Monday, August 10, 2015

Mesyuarat Guru ke 3 Tahun 2015

. Monday, August 10, 2015
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Guru yang ke 3 bagi tahun 2015 akan dijalankan seperti berikut :

Tarikh : 15 Ogos 2015 (Sabtu)
Masa : 7.30 am (Pendaftaran bermula)
Tempat : Dewan Yu Xiu

Selepas mesyuarat, terdapat satu Latihan Dalam Perkhidmatan yang akan menyusul dan dijangka akan tamat pada pukul 1.00 pm

Bersama-sama dengan ini dilampirkan MINIT MESYUARAT Guru yang kedua untuk rujukan semua guru.

Harap maklum.

Read More »»

Friday, August 7, 2015

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA HARI GANTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015

. Friday, August 7, 2015
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan penangguhan sesi awal persekolahan bagi tahun 2015 akibat bencana banjir yang melanda negara menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 24 Tahun 2014; Penangguhan Tarikh Mula Sesi Persekolahan Tahun 2015; bertarikh 29 Disember 2014. Penangguhan ini dibuat setelah mengambilkira; 

a. Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai Pusat Penempatan Sementara (PPS) atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan 

b.  keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka. 

KPM ingin menegaskan bahawa tarikh bagi hari-hari penangguhan persekolahan akibat banjir seperti terkandung dalam surat siaran tersebut adalah tidak perlu diganti kerana bukan dianggap sebagai cuti.Tempoh tersebut bermaksud tempoh pemulihan kepada semua pihak akibat bencana banjir dan dianggap sebagai hari bekerja. Pihak KPM berharap dengan penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul dalam kalangan pentadbir sekolah, guru-guru dan ibu bapa. 

Terima kasih. 

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 
 6 Ogos 2015

Read More »»

Wednesday, August 5, 2015

JEMPUTAN KE MAJLIS MESRA RIA AIDILFITRI PESSCA TIMUR LAUT

. Wednesday, August 5, 2015
0 comments

Dengan segala hormatnya menjemput semua ahli PESSCA daerah Timur Laut untuk hadir ke Majlis Mesra Ria Aidilfitri dan Pelancaran Kad Keahlian PESSCA Timur Laut seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 8 Ogos 2015 (Sabtu)
Tempat: PPD Timur Laut
Masa: 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Pakaian: Baju Raya / Baju Kebangsaan
Menu menarik: Kambing Golek / Satay / Ais Kacang / Char Keow Teow / Ketupat & Rendang

Sila muat turun Kad Jemputan Majlis Mesra Ria Aidilftri atau layari www.pesscatimurlaut.my untuk maklumat lanjut.
Sekian, Harap maklum
__._,_.___

Read More »»

Borang Redeployment Antara Daerah

.
0 comments

Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Bersama ini disertakan Borang Permohonan Redeployment Antara Daerah untuk guru yang berminat untuk memohon.

Tarikh tutup permohonan (peringkat sekolah)  : 10 OGOS 2015 (Isnin)

Sekian, terima kasih

Read More »»

Monday, August 3, 2015

Taklimat Ujian Lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris PT3 2015

. Monday, August 3, 2015
0 comments

Satu taklimat berkenaan Ujian Lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris PT3 tahun 2015 akan dijalankan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 5 OGOS 2015 (Rabu)
Masa : 2.10 pm
Tempat : Auditorium
Kehadiran : semua guru sesi pagi

Harap maklum

Read More »»

Perhimpunan Pagi

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa perhimpunan pagi akan dijalankan seperti berikut :

1) Tingkatan 3 dan 5 : 5 Ogos 2015 (Rabu)
2) Tingkatan 4 dan 6 : 6 Ogos 2015 (Khamis)

Harap maklum

Read More »»

Tuesday, July 28, 2015

CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2015

. Tuesday, July 28, 2015
0 comments

Mengikut SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 10 yang terkini, hari persekolahan ganti bagi cuti Hari Raya Puasa yang telah diambil pada 15 Julai 2015 telah diubah kepada 10 Okt 2015 (Sabtu) sempena Hari Sukan Negara.  Tarikh ganti asal pada 14 Nov 2015 adalah terbatal.

Harap maklum.

Read More »»

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT GURU & AKP MELALUI MODUL e-OPERASI

.
0 comments

Semua guru dan staf sokongan dikehendaki menyemak dan mengemaskini maklumat sendiri di dalam sistem eOperasi. Jangan lupa untuk menekan bukan MENGEMASKINI dan TICK dalam kotak yang disediakan.

Tarikh tutup : 31 Julai 2015 (Jumaat)

Sekian, terima kasih

Read More »»

Wednesday, July 22, 2015

KENYATAAN AKHBAR KETUA SETIAUSAHA NEGARA MALAYSIA

. Wednesday, July 22, 2015
0 comments

1. Saya mengambil maklum dan memandang serius terhadap beberapa perkembangan semasa dalam negara yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.
 
2. Ini termasuk tuduhan dan laporan berikutan siasatan pihak polis negara Thai bahawa ada pihak tertentu dalam negara bersama anasir luar terbabit dalam satu konspirasi terhadap kepimpinan negara untuk mengganggu gugat proses demokrasi negara ini.
 
3. Perkara-perkara seperti ini boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara serta merupakan tindakan khianat terhadap negara.
 
4. Justeru itu, penjawat awam juga adalah diingatkan untuk terus memberikan tumpuan dan komitmen dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat selaras dengan Agenda Transformasi Nasional dengan tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti atau perbuatan yang boleh disifatkan sebagai mencemarkan imej perkhidmatan awam dan menjejaskan ketenteraman dan keselamatan negara.
 
21 Julai 2015
 
TAN SRI DR ALI BIN HAMSA
KETUA SETIAUSAHA NEGARA MALAYSIA

Read More »»

Monday, July 13, 2015

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

. Monday, July 13, 2015
0 comments

Sukacitanya dimaklumkan bahawa sambuatan Hari Guru Peringkat Sekolah akan diadakan pada 24 Julai 2015 (Jumaat). Guru-guru diminta memberi perhatian pada perkara-perkara berikut :

1) Majlis rasminya akan diadakan di dewan dari 8.30 - 9.30 pagi. Kelas yang akan masuk ke dalam dewan termasuk semua kelas Tingkatan 5 dan kelas kumpulan A Tingkatan 3.

2) Semua guru kecuali Guru Tingkatan kelas Tingkatan 3 (kumpulan B dan C), 4 dan 6, wajib berada di dalam dewan pada pukul 8.15 pagi. Guru-guru tingkatan yang berkenaan diminta menguruskan jamuan kelas dengan pelajar.

2) Jamuan kelas dijangka akan bermula 9.30 pagi dan tamat pada 11.45 pagi. Guru-guru mata pelajaran diminta masuk kelas mengikut jadual waktu peribadi.

3) Dua waktu selepas ini (11.45 - 12.55 pm) dikhaskan untuk memulihkan bilik darjah. Guru-guru mata pelajaran diminta membantu.

4) Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas akan berjalan seperti biasa dari 12.55 – 1.30 pm


Harap maklum

Read More »»

Wednesday, July 8, 2015

Perhimpunan Pagi

. Wednesday, July 8, 2015
0 comments

Perhimpunan pagi akan diadakan seperti berikut:

1) 13 Julai 2015 (Isnin) : Tingkatan 3 dan 5
2) 14 Julai 2015 (Selasa) : Tingkatan 4 dan 6

Harap maklum

Read More »»

Sixth Form Canteen Day

.
0 comments

Date : 27 June 2015

Read More »»