Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM sedang melaksanakan Urusan Pemangkuan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang Gred DG44 ke Gred Khas C bagi Guru Cemerlang dan Gred Khas B bagi Pensyarah Cemerlang secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2017 bermula 06 April 2017.
Urusan pemangkuan ini terbuka kepada semua PPP yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam urusan pemangkuan ini. Calon-calon yang memohon untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini perlu mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang / Pensyarah Cemerlang dengan lengkap dan betul, disertakan bersama dengan dokumen sokongan. Maklumat dan dokumen-dokumen tersebut boleh didapati di laman sesawang KPM di alamat www.moe.gov.my dan emel sekolah.
17 April 2017 (Isnin) bagi tujuan semakan jabatan (u.p : Noor Hayati Tarmizi) :
Dilampirkan bahan-bahan untuk rujukan dan tindakan semua guru.
Sekian, terima kasih
0 comments:
Post a Comment