Thursday, March 31, 2016

Pertukaran Guru Sesi Jun 2016

. Thursday, March 31, 2016
1 comments

Pertukaran guru antara negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi sesi Jun 2016 melalui Modul e-GTukar akan dibuka mulai 1 April 2016 hingga 25 April 2016.

Permohonan boleh diakses melalui modul ini di https://epgo.moe.gov.my/

Guru-guru yag memohon pertukaran melalui modul ini dikehendaki membekalkan satu set salinan bahan-bahan berikut :
1) pengesahan permohonan muka surat 6
2) dokumen sokongan
3) dokumen-dokumen lain yang rasa diperlukan

kepada pejabat selewat-lewatnya 20 April 2016.

Dilampirkan surat siaran berkenaan perkara di atas untuk rujukan semua guru.

Harap maklum

Read More »»

Monday, March 28, 2016

Majlis Persaraan En Cheah Kok Kheng

. Monday, March 28, 2016
0 comments

Tarikh : 1 April 2016 (Jumaat)

Masa : 12.00 pm

Tingkatan :  3 dan 5

Majlis akan dikendali seperti perhimpunan biasa di mana guru-guru Tingkatan 4 dan 6 diminta berada di dalam kelas untuk mengawal kelas sementara guru-guru lain berada di dalam dewan.

Harap maklum

Read More »»

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015

.
0 comments

Tarikh : 31 Mac 2016 (Khamis)

Tingkatan : 4 dan 6

Masa : 11.00 pagi

Semua guru menghadiri majlis seperti perhimpunan biasa dengan memakai pakian batik sekolah yang dibekalkan.

Guru-guru Tingkatan 3 dan 5 diminta berada di dalam kelas untuk mengawal kelas.


Sekian, terima kasih

Read More »»

Pameran Pendidikan 2016

.
0 comments

Tarikh : 4 March 2016

Read More »»

KURSUS i-THINK DALAM TALIAN(KiDT)

.
0 comments

Seperti sedia maklum, Kursus atas talian i-Think telah dilancarkan pada tahun 2015 dan KPM mewajibkan semua guru menghabiskan kursus ini sebelum tamatnya tahun 2016.

Dilampirkan senara guru yang BELUM melengkapi kursus ini dan juga NOTA BANTUAN menjalani kursus ini di http://mygfl.moe.gov.my.

Guru-guru yang terdapat nama di senarai yang belum menamtkan kursus, diminta berjumpa dengan Cikgu Nurul Safra (sesi petang) dengan segera.

Guru-guru yang sudah menghabiskan kursus i-Think pada tahun lepas (yang tiada nama dalam senarai) JANGAN mendaftar di website i-Think yang baru. Tindakan ini akan menyebabkan cikgu dikelasifikasikan sebagai guru yang TIDAK menamatkan kursus dan perlu membuat kursus ini dari PERMULAAN lagi.

Harap maklum.

Read More »»

Sunday, March 20, 2016

Penawaran Program Eksekutif Universiti Pendidikan Sultan Idris

. Sunday, March 20, 2016
0 comments

Bersama-sama ini dipanjangkan surat siaran hebahan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengenai tawaran Program Eksekutif UPSI seperti di lampiran untuk edaran/makluman kepada tuan/puan.


Sekian, terima kasih.

Read More »»

Wednesday, March 16, 2016

Perlantikan Penolong Kanan HEM

. Wednesday, March 16, 2016
1 comments

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa En Yew Thong Hin telah dilantik sebagai PK HEM sekolah ini berkuatkuasa 16 Februari 2016. Tahniah diucapkan.


Read More »»

Perhimpunan Pagi

.
0 comments

Adalah dimaklumka bahawa perhimpunan pagi akan diadakan seperti berikut

1) 22/3/2016 : Tingkatan 3 dan 5
2) 23/3/2016 : Tingkatan 4 dan 6

Sekian, terima kasih

Read More »»

MODUL PENGAJARAN BERFOKUS SPM 2016

.
0 comments

JPNPP telah menyediakan modul Pengajaran Berfokus SPM 2016 untuk membantu pelaksanaan PdP guru-guru.

Sehubungan itu, semua guru diarahkan untuk memuat turun modul tersebut dari laman sesawang www.jpnpp.edu.my

Sekian, terima kasih

Read More »»

Headcount, Analisis Item, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), Perancagan Latihan Kerja Murid (PLKM) dan Pentaksiran Sekolah

.
0 comments

JPNPP telah mengarahkan semua sekolah untuk melaksanakan perkara-perkara berikut mulai tahun 2016:

1) Headcount : Tingkatan 1 - 5
2) Analisis Item : Tingkatan 1 - 5 (Setiap kali selepas Ujian/Peperiksaan)
3) JSU dan JSI : Tingkatan 1 - 5 (Setiap kali sebelum Ujian/peperiksaan)
4) PLKM : Semua panitia
5) Pentaksiran Sekolah : Tingkatan 1 - 5

Perkara 2 hingga 4 boleh dimuaturun daripada www.jpnpp.edu.my 

Harap maklum

Read More »»

PELAWAAN KEMUDAHAN PROGRAM BIASISWA KOMANWEL NEW ZEALAND TAHUN 2016

.
0 comments

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) untuk memohon kemudahan Program Biasiswa Komanwel New Zealand Tahun 2016 bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ph. D secara sepenuh masa. 

3.         Pegawai-pegawai Perkhidmatan Bukan Guru (PBG) & Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), KPM yang berminat untuk memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur Biasiswa Komanwel New Zealand dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut:

(i)            Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;

(ii)          Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;

(iii)         Umur tidak melebihi 50 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 45 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (Ph. D) pada tarikh tutup permohonan, tarikh memulakan pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan penaja mengikut mana yang berkenaan;

(iv)         Mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik;

(v)          Telah mengisytiharkan harta;

(vi)         Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2012, 2013 & 2014) atau (2013, 2014 & 2015);

(vii)        Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;

(viii)      Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman Pelajaran JPA;

(ix)         Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari 29 April 2016);

(x)          Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan bidang yang bersesuaian dengan bidang tugas;

(xi)         Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pegajian yang diikuti; dan

(xii)        Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai.

4.         Pegawai-pegawai PBG & PPP yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian di portalhttp://esilav2.jpa.gov.my dan perlu mengisi borang-borang seperti berikut:

(i)          Borang JPA(L)LDP 1B/96

(ii)        Perakuan Ketua Jabatan – (Lampiran C); dan

(iii)       New Zealand Tertiary Scholarships Application Form.

Borang JPA(L)LDP 1A/96 – (Lampiran B) akan disediakan oleh BPSM, KPM.

5.         Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dimuat turun dan dicetak dengan disertakan bersama-sama:

(i)            Salinan Kad Pengenalan;

(ii)          Salinan Ijazah Pertama atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip);

(iii)         Salinan Ijazah Sarjana atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip);

(iv)         Salinan pasport;

(v)          Salinan TOEFL/IELTS;

(vi)         Surat tawaran university; dan

(vii)        New Zealand Tertiary Scholarships Application Form.

hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 22 April 2016 (Jumaat) jam 5:00 petang kepada:

            5.1       Bagi Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru (PBG)
                           Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,
   Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan,
   Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   Aras 4, Blok E12, Kompleks E,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   PUTRAJAYA.

            5.2       Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
   Sektor Dasar Keguruan,
                           Bahagian Pendidikan Guru,
                           Kementerian Pendidikan Malaysia,
                           Aras 3, Blok E13, Kompleks E,
                           Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
                           62604 PUTRAJAYA.

6.         Tuan/puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut untuk pertanyaan lanjut::

            6.1      BPSM
                                                          i.    Encik Azmi Tepoli                                           
Tel                  :           03-8884 7947
E-mel              :           azmi.tepoli@moe.gov.my
Faksimile       :           03-8884 7925
                                                                                                                       
                                                         ii.    Danial Abdillah bin Suhaimi
Tel                  :           03-8884 7943
E-mel             :           danial.suhaimi@moe.gov.my
Faksimile       :           03-8884 7925

            6.2       BPG
i.      Puan Siti Mariam binti Sulaiman
Tel                  :           03-8884 1067                                  
E-mel             :           mariam.sulaiman@moe.gov.my
Faksimile       :           03-8884 1222


7.         Bersama-sama ini disertakan salinan surat jemputan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk perhatian tuan/puan jua.
            

Sekian, terima kasih.

Read More »»

PELAWAAN PESERTA MENYERTAI KURSUS YANG DITAWARKAN OLEH SEAMEO QITEP IN MATHEMATICS BAGI TAHUN 2016

.
0 comments

 Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO) Regional Centre for Quality Improvement of Teachers and Education Personnel (QITEP) in Mathematicsmempelawa pencalonan daripada kalangan Guru Penolong Kanan/ Guru Cemerlang/ Jurulatih  Utama/ Guru Matematik Sekolah Menengah Atas/ Guru Matematik Sekolah Menengah Rendah dan Guru Matematik Sekolah Rendah untuk memohon kursus yang ditawarkan oleh SEAMEO QITEPin Mathematics bagi tahun 2016.

     3.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak SEAMEO QITEP in Mathematics menawarkan biasiswa-biasiswa bagi kursus antarabangsa seperti yang berikut:

Bil
Tajuk Kursus
Tarikh
Kumpulan Sasaran
Tarikh Tutup Permohonan
i.
Regular Course on Differentiated Instruction
20 April- 3 Mei 2016
19 April:  Arrival
4 Mei : Departure
Guru Matematik Sekolah Menengah  Atas
16 Mac 2016
ii.
Regular Course on Southeast Asia Realistic Mathematics Education
17 Mei-1 Jun 2016
16 Mei:  Arrival
2 Jun: Departure
Guru Matematik Sekolah Menengah  Rendah
25 Mac 2016
iii.
Regular Course on Developing Lesson Study in Mathematics Education
2-15 Ogos 2016
1 Ogos:   Arrival
16 Ogos: Departure
Guru Matematik Sekolah Menengah  Rendah
30 Mei 2016
iv.
Regular Course on Joyful Learning in Mathematics Education
24 Ogos – 6 September 2016
23 Ogos:   Arrival
7September:Departure
Guru Matematik Sekolah Rendah
30 Mei 2016

iv.
Regular Course on Teacher-made Teaching Aid
12-25 Oktober 2016
11 Okt: Arrival
26 Okt: Departure
Guru Matematik Sekolah Rendah

30 Mei 2016

    4.         Sehubungan dengan itu, Guru/ pensyarah/ pegawai yang dicalonkan mestilah mempunyai keupayaan untuk melaksanakan kursusmultiplier effect kepada rakan guru setelah pulang dari kursus berkenaan. Penyertaan guru/ pensyarah/ pegawai yang berkenaan hendaklah direkodkan dalam Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM).

     5.         Untuk makluman YBhg. Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan, pengurusan, yuran dan tuntutan perjalanan guru/ pensyarah/ pegawai menghadiri kursus berkenaan adalah di bawah tanggungan pihak penganjur. Penyertaan guru/ pensyarah/ pegawai hendaklah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan masing-masing. Permohonan yang diterima akan disaring oleh Panel Pemilihan BPG dan permohonan yang layak akan dicalonkan kepada pihak penganjur.

...  6.         Bersama-sama ini dilampirkan (i) General Information on QiM 2016 Courses, (ii) QITEP in Math 2016 Course Description dan (iii) Biodata form for QiM CoursesBorang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dimuat turun dan dicetak dengan disertakan bersama-sama:

(i)            Biodata form for QiM Courses
(ii)          Senarai Tugas Semasa
(iii)         Salinan Kad Pengenalan;
(iv)         Salinan pasport;
(v)          Salinan TOEFL/IELTS;
hendaklah dikemukakan ke Bahagian ini selewat-lewatnya pada atau sebelum tarikh tutup permohonan kepada:
                      Siti Mariam binti Sulaiman,
                      Sektor Dasar Keguruan,
                      Bahagian Pendidikan Guru,
                      Kementerian Pendidikan Malaysia,
                      Aras 3, Blok E13, Kompleks E,
                      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
                      62604 PUTRAJAYA.

     7.         Jika ada pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Cik Siti Mariam binti Sulaiman, Sektor Dasar Keguruan, BPG dalam talian  03 88841067 atau di alamat emel mariam.sulaiman@moe.gov.my.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

HEBAHAN: BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2016/2017 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

.
0 comments

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) untuk memohon kemudahan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2016/2017 bagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph. D) di dalam dan luar negara.   

3.         Pegawai-pegawai yang berminat dan berkelayakan untuk memohon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:

            Syarat-Syarat Umum

(a)  Warganegara Malaysia; dan

(b)  Umur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti.

Syarat-Syarat Khusus

(a)  Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;

(b)  Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;

(c)  Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa;

(d)  Pemohon perlu mendapatkab tempat pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam di universiti penyelidikan tempatan seperti di Lampiran B1 atau universiti terkemuka dunia (Ivy League) mengikut Times Higher Education (THE), QS World University RankingAcademic Ranking World Universities (ARWU), Barron’s Profiles Of American Collegesseperti di Lampiran B2;

(e)  Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan atau mixed mode yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis; dan

(f)   Pemohon dikehendaki menghantar Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposal) dalam Bahasa Melayu untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara. Panduan menulis cadangan penyelidikan/pengajian adalah seperti di Lampiran D1.

(g)  Kriteria Utama yang digunakan bagi pemilihan calon-calon untuk mendapatkan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik yang dimiliki oleh calon-calon. Kriteria berikut juga diambil kira di dalam pemilihan calon-calon iaitu:

i.              Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan

ii.            Prestasi semasa temuduga.

4.         Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal http://esilav2.jpa.gov.my dan perlu mengisi Borang JPA(L)LDP 1B/96 (Pin.1/2003) dengan pengesahan markah LNPT bagi tahun 2013, 2014 dan 2015 oleh Ketua Jabatan.  Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dimuat turun dan dicetak dengan disertakan bersama-sama:

(i)            Salinan Kad Pengenalan;

(ii)          Salinan Surat Tawaran kemasukan ke institusi;

(iii)         Salinan Ijazah Pertama atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip);

(iv)         Salinan Ijazah Sarjana atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip);

(v)          Lampiran C ; dan

(vi)         Borang JPA(L)LDP 1A/96 akan disediakan oleh BPSM, KPM.

hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 15 Mac 2016 (Selasa) jam 5:00 petang kepada:

4.1       Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru

                        Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,                                                                  
                        Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E12, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.

            4.2       Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

                        Sektor Dasar Keguruan,
Bahagian Pendidikan Guru,
Aras 3, Blok E13, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.


5.         Tuan/puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut untuk pertanyaan lanjut::

                        Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

5.1       Encik Azmi Tepoli
                                    Tel       : 03-8884 7947
                                    Faks   : 03-8884 7925
                                    E-mel  : azmi.tepoli@moe.gov.my
           

                        5.2       Encik Danial Abdillah bin Suhaimi
                                    Tel       : 03-8884 7943
                                    Faks   : 03-8884 7925
                                    E-mel  : danial.suhaimi@moe.gov.my


                        Bahagian Pendidikan Guru

5.3       Puan Siti Mariam binti Sulaiman
                                    Tel       :03-8884 1067
                                    Faks   :03-8884 1222
                                    E-mel  : mariam.sulaiman@moe.gov.my


6.         Bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen berikut untuk perhatian dan tindakan selanjutnya:

            6.1       Keterangan Biasiswa
            6.2       Lampiran B – Syarat Permohonan
            6.3       Lampiran D – Panduan Permohonan
            6.4       Lampiran D1 – Panduan Proposal
            6.5       Lampiran C – Pengesahan Ketua Jabatan


Sekian, terima kasih.

Read More »»

Friday, March 11, 2016

Jemputan utk Menyertai Seminar Kebangsaan Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran (SKIPP 2016)

. Friday, March 11, 2016
0 comments

Sukacita dimaklumkan bahawa University Teaching and Learning Centre (UTLC), Universiti Utara Malaysia akan menganjurkan seminar di atas seperti berikut :

Tarikh : 11 - 13 April 2016
Tempat : Pusat Konvensyen, UUM Sintok, Kedah

Guru-guru yag berminat boleh merujuk surat jemputan yang dilampirkan.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Jemputan untuk Menghadiri Bengkel Penulisan Akademik

.
0 comments

Sukacita dimaklumkan bahawa SEAMEO RECSAM akan menganjurkan satu bengkel penulisan akademik seperti berikut :

Tarikh : 29 - 30 Mac 2016
Masa : 8.30 am - 4.30 pm
Tempat : Math Lab 1, SEAMEO RECSAM

Dilampirkan surat jemputan untuk rujukan semua guru.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Wednesday, March 9, 2016

Mesyuarat Agung PIBG 2016

. Wednesday, March 9, 2016
0 comments

Tarikh : 5 Mac 2016 (Sabtu)
Masa : 2.00 pm






Read More »»

2015年SPM成绩放榜

.
0 comments

2015年大马教育文凭与2016年3月3日公布。此届考生一共有407位考生,考获全A+的考生为407位。GPS为2.60, 及格率99.75%

Read More »»

2015年STPM成绩放榜

.
0 comments

2015 年大马高级教育文凭于2016年3月2日放榜。此次考生一共有163位,其中考获4A的有11人(全A有4人),3A的有16人,2A的有12人, 及格率达99.39%。

2015 STPM results was released on 2 March 2016. There were 11 students who scored 4 A (4 of those got 4 A flat), 16 students got 3A and 12 students got 2A. The passing rate was 99.39%.






Read More »»

Friendly Visit from National Institute of Technology Hakodate, Japan

.
0 comments

A total of 9 delegates (2 teachers and 7 students) from National Institute of Technology Hakodate, Japan, visited CLHS on 29 Feb 2016. The school was led by Makiko Takahashi and Osamu Terakado.







Read More »»