalankan dari bulan Sept hingga Oktober 2013. Kursus berkenaan akan berlangsung secara "on-site" selama 4 hari termasuk hujung minggu (Sabtu) atai cuti persekolahan.

Guru-guru yang sedang mengajar Tingkatan 3 diminta membuat persediaan untuk dipanggil ke kursus berkenaan. Harap maklum

Read More »»

Friday, August 16, 2013

Jamuan Sambutan Hari Guru

. Friday, August 16, 2013
0 comments

Jemaah Pengurus Sekolah telah bercadang untuk mengadakan satu jamuan untuk menyambut Hari Guru 2013.

TARIKH   :           29 Ogos 2013 (Khamis)
MASA       :           7.30 PM

Guru-guru dan staf sokong yang berminat boleh mendaftar dengan 

1)    EN TAN SEONG HEE (GURU PETANG)
2)    PN POH CHAI SEE
3)    EN ONG LEANG HONG
4)    EN NA LEAN HONG
5)    PN WONG LADDEE (STAF BUKAN AKADEMIK) 

 MAKAN HALAL, VEGETARIAN DAN NON HALAL DISEDIAKAN.

TARIKH TUTUP    :        23 Ogos 2013 

Read More »»

Monday, August 5, 2013

第二座遮盖篮球场开幕

. Monday, August 5, 2013
0 comments

我校承蒙85/87年同学会认捐25万令吉,为我校现有的室外篮球场加盖,好让学生们能在更完善的硬体设施下学习及成长,把我校的成就带到另一个高峰。此篮球场加盖开幕仪式已在2013年7月6日进行,当时出席的嘉宾有董事会主席拿督斯里陈文彬,锺85/87年毕业同学会主席骆荣伟先生, 其他还包括锺中发展委员会主席拿督郑泳凉、董事会财政拿督陈行庆、校友会联合会总会会长拿督张文铭、董事杨裕仁先生、家教协会主席郑友祥先生及85/87年毕业同学会成员王森捷先生及张火炎先生。






Read More »»

Thursday, August 1, 2013

Penebangan/Pembersihan Pokok Kawasan Sekolah

. Thursday, August 1, 2013
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa pokok-pokok di dalam kawasan pokok akan dibersihkan pada 8 dan 9 Ogos 2013. Dengan ini, tiada sebarang aktiviti dibenarkan pada kedua-dua hari demi menjaga keselamatan warga sekolah.

Harap maklum

Read More »»

Perhimpunan Pagi

.
0 comments

Perhimpunan pagi akan berlangsung seperti berikut :

19 Ogos 2013 (Isnin) : Tingkatan 3 dan 5*
23 Ogos 2013 (Jumaat) : Tingkatan 4 dan 6

Harap maklum

*Pelajar Tingkatan 5 akan diminta tinggal di dewan bagi sesi taklimat Sejarah SPM selepas perhimpunan.

Read More »»

PROGRAM INTEVENSI TAMBAH OPSYEN 2013

.
0 comments

Bersama ini diserta surat siaran Bahagian Pendidikan Guru berhubung Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO). Permohonan secara online dibuka mulai 29 Julai 2013 hingga 8 Ogos 2013.

JPN Pulau Pinang hanya memberi kuota seramai 31 orang iaitu untuk Subjek KH, Sejarah, Bahasa Melayu dan Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)

Guru-guru yang berminat boleh mengemukakan permohonan.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Monday, July 29, 2013

Insurans CUEPAC

. Monday, July 29, 2013
0 comments

Pihak CUEPAC menghubungi sekolah ingin mendapatkan payslip bagi 63 orang guru sekolah kita bagi tujuan pemprosesan Insurans yang dipohon.

Pihak sekolah meminta guru-guru yang tersenarai dalam senarai insuras ini menghubungi pejabat (Pn Nooraida) dengan segera.  Pihak sekolah memerlukan kebenaran daripada guru-guru berkenaan untuk  melepaskan salinan payslip kepada CUEPAC.

Sekian.

Read More »»

Penguatkuasaan Surat Siaran KPPM Bil 4 Tahun 2012 (Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang Di Sekolah)

.
0 comments

Sukacitanya dimaklumkan bahawa KPM telah mengeluarkan surat siaran KPPM Bil 4 tahun 2012, Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang bertarikh 8 Feb 2012.

Oleh hal yang demikian, semua guru dikehendaki mematuhi surat siaran tersebut yang boleh dimuat turun di guru penyayang

Read More »»

锺灵三校运功会Sukan Gabungan Chung Ling

.
0 comments

Tarikh : 25 Julai 2013 (Khamis)

spsoo's 2013 Combined Sports album on Photobucket

Read More »»

Cuti Berganti Hari Raya Puasa

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa JPN telah meluluskan permohonan cuti berganti Hari Raya Puasa pada 5 dan 6 Ogos 2013. Ini bermaksud sekolah akan bercuti mulai 3 Ogos sehingga 18 Ogos 2013.

Hari persekolahan ganti bagi kedua-dua hari cuti terjatuh pada 24 Ogos 2013 dan 21 Sept 2013.

Harap maklum

Read More »»

Monday, July 22, 2013

Pengemaskinian Data E-operasi

. Monday, July 22, 2013
0 comments

Semua guru dikehendaki mengemaskini maklumat peribadi dalam sistem e-operasi di http://apps.moe.gov.my/eoperasi/ .


Antara perkara-perkara yang perlu dikemaskini termasuk
a) maklumat peribadi (khususnya gaji)
b) Maklumat pasangan 
c) Maklumat akademik 
d) maklumat ikhtisas
e) Maklumat perkhidmatan
f) Maklumat Sejarah Perkhidmatan
g) Maklumat Latihan/Kursus (masukkan kursus/LDP yang dihadiri sehingga tahun 2013)
h) Maklumat Elaun (kemaskini elaun terkini)

Jangan terlupa mengesahkan pengemaskinian data dengan menandakan Ö  pada petak yang disediakan di bahagian "Maklumat Peribadi" (di bawah sekali)

Guru-guru boleh menghubungi PK 1 atau Cik Ong BL untuk membuat pembetulan/pengemaskinian data yang tidak boleh dilakukan sendiri.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah tidak dapat menguruskan ID dan KATALALUAN guru-guru. Sekiranya guru-guru sudah lupa ID atau KAKALALUAN, sila maklumkan PK 1 seawal yang mungkin (3 hari sebelum tarikh akhir) supaya pihak PPD dapat dihubungi dan pengemaskinian data E-Operasi dapat diselesai sebelum tarikh tutup.

Tarikh tutup adalah pada 28 Julai 2013 (Ahad).


Read More »»

Saturday, July 20, 2013

Kejohanan Renang 2013

. Saturday, July 20, 2013
0 comments

Tarikh : 18 Julai 2013

spsoo's Swimming Meet 2013 album on Photobucket

Read More »»

Monday, July 15, 2013

Sedutan ISC 2013

. Monday, July 15, 2013
0 comments

spsoo's 2013 ISC album on Photobucket

Read More »»

Pencerapan P & P Dan Penyemakan Buku Rampaian Pelajar 2013/2

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa pencerapan dan penyemakan buku rampaian kali ke 2 tahun ini akan dijalankan dari 22 Julai hingga 30 Ogos 2013.

Tempoh pencerapan yang agak panjang diperuntukkan kali ini kerana di antara tempoh tersebut terdapat beberapa peperiksaan/ujian dijalankan. Guru pencerap diminta menggunakan masa di mana tiada peperiksaan/ujian untuk melaksanakan pencerapan p & p.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Thursday, July 11, 2013

Kempen Kesedaran Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di Sekolah

. Thursday, July 11, 2013
0 comments

Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Pulau Pinang telah menganjurkan satu kempen di SMK Guar Perahu Indah pada 6 Julai 2013. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia dan dihadiri oleh semua sekolah di Pulau Pinang.

Sekolah kita amat bertuah kerana diundang untuk membentang satu kertas yang bertajuk "Perkongsian Pengalaman Berkenaan Perlaksanaan KKP di Sekolah". Sekolah kita telah diwakili oleh En Soo Seng Poh, Penolong Kanan Pentadbiran.




Read More »»

Wednesday, July 10, 2013

Penggunaan Smartboard Tg 1 - 3

. Wednesday, July 10, 2013
0 comments

Dengan sukacitanya, dimaklumkan bahawa smartboard bagi Tingkatan 1 hingga 3 sudah boleh mula digunakan mulai 11 Julai 2013 (Khamis). 


Pihak sekolah berharap para guru dapat menggunakan kemudahan ini semaksima yang mungkin. Para guru juga diseru menggunakan perisian atas talian (Score A) yang dibekalkan.

Sekian, terima kasih

Read More »»

2013 International Student Camp Opening Ceremony

.
0 comments

Date : 7 July 2013 (Sunday)
Time : 2.00 pm
Venue : School Hall

spsoo's 2013 ISC Opening album on Photobucket

Read More »»

Friday, July 5, 2013

PENGGUNAAN SCORE A PROGRAM ATAS TALIAN

. Friday, July 5, 2013
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa Id bagi menggunakan program SCORE A telah dibekalkan dan satu latihan telah pun diberikan pada 4 July 2013.

Guru-guru yang tidak menghadiri latihan tersebut boleh log masuk di www.scorea.com dan mencuba program ini di rumah.

Pass word yang diberikan hanya bagi sementara sahaja. Seminggu kemudian, pass word baru akan dimasukkan terus ke dalam smartboard setiap kelas.
Oleh hal yang demikian, diharap cikgu-cikgu dapat mencuba program ini sebelum password yang dibekalkan luput.

Terima kasih  

Read More »»

Monday, July 1, 2013

Bengkel Program Interaktif Atas Talian (Score A)

. Monday, July 1, 2013
0 comments

Lanjutan daripada LDP pada 22 Jun 2013, satu bengkel "hand-on" berkenaan program interaktif atas talian (Score A) akan diadakan pada 4 Julai 2013 (Khamis) seperti berikut :

Sesi 1 : 11.00 pagi di kelas 2TA5 dan 2TB1
Sesi 2 : 2.15 pm di kelas 3TA1 dan 3TA2

Guru-guru boleh memlihi mana-mana sesi yang bersesuaian. Setiap sesi akan mengambil masa kira-kira 1 jam.

Pada masa yang sama, latihan pengoperasian smartboard juga akan diberikan kepada guru-guru yang baru kepada perkakasan ini (Khususnya guru-guru Tingkatan 1, 2 dan 3)

Harap maklum

Read More »»

Tuesday, June 25, 2013

TEKS KHAS PENGUATKUASAAN PERATURAN PENJAWAT AWAM

. Tuesday, June 25, 2013
0 comments

Adalah dengan ini dilampirkan teks ucapan berkenaan perkara di atas untuk rujukan semua guru. Sila klik di sini untuk memuat turunkannya

Read More »»

Cuti Berganti Hari Deepavali

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa JPN telah meluluskan permohonan sekolah untuk mengambil cuti berganti Hari Deepavali pada 4 Nov 2013 (Isnin). Dengan ini sekolah akan bercuti bermula 1 Nov - 5 Nov 2013 sempena Hari Deepavali.

20 Julai 2013 (Sabtu) juga telah ditetapkan sebagai hari ganti persekolahan bagi cuti berganti tersebut. Harap maklum

Read More »»

Anugerah Inovasi Negara 2013

.
0 comments

Kemneterian Sains, Teknologi dan Inovasi mempelawa semua warga sekolah untuk memohon demi memasuki pertandingan tersebut di atas.

Maklumat lanjut dan borang penyertaannya boleh diperolehi di www.mosti.gov.my. Tarikh tutup : 5 Julai 2013.

Harap maklum

Read More »»

Monday, June 24, 2013

Kutipan Derma PIBG 2013

. Monday, June 24, 2013
0 comments

Para guru tingkatan diminta mengutip derma PIBG daripada waris melalui pelajar-pelajar. Surat-surat sudah dikeluarkan kepada kelas. Untuk pengetahuan guru, sekiranya seseorang waris ada dua atau lebih anak yang belajar di sekolah ini, maka hanya anak yang belajar di Tingkatan lebih rendah akan bayar.

Semua kutipan mesti diserahkan kepada Cikgu Yeap Yee Pei selewat-lewatnya 5 Julai 2013.

Harap maklum

Read More »»

Latihan Dalam Perkhidmatan 2013/3

.
0 comments

Tarikh : 22 Jun 2013 (Sabtu)






Read More »»