Wednesday, December 2, 2015

Permohonan Insentif Profisiensi Bahasa Inggeris (IProBI)

. Wednesday, December 2, 2015

Bersama-sama emel ini, dilampirkan 5 dokumen berkaitan Insentif Profesiensi Bahasa Inggeris (IProBI) seperti yang berikut ini untuk rujukan dan tindakan semua guru selanjutnya. 
i) Senarai Semak IProBI
ii) Borang Permohonan IProBI (Lampiran A)
iii) Pekeliling IProBI
iv) Soalan-soalan Lazim (FAQ) IProBI
v) Bahan Taklimat IProBI
Guru-guru Bahasa Inggeris yang layak memohon untuk IProBI perlu menghantar 5 dokumen seperti yang berikut ini kepada PPD Timur Laut (U.p. En. Mohd Shamezal bin Mohd Amin atau Pn. Chuah Poh Sek) sebelum atau pada 15 Disember 2015 (Selasa).
i) Senarai Semak IProBI
ii) Borang Permohonan IProBI (Lampiran A)
iii) Jadual Waktu Mengajar Tahun Semasa 2015
iv) Salinan Sijil Aptis
v) Salinan Kad Pengenalan
Sebarang pertanyaan, mohon hubungi En. Mohd Shamezal bin Mohd Amin, Pegawai Bahasa Inggeris Rendah, PPD Timur Laut di talian 019-4111864 atau Pn. Chuah Poh Sek,  Pegawai Bahasa Inggeris Menengah, PPD Timur Laut di talian 016-4156327.
Sekian. Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment