Thursday, February 16, 2012

Kad Warga Hijau

. Thursday, February 16, 2012
0 comments

Penang Green Council ingin memberikan Kad Warga Hijau pada bulan mei hingga April 2012. Keutamaan akan diberikan kepada murid-murid dan guru-guru yang mengambil bahagian dalam Anugerah Sekolah Hijau 2010 dan 2011.

Oleh yang demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menandatangani IKRAR WARGA HIJAU di laman web http://greensatate.penang.gov.mygreencitizen/index2.php. Penang Green Council akan menghantar kad warga hijau kepada 5000 pendaftar yang pertama. Pemegang kad tersebut akan menikmati diskaun di Green Citizens' Outlet yang terpilih.

Harap maklum

Read More »»

Wednesday, February 15, 2012

Vacancies

. Wednesday, February 15, 2012
0 comments

Daily paid temporary teachers wanted (2 vacancies), Teaching Physics and Sejarah. Contract till beginning of April. Interested please contact Mr Soo Seng Poh.
.

Read More »»

Tuesday, February 14, 2012

90/92 年校友捐献

. Tuesday, February 14, 2012
0 comments

90/92 年毕业校友为了庆祝毕业20周年纪念,展现了爱吾钟灵的精神,捐献母校RM30,000提升科学实验室设备。谢谢他们!

To celebrate their 20th graduation anniversary, the boys of 1990/92 contributed RM 30,000 to upgrade the science lab facility. Thank you!!

Read More »»

Pertandingan Anugerah Guru Inovatif Sempena Sambutan Perayaan Hari Guru

.
0 comments

Sempena perayaan Hari Guru 2012, JPN akan menganjurkan Anugerah Inovatif Guru. Guru-guru yang berminat boleh merujuk kepada papan notis sekolah. Tarikh tutup : 14 Feb 2012

Read More »»

Panduan Penjagaan & Penyimpanan Peralatan ICT

.
0 comments

Semua guru yang membawa peralatan ICT (laptop dan projektor) kepunyaan sekolah diminta mematuhi panduan berikut

1) simpan peralatan dalam tempat berkunci seperti almari, kabinet, stor dan peti besi.
2) Jangan meletak di tempat yang umum dan terdedah semasa tidak digunakan.
3) Jangan tinggalkan peralatan ICT di dalam kenderaan
4) Gunakan peralatan untuk tujuan rasmi sahaja.
5) Rekod pergerakan dalam Borang Daftar Pergerakan Harta Modal & Inventori (KEW PA-6)
6) Gunakan Borang Kebenaran Membawa Keluar Peralatan ICT (BPPA-20)

Harap maklum

Read More »»

Friday, February 10, 2012

Pelaksanaan Program Transformasi Minda (PTM)

. Friday, February 10, 2012
0 comments

Dimaklumkan bahawa mulai 1 Jan 2012, Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (PTM).

Guru-guru yang ingin mengambil kursus ini perlu membuat persediaan awal dengan memuat turun Pekeliling Bilangan 6 Tahun 2011 dan Borang Permohonan PTM (PTM 1/2012) melalui laman sesawang JPN di www.jpnpenang.edu.my

Harap maklum.

Read More »»

Friday, February 3, 2012

Pengutipan Kad Jogathon

. Friday, February 3, 2012
0 comments

Semua guru tingkatan diminta mengutip balik kad jogathon serta kutipan wang daripada para pelajar dan serahkan kepada guru-guru penyelaras seperti berikut :

Tingkatan 1 dan 2 : En Tan Seong Hee
Tingkatan 3 : En Ho Yeon Kooi
Tingkatan 4 : Cik Lim Gaik Hoon
Tingkatan 5 : Cik Ooi Siew Bee
Tingkatan 6 : Pn Loo Peng Peng.
Guru : Pn Tan Mooi Chai

Sila serahkan kutipan wang kepada penyelaras selewat-lewatnya 17 Feb 2012.

Para guru penyelaras pula diminta menyerahkan jumlah kutipan kepada Pn Hong Siang Ean selewat-lewatnya 24 Feb 2012.

Read More »»

Menjalankan Tugas Ketua Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan

.
0 comments

Sukacita dimaklumkan bahawa Tuan Haji Akmar Hj Omar, Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan telah bertukar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mulai 16 Dis 2011.

Sehubungan itu, Puan Rosmaliza Bt Mohammed Amin, Penolong Pengarah Unit Naik Pangkat akan menjalankan tugas Sektor ini mulai 3 Jan 2012.

Harap maklum.

Read More »»

Thursday, February 2, 2012

Keahlian Baru PESSCA 2012

. Thursday, February 2, 2012
0 comments

PESSCA telah membuka keahlian kepada semua kakitangan JPN bagi tahun 2012. Permohonan keahlian dan yuran adalah seperti berikut:

Yuran Pendaftaran : RM 5.00 (seklai sahaja)
Yuran Tahunan : RM 5.00

Kakitangan yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan daripada PK Petang atau Ketua-ketua Bidang. Tarikh tutup ialah 20 Feb 2012.

Harap maklum

Read More »»

Wednesday, February 1, 2012

Pelantikan Penolong Kanan Tingkatan Enam

. Wednesday, February 1, 2012
0 comments

Tahniah diucapkan kepada En Chua Chong Joo kerana telah dilantik secara rasminya sebagai Penolong Kanan Tingkatan Enam. Perlantikan ini berkuatkuasa 1 Mac 2011.


Harap maklum

Read More »»

Pelabelan Tempat Letak Kereta

.
0 comments

Petak-petak tempat letak kereta tertentu di kawasan sekolah akan dilabelkan pada 4 Feb 2012 (Sabtu). Diminta guru-guru jangan meletak kereta di petak-petak yang bertanda X.

Harap maklum

Read More »»

Notis Mesyuarat Agung PIBG

.
0 comments

Notis mesyuarat agung PIBG telah diberikan kepada semua pelajar melalui ketua-ketua tingkatan. Para Guru Tingkatan diminta mengutip balik keratan jawapan dan menyimpannya. Diminta Guru Tingkatan mencatatkan bilangan waris yang akan hadir pada mesyuarat di kaunter pejabat.

Tarikh tutup : 10 Feb 2012

Read More »»