72/74年毕业生于2014年6月21日举办40年回校日。他们也趁着这个有意义的日子捐献RM31,8883.00 来提升母校的讲堂。
Read More »»
Tarikh : 20 Jun 2014
Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan telah pun memuat naik bahan pentaksiran PT3 untuk subjek Sejarah dan Gepgrafi. Bahan ini tidak boleh didapati di laman sesawang Lembaga Peperiksaan, sebaliknya ada di www.moe.gov.my di bahagian pemberitahuan.
Guru-guru mata pelajaran Tingkatan 3 bagi mata pelajaran Geografi dan Sejarah diminta memuat turun dan seterusnya menjalankan pentaksiran mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Kerjasama tuan dalam hal ini didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Seperti sedia maklum, Majlis Persaraan Pengetua akan diadakan pada 27 Jun 2014 (Jumaat).
Pada hari tersebut,
hanya pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 6 akan masuk ke dalam dewan untuk menyaksikan majlis rasmi
sementara Tingkatan 3 dan 5 akan berada di dalam kelas masing-masing di bawah
penyeliaan guru-guru tingkatan. Waktu persekolahan sesi petang adalah seperti
biasa dan tiada sebarang perubahan.
Semua guru sesi pagi (kecuali guru
tingkatan 3 dan 5) dan staf sokongan wajib berada di dalam dewan pada 9.30 pagi
dan guru-guru sesi petang adalah dijemput hadir majlis bersama. Pakaian majlis adalah rasmi dan guru lelaki dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang serta bertali leher sekolah.
Sarapan hanya disediakan kepada tetemu-tetamu sahaja tetapi makan tengahari akan disediakan kepada semua guru (pagi dan petang) dan staf sekongan. Para guru dan staf sokongan boleh menuntut masing-masing di kantin sekolah selepas majlis tamat nanti.
Latihan dalam perkhidmatan yang dijadualkan pada 28 Jun 2014 terpaksa dipinda atas sebab pembatalan pihak Kolej PTPL.
Oleh hal yang demikian, program LDP pada hari tersebut terpaksa dipinda seperti berikut :
Tarikh : 28 JUN 2014 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi (Pendaftaran bermula)
Tempat : Dewan Yu Xiu
Program
1) Pentaksiran Psikometrik PBS
2) Mind Mapping
Harap maklum
Mesyuarat JKKS kali ke 3 bagi tahun 2014 akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 19 Jun 2014 (Khamis)
Masa : 2.05 ptg
Tempat : Bilik Persidangan
Semua AJK adalah wajib hadir. Makan tengahari akan disediakan mulai 1.00 pm di kantin guru.
Harap maklum
Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan format dan contoh instrumen PT3. Guru-guru boleh memuat turun bahan-bahan berkenaan untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.
Terima kasih