Friday, April 17, 2009

Hari Buku & Hak Cipta Sedunia 2009

. Friday, April 17, 2009

UNESCO telah menetapkan 23 April setiap tahun sebagai Hari Buku & Hak Cipta Sedunia. Sehubungan itu, JPN telah mengarahkan semua sekolah mengadakan perhimpunan sekolah sempena program ini.

Di samping itu, pihak Pusat Sumber Sekolah juga akan menganjurkan Pertandingan Poster pada hari yang sama seperti berikut:
Tarikh : 23 April 2009 (Khamis)
Masa : 9.30 - 11.30 pagi (pelajar sesi petang)
2.30 - 4.30 ptg (pelajar sesi pagi)
Tempat : Perpustakaan

Guru-guru Pendidikan Seni diminta menggalakkan para pelajar menyertai pertandingan tersebut. Pelajar-pelajar yang berminat boleh mendaftar dengan Guru Perpustakaan (pagi/petang) selewat-lewatnya 21 April 2009 (Selasa).

Peserta diminta menyediakan alat lukis sebab sekolah hanya akan menyediakan kertas lukis sahaja.

0 comments:

Post a Comment