Sukacitanya dimaklumkan bahawa
sambuatan Hari Guru Peringkat Sekolah akan diadakan pada 20 Jun 2014 (Jumaat).
Guru-guru diminta memberi perhatian pada perkara-perkara berikut :
1) Majlis rasminya akan diadakan di dewan
dari 8.15 - 9.45 pagi. Kelas yang akan masuk ke dalam dewan termasuk semua
kelas Tingkatan 5 dan kelas kumpulan A Tingkatan 3.
2) Semua guru kecuali Guru Tingkatan
kelas Tingkatan 3 (kumpulan B dan C), 4 dan 6, wajib berada di dalam dewan pada
pukul 8.15 pagi. Guru-guru tingkatan yang berkenaan diminta menguruskan jamuan
kelas dengan pelajar.
2) Jamuan kelas dijangka akan
bermula 9.45 pagi dan tamat pada 11.45 pagi. Guru-guru mata pelajaran diminta
masuk kelas mengikut jadual waktu peribadi.
3) Dua waktu selepas ini (11.45 -
12.55 pm) dikhaskan untuk memulihkan bilik darjah. Guru-guru mata pelajaran
diminta membantu.
4) Pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas akan berjalan seperti biasa dari 12.55 – 1.30 pm
Harap maklum
0 comments:
Post a Comment