Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Perkihidmatan Awam (JPA) telah meluluskan pemberian IproBI kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang mengajar Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah secara “one-off”.(rujuk lampiran Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2014)
3. Syarat-syarat adalah seperti berikut :
i. Guru mendapat Keputusan Aptis atau CPT dengan band C1 atau C2. Slip keputusan CPT boleh dimuat turun dari laman sesawang KPM
ii. Guru harus mengajar Bahasa Inggeris;
iii. Guru yang bukan opsyen jika memohon pemberian insentif ProBI perlu mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris sehingga bersara;
iv. Dilantik ke dalam perkhidmatan sebelum 1 Januari, 2015;
v. Bebas daripada tindakan tatatertib;
4. Guru-guru yang ingin memohon diminta menyemak senarai semak (bahan-bahan yang kena dilampirkan). Semua permohonan mesti sampai ke pejabat (U.P Pn Noraida) selewat-lewatnya 29 Ogos 2014.
Sekian, terima kasih
Read More »»