Monday, December 29, 2014

Kenyataan Akhbar KPM Berkenaan PT3

. Monday, December 29, 2014
0 comments

Disisipkan bersama ini adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan PT3, 2014. 

Semua guru diminta membaca dan memahaminya supaya penerangan yang jelas dapat diberikan kepada waris.

Terima kasih

Read More »»

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015

.
0 comments

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.



Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Read More »»

Friday, December 26, 2014

Bahan-bahan perkembangan pelaksanaan PBS

. Friday, December 26, 2014
0 comments

Disisipkan bersama ini bahan-bahan penerangan berkenaan perkembangan pelaksanaan PBS untuk perkongsian ilmu bersama dengan personalia-personalia pentaksiran di sekolah.. 

T Diharapkan perkongsian ilmu ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai perkembangan pelaksanaan PBS dan dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan PBS dengan lebih baik. 


Kerjasama tuan di dalam hal ini didahulukan dengan ucapan terima kasih. 

Read More »»

Semakan Keputusan Program Transformasi Minda (PTM) 2014

.
0 comments

Kepada yang berkenaan

Salam Sejahtera
Sukacita dimaklumkan bahawa Keputusan Program Transformasi Minda boleh disemak dan dicetak di http://apps2.moe.gov.my/smg/ptm/?doit=semakKeputusan .

Read More »»

Penggunaan E-Lampiran A : Kemudahan Insurans Kesihatan & Perjalanan Ke Luar Negara

.
0 comments

Dimaklumkan bahawa e_lampiran A adalah satu kemudahan web yang dihasilkan bagi memudahkan Pegawai Perkhidmatan Awam menjana Lampiran A secara elektronik apabila ingin mendapat kemudahan insurans kesiharan dan perjalanan bagi tujuan lawatan/percutian persendirian ke luar negara.

Borang e_lampiran A yang telah lengkap hendaklah dicetak dan dikepilkan bersama Borang Permohonan Perjalanan Pegawai Awam ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian (Lampiran 1) untuk dihantar ke Unit Pentadbiran bagi mendapatkan kelulusan Pengarah Pendidikan selewat-lewatnya 21 hari bekerja sebelum tarikh bertolak

Bersama-sama dengan ini disertakan Panduan Penggunaan e-Lampiran A untuk rujukan dan tindakan semua staf.

Read More »»

Monday, December 22, 2014

Latihan Dalam Perkhidmatan 2015/1

. Monday, December 22, 2014
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa satu Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Kendalian Sekolah akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh              :           2 JAN 2015


Masa                :           7.00 pg  hingga 1.00 ptg

Tempat            :           Dewan Yu Xiu

Tajuk               :           1)  Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB)
                                    2)  Sarana Ibu Bapa dan Sekolah

Dengan ini, semua staf diwajib hadir.

Terima kasih

Read More »»

Mesyuarat Guru 2015/1

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Guru Pertama bagi sesi tahun 2015 akan diadakah seperti berikut

Tarikh : 29 Dis 2014 (Isnin)
Masa : 7.30 (pendaftaran bermula)
Tempat : Dewan Yu Xiu

Kehadiran guru adalah wajib.

Bersama-sama dengan ini dilampirkan minit Mesyuarat Guru ke 4 bagi sesi tahun 2014 untuk rujukan tuan/puan. Adalah dimaklumkan bahawa sudah jadi polisi sekolah ini salinan bercetak minit TIDAK dibekalkan semasa mesyuarat.

Sekian, terima kasih.


Read More »»