Tuesday, March 17, 2020

ANUGERAH TOKOH BAHASA MELAYU SEKTOR PENDIDIKAN TAHUN 2020

. Tuesday, March 17, 2020
0 comments

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

Bersama-sama ini disertakan surat dan lampiran  untuk tindakan guru yang berminat 

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Friday, March 13, 2020

PENANGGUHAN PROGRAM DAN AKTIVITI KPM BERIKUTAN PENULARAN JANGKITAN NOVEL CORONAVIRUS

. Friday, March 13, 2020
0 comments

Dilampirkan surat-surat edaran daripada KPM dan JPN  untuk makluman semua.

Terima kasih

Read More »»

KAJI SELIDIK PELAKSANAAN PAKEJ MATA PELAJARAN SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2020

.
0 comments

Jemaah Nazir sedang membuat kajian tentang pelaksanaan pakej Tingkatan 4 atas talian.

Guru Penyelaras Tingkatan 4 dan Guru Kaunselor
http://bit.ly/TinjauanGuru

Murid-murid Tingkatan 4
http://bit.ly/TinjauanMurid

Kajian mesti disiapkan selewat-lewatnya pada 20 Mac 2020

Harap maklum

Read More »»

Tuesday, March 10, 2020

TAWARAN KURSUS PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN /CONTINUOUS PROFESIONALISME DEVELOPMENT (CPD) KEPADA GURU-GURU SEKOLAH DI NEGERI PUALU PINANG

. Tuesday, March 10, 2020
0 comments

 Untuk makluman, Institut Pendidikan Guru kampus Pulau Pinang bertanggungjawab untuk menawarkan dan melaksanakan kursus-kursus  bagi meningkatkan kompetensi guru-guru.

3.  Bersama-sama ini, disertakan Senarai Kursus yang boleh dimohon oleh guru-guru sepanjang tahun 2020. Permohonan boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPL KPM).

4.   Oleh hal demikian,guru-guru yang berminat boleh membuat permohonan. Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Read More »»

Friday, February 28, 2020

TANGGUNGJAWAB PENJAWAT AWAM

. Friday, February 28, 2020
0 comments

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.     Bersama-sama ini dilampirkan surat edaran jabatan ini rujukan JPNPP(SI)100-2 JLD.4(62) bertarikh 27.02.2020 yang jelas menerangkan maksudnya untuk perhatian dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya. (salinan edaran juga telah dibuat kepada semua Sektor dan Ketua PPD).

3.     Kerjasama dan perhatian tuan/puan  bagi memastikan arahan ini dipatuhi amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

SEKTOR INTEGRITI
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG
NO. TEL : 04-6521130
NO. FAX  : 04-6521063

Read More »»

Friday, February 14, 2020

Permohonan Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar

. Friday, February 14, 2020
0 comments

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Untuk makluman tuan/puan, permohonan bagi Pinjaman Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) telah pun dibuka bagi tahun 2020. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan Senarai Semak, Borang Permohonan dan Pekeliling bagi Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) untuk perhatian tuan/puan selanjutnya.

3.     Sebarang pertanyaan berhubung dengan urusan ini boleh berhubung dengan Encik Nur Rizuan bin Norli dan Encik Khairul Annuar Bin Abang di Unit Kewangan, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Tuesday, February 11, 2020

URUSAN PEMANGKUAN PPP SEBAGAI GURU CEMERLANG DAN PENSYARAH CEMERLANG SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG DI KPM TAHUN 2020

. Tuesday, February 11, 2020
0 comments

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan Urusan Pemangkuan PPP sebagai Guru Cemerlang (Sekolah Menengah / Sekolah Rendah) Gred DG32 hingga ke Gred Khas C dan Pensyarah Cemerlang di IPG Gred DG48 hingga ke Gred Khas C secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2020 bermula 6 Februari 2020.

3.      Urusan pemangkuan ini terbuka kepada semua PPP yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam urusan pemangkuan ini. Calon-calon yang memohon untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini diingatkan supaya mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang / Pensyarah Cemerlang (format MS Excel) dengan lengkap dan betul. Ketua Jabatan (Pengetua/Guru Besar) hendaklah memastikan maklumat permohonan calon adalah lengkap dan teratur serta mengemaskini maklumat perkhidmatan semua calon dalam Sistem e-Pangkat terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan tersebut kepada Jemaah Nazir (JN) - (Lampiran B2 - Ketua Jabatan perlu menyimpan dokumen permohonan calon yang lengkap dan Perakuan Ketua Jabatan untuk dikemukakan kepada Nazir Penilai bagi tujuan penilaian sekiranya calon disenarai pendek.

4.     Borang permohonan dalam format MS Excel boleh dimuat turun daripada laman sesawang www.moe.gov.my dan ePangkat.moe.gov.my. Calon yang memenuhi syarat dan disenarai pendek sahaja akan dinilai. Hanya calon yang telah dinilai dan berjaya SAHAJA akan menerima surat Arahan Penempatan Pemangkuan sebagai Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang melalui Ketua Jabatan masing-masing Keputusan penilaian adalah MUKTAMAD dan sebarang RAYUAN TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.


5.        Semua calon diminta untuk membaca dengan teliti Surat Siaran yang dikemukakan kerana mungkin terdapat perbezaan pada syarat-syarat dan tatacara permohonan pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnyaTarikh tutup permohonan adalah pada Isnin, 9 Mac 2020, jam 5.30 petang.

Read More »»

Wednesday, January 29, 2020

HEBAHAN : PELANJUTAN TEMPOH PERMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) TAHUN 2020

. Wednesday, January 29, 2020
0 comments

Dimaklumkan tempoh permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia melalui laman web e-Penawaran (http://epenawaran.moe.gov.my) dilanjutkan sehingga 7 Februari 2020 (Jumaat) jam 5.00 petang.
 
Mohon untuk merujuk kepada surat edaran berikut bagi Garis Panduan Proses Sokongan dan Perakuan permohonan HLP Pegawai Perkhidmatan Pendidikan terkini:
 
Rujukan : Surat Edaran (.pdf seperti mana dokumen yang dilampirkan)
 
Sekian, terima kasih.
 
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
24 Januari 2020

Read More »»

Friday, January 17, 2020

PERUBAHAN KADAR ELAUN PERJALANAN KENDERAAN DAN PENGGUNAAN BORANG TUNTUTAN PERJALANAN YANG BARU

. Friday, January 17, 2020
0 comments

 Dimaklumkan bahawa, terdapat pindaan Pekeliling Perbendaharaan WP1.4 yang melibatkan perubahan pada kadar Elaun Perjalanan Kenderaan (EPK). Kadar EPK yang terbaru adalah mengikut jenis kenderaan sahaja iaitu RM0.85/km bagi kereta dan RM0.55/km bagi motosikal. Julat jarak perjalanan juga dikurangkan kepada 2 sahaja iaitu 500 km pertama dan 501 km dan seterusnya.

2.     Borang Tuntutan Elaun Perjalanan juga telah ditambahbaik dan dikemaskini dengan butiran seperti nombor akaun bank, alamat rumah pemandu/majikan, elaun makan/harian dan bayaran sewa hotel yang diperincikan dan alamat lojing.

3.    Bersama-sama ini disertakan Pindaan EPK WP1.4 dan Borang Tuntutan Elaun Perjalanan 2020 untuk perhatian dan tindakan tuan/puan. Semua sekolah dikehendaki menggunakan borang tuntutan yang baru berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020. 

Read More »»

Monday, January 13, 2020

Permohonan Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones)

. Monday, January 13, 2020
0 comments

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Untuk makluman tuan/puan, permohonan bagi Pinjaman Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) telah pun dibuka bagi tahun 2020. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan Senarai Semak, Borang Permohonan dan Pekeliling bagi Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) untuk perhatian tuan/puan selanjutnya.

3.     Sebarang pertanyaan berhubung dengan urusan ini boleh berhubung dengan Encik Nur Rizuan bin Norli dan Encik Khairul Annuar Bin Abang dan di Unit Kewangan, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Thursday, January 9, 2020

Kursus Penjurian Dan Teknik Permainan Sahibba

. Thursday, January 9, 2020
0 comments

Bagi guru-guru yang berminat, sila rujuk lampiran surat.

Terima kasih

Read More »»

HEBAHAN TAWARAN BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) OLEH BAHAGIAN BIASISWA DAN PEMBIAYAAN, KPM 2020

.
0 comments

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM menawarkan program penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah sama ada di institut pengajian tinggi terpilih di dalam atau luar negara mengikut bidang dan pengkhususan yang telah ditetapkan 

Untuk keterangan lanjut mohon MUAT TURUN  surat hebahan yang dilampirkan.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Monday, January 6, 2020

WORKSHOP ON COMPUTATIONAL THINKING: ARTEC-ROBO FOR STEM EDUCATION SEAMEO RECSAM PULAU PINANG

. Monday, January 6, 2020
0 comments

Bersama ini disertakan surat untuk tindakan guru-guru yang berminat.  Guru-guru yang berminat boleh menghubungi Pn Kang Kul Lee .  
Sekian, terima kasih.

Read More »»

PENGISIAN ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) DI SEKOLAH MELALUI SPLKPM

.
0 comments

Dilampirkan surat arahan bagi semua guru dan staf sokongan untuk mengisi keperluan latihan atas talian di splkpm sebelum 31 Jan 2020.

Sekian, terima kasih


Read More »»