Friday, June 23, 2017

Perhimpunan Pagi

. Friday, June 23, 2017
0 comments

Perhimpunan pagi akan dijalankan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 3 Julai 2017 (Isnin) : Tingkatan 3 dan 5

Tarikh : 4 Julai 2017 (Selasa) : Tingkatan 4 dan 6

Harap maklum

Read More »»

PERINGATAN KESELAMATAN MELINDUNGI ASET KERAJAAN SEMASA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 2017

.
0 comments

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.


2. Sepertimana tuan/puan sedia maklum, semua kakitangan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 25 dan 26 Julai 2017. Sempena perayaan tersebut berkemungkinan kebanyakkan kakitangan akan mengambil kesempatan untuk bercuti rehat beberapa hari sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri sepanjang minggu tersebut. Bagi memastikan keselamatan aset-aset kerajaan sentiasa selamat dan dilindungi daripada sebarang risiko yang tidak diingini, tuan/puan adalah diingatkan supaya sama-sama bertanggungjawab terhadap Keselamatan Perlindungan di persekitaran tempat kerja masing-masing.

3. Langkah-langkah keselamatan untuk melindungi aset kerajaan perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan dengan tegas mengikut keperluan Akta, Peraturan, Prosedur dan Arahan Keselamatan berkaitan. Disamping itu, langkah-langkah khas berikut hendaklah juga dilaksanakan di Jabatan tuan/puan:


3.1 Semua pegawai dan kakitangan perlu bersama-sama bertanggungjawab dan memastikan persekitaran tempat kerja berada dalam keadaan baik dan selamat;

3.2 Semua pegawai dan kakitangan perlu log off  komputer/notebook, pencetak, suis dimatikan (tanggalkan plug dari soket elektrik), pemacu cakera dikosongkan, peranti mudah alih disimpan dan dikunci dengan selamat mengikut peraturan keselamatan ditetapkan;

3.3 Semua pegawai dan kakitangan perlu membuat salinan ke atas fail penting dari komputer/notebook ke dalam external harddisk, pastikan juga komputer/notebook dilindungi dengan katalaluan, aset ICT mudah alih seperti notebook, external hardisk,thumb drive disimpan di dalam kabinet berkunci dan bilik dikunci.

3.4 Aset alih khususnya dokumen penting dan dokumen rahsia rasmi disimpan dan dikunci dalam peti-peti keselamatan mengikut arahan-arahan keselamatan yang ditetapkan;


3.5 Bangunan, pejabat, bilik-bilik pegawai, bilik fail, stor, pusat data, pintu, tingkap dan sebagainya dipastikan ditutup dan dikunci dengan selamat;

3.6 Semua lampu, penyaman udara, peralatan elektrik dan elektronik, suis punca kuasa dan sebagainya yang tidak digunakan ditutup bagi mengelakkan kebakaran;

3.7 Peralatan-peralatan dan sistem keselamatan fizikal seperti CCTV, kad akses, penggera ceroboh, penggera kebakaran dan sebagainya diselenggara dan dipastikan berfungsi dengan baik;

3.8 Anggota pengawal keselamatan yang bertugas perlu bersiap siaga, melaksanakan tugas rondaan, kawalan dan pemantauan teliti serta melaporkan sebarang insiden atau kegiatan yang mencurigakan mengikut Standard Operation Prosedure (SOP) yang ditetapkan;

3.9 Peralatan komunikasi anggota pengawal keselamatan hendaklah diselenggara bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik untuk kemudahan perhubungan jika berlaku kecemasan;


3.10 Semua kerja penyelenggaraan dan pembangunan yang akan dilaksanakan dalam tempoh cuti tersebut telah mendapat kebenaran dan dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak keselamatan untuk pemantauan rapi; dan

3.11 Mana-mana pihak yang tidak patuh atau tidak melindungi aset kerajaan yang menyebabkan risiko keselamatan boleh diambil tindakan tegas mengikut keperluan Akta berkaitan atau dikenakan tindakan tatatertb sewajarnya.

4. Besarlah harapan sekiranya pihak tuan/puan dapat sama-sama bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan keselamatan perlindungan melindungi aset kerajaan di Jabatan masing-masing semasa tempoh cuti perayaan tersebut.

Read More »»

Wednesday, June 21, 2017

HEBAHAN PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN MOD KERJA KURSUS SECARA LUAR PESISIR (OFFSHORE)-KOHOT KEDUA

. Wednesday, June 21, 2017
0 comments

Bersama-sama ini dilampirkan surat hebahan tersebut untuk tindakan pihak tuan

Read More »»

PERSIDANGAN ANTARABANGSA KELESTARIAN INSAN KE04 2017(INSAN 2017)

.
0 comments

Bersama-sama ini dilampirkan surat tersebut untuk tindakan pihak tuan

Read More »»

PERSIDANGAN ‘11TH INTERNATIONAL SPORTS SCIENCE CONFERENCE’ di KOTA BHARU KELANTAN pada 30hb Okt – 1hb Nov, 2017

.
0 comments

Bersama-sama ini dilampirkan surat JPN, rujukan JPNPP(SUK)100-4/3 (36) bertarikh 19 Jun 2017 seperti perkara di atas untuk makluman dan tindakan pihak Tuan/Puan selanjutnya.

            Tarikh            : 30hb Oktober hingga 1hb November 2017 (Isnin hingga Rabu)
            Tempat          : Kampus Kesihatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM, Kota Bharu, Kelantan.
            Bayaran        : RM400.00 (Sebelum 31 Julai 2017) /  RM500.00 (Selepas 31 Julai 2017)
            Laman Web  : http://ppsk.usm.my/issc2017


Segala perhatian dan kerjasama Tuan/Puan dalam dalam hal ini amatlah dihargai.



Sekian, terima kasih​.

Read More »»

Friday, June 9, 2017

BENGKEL "ENHANCING TEACHING AND LEARNING OF MATHEMATICS THROUGH LESSON STUDY: THE COLLABORATIVE LESSON RESEARCH (CLR) AND TEACHING THROUGH PROBLEM SOLVING"

. Friday, June 9, 2017
0 comments

engan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
 
Bersama-sama ini disertakan surat tersebut untuk perhatian dan tindakan tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Wednesday, June 7, 2017

Perhimpunan Pagi

. Wednesday, June 7, 2017
0 comments

Tarikh : 13 Jun 2017 (Selasa)
Tempat : Gelanggang Serbaguna B dan C
Masa : 7.30 pagi (Tingkatan 3 dan 5)
            10.45 pagi (Tingkatan 4 dan 6)

Harap maklum

Read More »»

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI LABUAN INTERNATIONAL CONFRENCE ON EDUCATIONAL RESEARCH (LICER) 2017

.
0 comments

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia


Tuan/Puan,

Bersama -sama ini disertakan surat berkenaan untuk perhatian dan tindakan tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Tuesday, June 6, 2017

Jemputan Menyertai 'National Conference On Creativity In Education & Humanities : Empowering People 2017 (NCC2017)' 25-26 Oktober 2017

. Tuesday, June 6, 2017
0 comments

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Bersama-sama ini dipanjangkan surat siaran conference tersebut seperti di lampiran untuk edaran/makluman tuan/puan.
3. Untuk makluman tuan/puan, penyertaan conference ini adalah di bawah tanggungan sendiri.

Read More »»

Friday, June 2, 2017

HEBAHAN - MESEJ INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) SIRI 5/2017

. Friday, June 2, 2017
0 comments


Read More »»

HEBAHAN - PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.22 TAHUN 2005: GARIS PANDUAN MENGENDALIKAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

.
0 comments


Read More »»

IKLAN JAWATAN PENYELIA KANAN DI SEKTOR JAMINAN KUALITI JABATAN PENDIDIKAN PULAU PINANG

.
0 comments

Untuk makluman tuan/puan, terdapat dua kekokosongan jawatan penyelia kanan di sektor jaminan kualiti. Bagi yang berminat untuk memohon sila hantar borang resume dan sijil-sijil yang berkaitan ke Sektor Jaminan Kualiti pada atau sebelum 20 Jun 2017.


Bersama-sama dengan ini dilampirkan surat dan borang permohonan untuk tindakan tuan/puan.

Sekian terima kasih.

Read More »»