Thursday, June 4, 2015

Permohonan Pembiayaan Program MyBrain15

. Thursday, June 4, 2015

Program MyBrain15 merupakan satu program pembiayaan pengajian di peringkat pasca ijazah dan menjadi salah satu projek agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Matlamat program adalah untuk mewujudkan kelompok sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan, pembangunan dan inovasi. Pelaksanaan program ini akan dapat membangunkan first world talent base yang akan menjadi salah satu inisiatif untuk memacu Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi. Di bawah program ini, Kerajaan mensasarkan untuk menghasilkan seramai 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023. Program-program yang dilaksanakan menerusi Program MyBrain15 adalah MyPhD, MyMaster, MyPhD Industri dan Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI)

Permohonan MyBrain15 Penjawat Awam (Tetap) dibuka mulai 5 Mei 2015 hingga 31 Julai 2015. Pemohon wajib melengkapkan dan memuat naik Borang Pengesahan Maklumat Pemohon terkini ke dalam sistem. Borang pengesahan status lama tidak lagi diterima. Sila sertakan juga surat pengesahan berhenti kerja/surat tamat kontrak dan penyata KWSP dengan baki terkini (jika berkenaan). Prosedur ini terpakai kepada semua pemohon sama ada baru atau pernah ditolak.

Untuk memohon sila klik applikasi permohonan di Permohonan MyBrain15

Sila rujuk syarat-syarat permohonan sebelum memohon secara online.

0 comments:

Post a Comment