Wednesday, April 30, 2014

Modul Perekodan Perkembangan Prestasi Murid

. Wednesday, April 30, 2014
0 comments

Semua guru yang terlibat dalam PBS (mengajar mata pelajaran Tingkatan 1 - 3) sudah boleh mulai merekod prestasi murid dalam modul mata pelajaran masing-masing. Hanya modul KH (Tingkatan 1 - 3) dan Sejarah (Tingkatan 2) yang masih tiada modul yang disediakan oleh LPM.

Semua guru dikehendaki memuat turunkan modul yang dilampirkan dan menggabungkan modul tersebut dengan maklumat pelajar (dilampirkan bersama). Selepas ini, semua guru boleh merekod prestasi dalam modul masing-masing.

Buat sementara ini, modul-modul masih belum boleh dicapai dalam School Management System (SMS) dan mesti diisi secara offline. Pihak sekolah akan memantau dari semasa ke semasa perekodan semua guru.

Harap maklum

Read More »»

Monday, April 28, 2014

Visit From Singapore Schools

. Monday, April 28, 2014
0 comments

Three schools from Singapore, NUS High School, Yishun Town Secondary School and Paya Lebar Methodist Girls' School, paid us a visit on 25 April 2014. The schools were represented by their respective principals, Dr Hang Kim Foo (NUS), Ms Tan Chuen Yin (Yishun Town) and Ms Pamela Yoong (Paya Lebar MGS).


Read More »»

JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT起阅读10分钟

.
0 comments

Kerajaaan Negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang serta Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan Sedunia Malaysia telah menganjurkan program tersebut di atas pada 22 April 2014 jam 10 pagi selama 10 minit, sempena SAMBUTAN HARI BURU DAN HAKCIPTA SEDUNIA.




 

Read More »»

Tuesday, April 22, 2014

Lawatan Penandaarasan SMJK (Tinggi) Cina Melaka

. Tuesday, April 22, 2014
0 comments

Satu lawatan penandaarasan SMJK (T) Cina Melaka ke sekolah kita telah diadakan pada 21 April 2014. Rombongan sekolah ini terdiri daripada 3 orang guru dan 38 orang pelajar Pusat Sumber Sekolah tersebut.





Read More »»

Perhimpunan Pagi

.
0 comments

Adalah dimaklumkan perhimpunan-perhimpunan pagi akan dijalankan seperti berikut :

1) 24 April 2014 (Khamis) untuk Tingkatan 3 dan 5
2) 25 April 2014 (Jumaat) untuk Tingkatan 4 dan 6

Harap maklum

Read More »»

2014年爬山比赛Kejohanan Mendaki Bukit Bendera

.
0 comments

Tarikh : 19 April 2014
Tempat : Kebun Bunga ke Bukit Bendera

Read More »»

Friday, April 18, 2014

KURSUS PEMBANGUNAN KOMPETENSI (CPD) PPP DG41/DG44

. Friday, April 18, 2014
0 comments

Merujuk Mesyuarat Permuafakatan Antara BPG dengan IPGM pada 4 Februari 2014, memutuskan bahawa kursus di atas akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak IPGM seluruh negara.

Untuk Pulau Pinang, IPGM kampus Pulau Pinang akan melaksanakan kursus tersebut bagi PPP di PPDTL dan PPDBD mulai 21 April 2014. Untuk PPDTL kursus tersebut akan diadakan di Kampus IPGM Pulau Pinang manakala untuk PPDBD kursus akan dijalankan di Sekolah Menengah Agama Maahad Al Mashoor  Ai Islami Balik Pulau.

Harap maklum

Read More »»

SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAKCIPTA SEDUNIA : ”JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT"

.
0 comments

Kerajaaan Negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang serta Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan Sedunia Malaysia akan menganjurkan program tersebut di atas seperti ketetapan berikut :

Tarikh              :           22 April 2014 (Selasa)
Masa                :           10.00 pagi

 Dengan ini, semua guru mata pelajaran yang mengajar/mengganti kelas pada waktu 9.30 pagi – 10.10 pagi dikehendaki menjalankan aktiviti tersebut. Perkara-perkara yang harus diambil perhatian semasa aktiviti ini termasuk :
a)      Menghentikan pengajaran pada pukul 10.00 pagi pada hari tersebut.

b)    Mengarahkan semua pelajar dalam kelas mengeluarkan bahan bacaan (apa jua jenis yang bersesuaian) untuk membaca selama 10 minit.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Wednesday, April 16, 2014

Perkembangan Terkini Tingkatan 6

. Wednesday, April 16, 2014
0 comments

Guru-guru boleh merujuk ke lampiran yang disertakan.

Terima kasih

Read More »»

Monday, April 14, 2014

Majlis Kecemerlangan Pencapaian Akademik dan Kokurikulum 学业,学艺及课外活动杰出表现颁奖礼

. Monday, April 14, 2014
0 comments

Kecemerlangan Pencapaian Akademik dan Kokurikulum bagi tahun 2014 telah diadakan pada 11 April 2014 jam 11.00 pagi di dewan sekolah.

Read More »»

Soalan-soalan Lazim PBS

.
0 comments

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan telah memuatnaik soalan-soalan lazim pentaksiran berasaskan sekolah di laman sesawangnya. Guru-guru boleh memuat turun soalan-soalan lazim di Lampiran 1

Bersama-sama dengan ini juga dilampirkan satu surat pekeliling yang menerangkan maksudnya berkenaan PBS.

Harap maklum

Read More »»

Lawatan KPPM ke Pulau Pinang

.
0 comments

Sukacita dimaklumkan bahawa Datuk KPPM akan mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah daerah Timur Laut pada 17.4.2014. Sehubungan dengan itu,  semua warga sekolah dikehendaki bersedia dalam segala aspek semasa lawatan beliau nanti. untuk pengetahuan tuan, sekolah-sekolah yang akan dilawati ditentukan oleh Datuk KPPM sendiri. Bagi aspek pelaksanaan PBS pula, amat penting ditekankan pelaksanaannya semasa PdP dan aspek penjaminan kualiti.

Kerjasama tuan di dalam hal ini didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Read More »»