Wednesday, May 25, 2016

Perlantikan Ketua Bidang Teknik dan Vokasional

. Wednesday, May 25, 2016
0 comments

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pn H'ng Siew Lee telah dilantik sebagai Ketua Bidang Teknik dan Vokasional sekolah ini berkuatkuasa 4 Mei 2016. Tahniah diucapkan.



Read More »»

新委任课外活动副校长Perlantikan Penolong Kanan Kokurikulum

.
0 comments

教育局已在2016年5月4日正式委任王联丰主任为课外活动副校长,恭喜!

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa En Ong Lean Hong telah dilantik sebagai PK Kourkiulum sekolah ini berkuatkuasa 4 Mei 2016. Tahniah diucapkan.

Read More »»

Tuesday, May 24, 2016

Taklimat Perisytiharan Harta Melalui HRMIS

. Tuesday, May 24, 2016
0 comments

Satu taklimat berkenaan tajuk di atas akan diadakan mengikut ketatapan berikut :

Tarikh : 26 Mei 2016 (Khamis)
Masa : 11.00 pagi (guru-guru sesi petang dan staf sokongan)
             2.10 ptg (guru-guru sesi pagi)
Tempat : Audiotium

Taklimat ini adalah penting kerana perisytiharan harta merupakan kewajiban seseorang kakitangan kerajaan dan ia boleh memberi kesan yang besar kepada perkhidmatan kita.

Guru-guru yang mempunyai urusan rasmi di luar pejabat atau sedang bercuti dikehendaki merujuk kepada sekolah untuk tindakan selanjutnya. Tarikh untuk menyempurnakan semua penghantaran perisytiharan harta telah ditetapkan pada 15 Jun 2016 (Rabu).

Dilampirkan bahan rujukan berkenaan tatacara perisytiharan harta dan bahan taklimat untuk rujukan dan tindakan semua.

Sekian, terima kasih 

Read More »»

HEBAHAN DAN TAKLIMAT PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN MOD KERJA KURSUS SECARA LUAR PESISIR (OFFSHORE)

.
0 comments

Untuk makluman tuan, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia bercadang untuk mengadakan program di atas kepada guru dan pegawai pendidikan yang berminat dan berkelayakan di sekitar negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak mulai Sidang Akademik 2016/2017 iaitu September 2016. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun (4 semester). Program dijalankan secara sambilan yang melibatkan komponen kerja kursus dan projek penyelidikan. Jadual kuliah dan tutorial akan dijalankan pada hujung minggu (setiap Sabtu). 

Tempat kuliah dan tutorial ialah di Seberang Perai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

 Mereka yang berminat dan memenuhi kelayakan perlu mengisi permohonan secara online di laman sesawang www.ips.usm.my selewat-lewatnya pada 15 Julai 2016. Sehubungan itu, satu taklimat tentang program ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh      :       28 Mei 2016 (Sabtu)
Masa        :       9.30 pagi
Tempat    :       Dewan Kirkby, Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun
                        14000 Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi Prof. Madya Dr. Mohamad Zohir Ahmad di talian 013-4393622 atau urusetia program di talian 04-6535403/5409.

Sekian, terima kasih

Read More »»

TAWARAN MENGIKUTI KOREA-MALAYSIA TEACHER EXCHANGE PROGRAMME (KOMTEP) DI BAWAH PROGRAM ASIA-PACIFIC TEACHER EXCHANGE FOR GLOBAL EDUCATION (APTE), REPUBLIK KOREA TAHUN 2016

.
0 comments

 Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG) akan melaksanakan ambilan bagi Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) dengan jalinan kerjasama Kementerian Pendidikan Republik Korea dan Asia-Pacific Centre of Education for International Understanding, UNESCO (APCEIU) bagi tahun 2016. Program ini akan bermula pada Jun 2016 dengan penempatan seramai enam (6) orang guru Korea ditiga (3) buah sekolah di WP Kuala Lumpur manakala guru dari Malaysia akan dihantar ke Republik Korea mulai Ogos 2016 selama tiga (3) bulan.

     3.         Objektif program ini adalah untuk mewujudkan jalinan kerjasama pintar peringkat antarabangsa antara guru sekolah Republik Korea dan Malaysia serta memberi peluang kepada guru Malaysia mempertingkatkan kompetensi melalui pendedahan sebenar dan menimba pengalaman baharu secara amali berkaitan amalan terbaik proses pengajaran dan pembelajaran di Republik Korea.

4.         Program penempatan guru Malaysia ke Republik Korea ini ditawarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang memenuhi syarat dan kelayakan asas seperti berikut:

                  (a)        Warganegara Malaysia;

                  (b)        Berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia;

                   (c)        Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;

                  (d)        Berumur tidak melebihi 50 tahun pada 1 Ogos 2016;

                  (e)        Tidak berdaftar atau mengikuti sebarang pengajian dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa/ separuh masa/ sambilan dengan tajaan KPM;

                    (f)        Tidak mengikuti program jangka pendek dalam tempoh satu (1) tahun kebelakangan atau program jangka panjang dalam tempoh dua (2) tahun kebelakangan (dikira dari tarikh program ini bermula) (Lampiran A1);

                  (g)        Telah tamat tempoh ikatan perjanjian perkhidmatan dengan KPM selepas menamatkan kursus bagi PPP yang pernah menerima penajaan biasiswa bagi Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Kedoktoran dalam dan luar negara (dikira dari tarikh tamat pengajian);

                  (h)        Bukan peminjam tegar atau peminjam yang disenaraihitamkan oleh KPM atau badan-badan peminjam kerajaan lain (Lampiran D: Bebas Senarai Hitam);

                    (i)        Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan, kebudayaan dan kesenian (Sijil-sijil Penyertaan/ Penghargaan);

                    (j)        Boleh berkomunikasi dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris (Sijil-sijil Tahap Kecekapan Bahasa Inggeris);

                   (k)        Mempunyai tahap literasi komputer yang baik (Sijil-sijil Tahap Literasi Komputer);

                    (l)        Mendapat kebenaran pasangan bagi PPP yang telah berkahwin (Borang Kebenaran Pasangan);

                 (m)        Mempunyai tahap kesihatan yang baik (Borang Pemeriksaan Kesihatan);

                  (n)        Tidak mempunyai sebarang kecacatan fizikal dan mental dan bebas dari penyakit berjangkit terutama HIV, Tuberculosis dan Syphilis (Surat Akuan Kesihatan);

                  (o)        Telah mengisytiharkan harta (Surat/ Rekod Pengisytiharan harta);

                  (p)        Bersih daripada pertuduhan/ tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah (Ulasan/ Perakuan Ketua Jabatan);

                  (q)        Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2012, 2013 & 2014 atau 2013, 2014 & 2015). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan (Ulasan/ Perakuan Ketua Jabatan);

                    (r)        Keutamaan diberikan kepada PPP yang menjalankan tugas terkini sebagai guru di sekolah mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris/ Pendidikan Jasmani dan Kesihatan/ Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual. (Sijil-sijil Kelayakan Akademik/ Ikhtisas);

                   (s)        Keutamaan juga akan diberikan kepada PPP yang pernah mendapat anugerah/ pengiktirafan khusus sama ada di peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa. (Sijil-sijil Anugerah/ Pengiktirafan); dan

                    (t)        Kelebihan bagi PPP yang boleh berkomunikasi dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Korea (Surat/ Sijil pengesahan)

5.         PPP yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan yang dilampirkan. Borang permohonan ini boleh dimuat turun dan dicetak dari Portal Rasmi KPM.(http://www.moe.gov.my/my/pemberitahuan-view?page=1&id=5309Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan disertakan bersama-sama:

                    (a)        Sekeping Gambar Terbaharu Ukuran Pasport (dimuka depan Borang Permohonan);
                    (b)        Salinan Kad Pengenalan;
                    (c)        Borang Kekerapan Menghadiri Program Luar Negara (Lampiran A1);
                    (d)        Borang Bebas Dari Senarai Hitam (Lampiran D);
                    (e)        Borang Pemeriksaan Kesihatan;
                     (f)        Surat Akuan Kesihatan;
                    (g)        Ulasan/ Perakuan Ketua Jabatan;
                    (h)        Surat/ Rekod Pengisytiharan Harta;
                      (i)        Borang Kebenaran Pasangan;
                      (j)        Sijil-sijil Penyertaan/ Penghargaan;
                    (k)        Sijil-sijil Tahap Kecekapan Bahasa Inggeris;
                      (l)        Sijil-sijil Tahap Literasi Komputer;
                  (m)        Sijil-sijil Kelayakan Akademik/ Ikhtisas;
                    (n)        Sijil-sijil Anugerah/ Pengiktirafan;
                    (o)        Surat/ Sijil Pengesahan Tahap Kecekapan Bahasa Korea; dan
                    (p)        Salinan Senarai Tugas Semasa

5.         Permohonan yang lengkap perlu mendapat sokongan/ ulasan daripada Pengarah Bahagian atau JPN. Bagi permohonan PPP dari kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak boleh mendapat sokongan/ ulasan daripada Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) masing-masing. Tarikh tutup permohonan bagi penyertaan program ini adalah pada 08 Jun 2016 (Rabu) dan permohonan yang lengkap berserta sokongan/ ulasan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada tarikh tersebut jam 5:00 petang kepada:

                        Pengambilan KOMTEP2016,
                        Sektor Dasar Keguruan,
                        Bahagian Pendidikan Guru,
                        Kementerian Pendidikan Malaysia,
                        Aras 3, Blok E13, Kompleks E
                        Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
                        62604 PUTRAJAYA

Pegawai-pegawai  berikut boleh dihubungi untuk semakan penerimaan borang:

                                      i.        Puan Fazilah binti Mohammed Jam
                                    Tel       :           03-8884 1061
                                    E-mel :           fazilah@mohammed@moe.gov.my
                                                                                                                                   
                                    ii.        Puan Zaliza binti Ali
                                    Tel       :           03-8884 1192
                                    E-mel :           zaliza@ali@moe.gov.my

                                   iii.        Puan Khairina binti Khalid
                                    Tel       :           03-8884 1194                                  
                                    E-mel :           khairina.khalid@moe.gov.my
           
6.         Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dikemukakan kepada Pegawai-pegawai  berikut untuk maklumat lanjut:

                                      i.        Cik Siti Mariam binti Sulaiman
                                    Tel       :           03-8884 1067
                                    E-mel :           mariam.sulaiman@moe.gov.my

                                    ii.        Puan Aida binti Mohd Anip
                                    Tel       :           03-8884 1288
                                    E-mel :           aida.mohd@moe.gov.my

                                   iii.        Encik Mohd Sahril bin Mohd Yusof
                                    Tel       :           03-8884 1166                                  
                                    E-mel :           sahril.yusof@moe.gov.my

7.         Hanya permohonan yang berjaya dan layak ke peringkat seterusnya akan dimaklumkan melalui surat pada atau sebelum 17 Jun 2016 (Jumaat).

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Thursday, May 19, 2016

Kursus-Kursus Sektor Pengurusan Teknologi Tahun 2016

. Thursday, May 19, 2016
0 comments

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.


 Bersama-sama ini dipanjangkan surat siaran kursus tersebut seperti di lampiran untuk semua guru.


Untuk makluman tuan/puan, penyertaan kursus ini adalah di bawah tanggungan sendiri. 

Sekian, terima kasih

Read More »»

Wednesday, May 11, 2016

PERMOHONAN MEMBUAT EDARAN PEMAKLUMAN PELAWAAN SEBAGAI CALON PENULIS PAKEJ BUKU TEKS SEKOLAH RENDAH UNTUK KEGUNAAN MULAI TAHUN 2018

. Wednesday, May 11, 2016
0 comments

Dengan merujuk kepada perkara di atas, surat pelawaan dilampirkan bersama.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Happy Retirement !

.
0 comments

Mr Ooi Boon Lim (20 Mac 2016), Mr Tio Pit Sin (13 April 2016) and Madam Loo Peng Peng (8 May 2016) have retired from teaching profession recently.

We wish them happy retirement and all the best in their future undertakings!





Read More »»

Program Orientasi Tingkatan 6 Bawah 2016

.
0 comments

Tarikh ; 4 - 6 Mei 2016




Read More »»

Latihan Dalam Perkhidmatan di Kolej KDU

.
0 comments

Tarikh : 7 Mei 2016







Read More »»

2016年游泳比赛Kejohanan Merenang

.
0 comments

Date : 4 May 2016

Read More »»

2016年登山比赛 Kejohanan Mendaki Bukit

.
0 comments

Date : 30 April 2016

Read More »»

Monday, May 9, 2016

Visit from Singapore Schools

. Monday, May 9, 2016
0 comments

On 29 April 2016, Mrs Lee Bee Yann (Principal of NUS High School), Mrs Quek Li Gek (Principal of Paya Lebar MGS) and Ms Sharon Eu Lin (Principal of  Yishun Town Secondary School) together with Ms Mazni Bt Abdullah (from NUS High School) visited our school.

The contingent was welcomed by the board representative, Mr P'ng Lye Heng and the school principal, Mr Teh Min Hwa.  The principals also had the opportunity to meet some parents and students who were interested to further their studies in Singapore.





Read More »»

Mesyuarat Guru ke 2 Tahun 2016/ Latihan Dalam Perkhidmatan

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat guru kedua bagi tahun 2016 akan dijalankan seperti berikut :

Tarikh : 14 Mei 2016 (sabtu)
Masa : 7.30 pagi (pendaftaran bermula)
Tempat : Dewan Yu Xiu

Minit mesyuarat pertama tidak akan dibekalkan. Guru-guru diminta meneliti salinan minit yang dilampirkan.

Pada hari yang sama, satu Latihan Dalam Perkhidmatan juga akan dijalankan selepas mesyuarat nanti.

Tajuk LDP : Latihan Penggunaan AED/CPR
Masa : 10.30 am - 1.00 pm
Tempat : Dewan
Pakaian : Kemeja T serta seluar

Guru-guru serta staff sokongan akan dipecahkan mengikut kumpulan untuk memudahkan latihan AED. Pecahan kumpulan dilampirkan.

Semua guru diwajibkan untuk menghadiri kedua-dua aktiviti di atas.

Harap maklum

Read More »»

Friday, May 6, 2016

Seminar Penulisan & Penerbitan Saintifik dan Bengkel 2016

. Friday, May 6, 2016
0 comments

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

Bersama-sama ini dipanjangkan surat siaran seminar tersebut seperti di lampiran untuk edaran/makluman tuan/puan. 
Untuk makluman tuan/puan, penyertaan kursus ini adalah di bawah tanggungan sendiri. Sekiranya berminat, tuan/puan bolehlah mengemukakan borang bersama yuran pendaftaran kepada pihak penganjur.
Sekian, terima kasih,

Read More »»

Wednesday, May 4, 2016

Latihan Dalam Perkhidmatan

. Wednesday, May 4, 2016
0 comments

Satu Latihan Dalam Perkhidmatan akan dijalankan seperti berikut :

Tarikh : 7 Mei 2016 (Sabtu)
Masa : 8.00 am - 2.00 pm
Tempat : Kolej KDU Pulau Pinang.

Guru-guru yang ingin  meggunakan kemudahan bas dikehendaki berada di Pintu C sekolah pada pukul 7.30 pagi.

Guru-guru yang hendak pergi dengan pengangkutan senidiri diminta mengurus dengan sendiri kerana tempat letak kenderaan dic KDU adalah terhad.

Bersama-sama dengan ini dilampirkan PROGRAM hari tersebut untuk rujukan semua.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

PENGISIAN SUBMODUL PERISYTIHARAN HARTA HRMIS

.
0 comments

Dengan ini, semua guru dan staf sokongan dikehendaki mengemaskini maklumat pengistiharan harta dalam HRMIS supaya sasaran 100% KPI dapat dicapai menjelang bulan JUN 2016.

Dengan ini dilampirkan surat siaran JPPP untuk tindakan dan rujukan tuan.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Tuesday, May 3, 2016

HEBAHAN DAN JEMPUTAN PENYERTAAN PERTANDINGAN MEMANCING ASPIRASI BALIK PULAU 2016.

. Tuesday, May 3, 2016
0 comments

Bersama-sama ini disertakan lampiran surat jemputan tersebut. Guru-guru atau staf yang berminat diminta menghubungi pihak penganjur.

Terima kasih

Read More »»