Dengan sukacitanya dimaklumkan
bahawa Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK)
Pulau Pinang akan menyertai Kejohanan Dakithon MAKSAK Malaysia yang
akan dikelolakan oleh Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia pada 15
Mei dan 16 Mei 2015 bertempat di Gunung Ledang, Johor.
2. Sehubungan dengan itu, Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-Anggota
Kerajaan (MAKSAK) Pulau Pinang akan mengadakan pemilihan peserta
Dakithon MAKSAK Negeri Pulau Pinang Tahun 2015 pada ketetapan seperti
berikut :
Tarikh : 18 April 2015 (SABTU)
Masa : 7.00 pagi - Pendaftaran
7.30 pagi - Acara dijalankan
Tempat : Taman Perbandaran MPPP, Pulau Pinang. (lokasi pendaftaran di padang)
3. Sehubungan itu, staf yang merupakan ahli dan berminat boleh mengambil bahagian.
Sekian, terima kasih
0 comments:
Post a Comment