KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN
PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana
semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang
masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.
Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan
banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau
sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai
Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang
bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu
bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti
dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu
dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan
itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan
permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu.
Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015
bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari
2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12
Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah
yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa
untuk dipulihkan; dan
b)
Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba
kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan
persekolahan mereka.
Sekiranya
keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah
menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan
sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam
keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima
kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
0 comments:
Post a Comment