Friday, February 28, 2020

TANGGUNGJAWAB PENJAWAT AWAM

. Friday, February 28, 2020
0 comments

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.     Bersama-sama ini dilampirkan surat edaran jabatan ini rujukan JPNPP(SI)100-2 JLD.4(62) bertarikh 27.02.2020 yang jelas menerangkan maksudnya untuk perhatian dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya. (salinan edaran juga telah dibuat kepada semua Sektor dan Ketua PPD).

3.     Kerjasama dan perhatian tuan/puan  bagi memastikan arahan ini dipatuhi amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

SEKTOR INTEGRITI
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG
NO. TEL : 04-6521130
NO. FAX  : 04-6521063

Read More »»

Friday, February 14, 2020

Permohonan Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar

. Friday, February 14, 2020
0 comments

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Untuk makluman tuan/puan, permohonan bagi Pinjaman Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) telah pun dibuka bagi tahun 2020. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan Senarai Semak, Borang Permohonan dan Pekeliling bagi Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) untuk perhatian tuan/puan selanjutnya.

3.     Sebarang pertanyaan berhubung dengan urusan ini boleh berhubung dengan Encik Nur Rizuan bin Norli dan Encik Khairul Annuar Bin Abang di Unit Kewangan, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Tuesday, February 11, 2020

URUSAN PEMANGKUAN PPP SEBAGAI GURU CEMERLANG DAN PENSYARAH CEMERLANG SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG DI KPM TAHUN 2020

. Tuesday, February 11, 2020
0 comments

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan Urusan Pemangkuan PPP sebagai Guru Cemerlang (Sekolah Menengah / Sekolah Rendah) Gred DG32 hingga ke Gred Khas C dan Pensyarah Cemerlang di IPG Gred DG48 hingga ke Gred Khas C secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2020 bermula 6 Februari 2020.

3.      Urusan pemangkuan ini terbuka kepada semua PPP yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam urusan pemangkuan ini. Calon-calon yang memohon untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini diingatkan supaya mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang / Pensyarah Cemerlang (format MS Excel) dengan lengkap dan betul. Ketua Jabatan (Pengetua/Guru Besar) hendaklah memastikan maklumat permohonan calon adalah lengkap dan teratur serta mengemaskini maklumat perkhidmatan semua calon dalam Sistem e-Pangkat terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan tersebut kepada Jemaah Nazir (JN) - (Lampiran B2 - Ketua Jabatan perlu menyimpan dokumen permohonan calon yang lengkap dan Perakuan Ketua Jabatan untuk dikemukakan kepada Nazir Penilai bagi tujuan penilaian sekiranya calon disenarai pendek.

4.     Borang permohonan dalam format MS Excel boleh dimuat turun daripada laman sesawang www.moe.gov.my dan ePangkat.moe.gov.my. Calon yang memenuhi syarat dan disenarai pendek sahaja akan dinilai. Hanya calon yang telah dinilai dan berjaya SAHAJA akan menerima surat Arahan Penempatan Pemangkuan sebagai Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang melalui Ketua Jabatan masing-masing Keputusan penilaian adalah MUKTAMAD dan sebarang RAYUAN TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.


5.        Semua calon diminta untuk membaca dengan teliti Surat Siaran yang dikemukakan kerana mungkin terdapat perbezaan pada syarat-syarat dan tatacara permohonan pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnyaTarikh tutup permohonan adalah pada Isnin, 9 Mac 2020, jam 5.30 petang.

Read More »»