Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan proses pemilihan Master Trainer dan Observer yang akan terlibat dengan pelaksanaan Program Usaha Sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Dan Cambridge English (CE) yang akan bermula pada bulan Ogos sehingga November 2016.
2. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini mempelawa permohonan daripada semua guru, pensyarah dan pegawai bahasa Inggeris dari Bahagian/ Jabatan/ Institut/ Kolej/ sekolah di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ tuan/ puan yang berminat dan menepati kriteria pemilihan sebagai Master Trainer dan Observer. Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikembalikan selewat-sewatnya pada atau sebelum 15 Julai 2016 (Jumaat). Borang permohonan dan maklumat penghantaran permohonan adalah seperti pada lampiran berikut:
Lampiran B: Borang Permohonan Master Trainer dan Observer
Lampiran C: Maklumat Penghantaran Borang Permohonan
0 comments:
Post a Comment