Tuesday, December 20, 2011

Pemilihan Opsyen SBPA

. Tuesday, December 20, 2011

Adalah dimaklumkan kepada semua guru bahawa satu taklimat berkenaan perkara di atas akan diadakan pada 27 Dis 2011 (Selasa) selepas Mesyuarat Guru. Selepas taklimat, semua guru akan diminta membuat pilihan
1) menerima SBPA atau kekal di SSM
2) opsyen bersara pada umur 60 tahun atau kekal dengan pilihan lama (55, 56 atau 58 tahun).

Pada hari tersebut, pihak sekolah TIDAK AKAN memberi penerangan tentang SBPA, tetapi hanya akan menerangkan bagaimana mengisi borang sahaja. Oleh hal yang demikian, semua guru adalah diseru untuk meneliti pekeliling berkenaan dengan SBPA yang boleh diperoleh di laman web JPA sebelum datang ke mesyuarat pada hari tersebut.

INGAT : Borang opsyen perlu hantar pada 27 Dis 2011 kepada JPN.

Bagi guru-guru yang tidak dapat hadir mesyuarat pada 27 Dis 2011, diminta datang ke pejabat sekolah pada 22 atau 23 Dis 2011 untuk menguruskan pemilihan opsyen ini.

Harap maklum.

0 comments:

Post a Comment