Monday, February 4, 2013

Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 2006 (Pindaan)

. Monday, February 4, 2013

Merujuk kepada para ke 3 Pekeliling tersebut di atas, Mesyuarat Lembaga Tatatertib Jabatan Pelajaran Pulau Pinang yang telah bermesyuarat pada 17 Dis 2012 telah memutuskan perkara-perkara berikut:

1) Jumlah maksima cuti sakit swasta yang boleh diterima (sebagai pesakit luar) adalah 15 hari sahaja bagi seseorang pegawai kerajaan dalam tahun kalendar berkenaan.

2) Pegawai yang telah mendapat cuti sakit swasta sebanyak 15 hari bagi tahun kalendar berkenaa, perlulah mendapat cuti sakit dari Pegawai Perubatan Kerajaan yang bertugas di klinik atau hospital kerajaan sahaja jika melebihi daripada jumlah yang ditetapkan itu.

3) Pegawai yang bercuti tanpa apa-apa dokumen sokongan melalui sijil sakit yang sah hendaklah
a) diarahkan supaya mengambil cuti rehat atau
b) sekiranya cuti rehat telah habis diambil, maka perlulah dibuat pemotongan gaji selama pegawai itu bercuti sakit.

Harap maklum

0 comments:

Post a Comment