Wednesday, March 16, 2016

PELAWAAN KEMUDAHAN PROGRAM BIASISWA KOMANWEL NEW ZEALAND TAHUN 2016

. Wednesday, March 16, 2016

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) untuk memohon kemudahan Program Biasiswa Komanwel New Zealand Tahun 2016 bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ph. D secara sepenuh masa. 

3.         Pegawai-pegawai Perkhidmatan Bukan Guru (PBG) & Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), KPM yang berminat untuk memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur Biasiswa Komanwel New Zealand dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut:

(i)            Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;

(ii)          Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;

(iii)         Umur tidak melebihi 50 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 45 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (Ph. D) pada tarikh tutup permohonan, tarikh memulakan pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan penaja mengikut mana yang berkenaan;

(iv)         Mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik;

(v)          Telah mengisytiharkan harta;

(vi)         Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2012, 2013 & 2014) atau (2013, 2014 & 2015);

(vii)        Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;

(viii)      Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman Pelajaran JPA;

(ix)         Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari 29 April 2016);

(x)          Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan bidang yang bersesuaian dengan bidang tugas;

(xi)         Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pegajian yang diikuti; dan

(xii)        Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai.

4.         Pegawai-pegawai PBG & PPP yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian di portalhttp://esilav2.jpa.gov.my dan perlu mengisi borang-borang seperti berikut:

(i)          Borang JPA(L)LDP 1B/96

(ii)        Perakuan Ketua Jabatan – (Lampiran C); dan

(iii)       New Zealand Tertiary Scholarships Application Form.

Borang JPA(L)LDP 1A/96 – (Lampiran B) akan disediakan oleh BPSM, KPM.

5.         Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dimuat turun dan dicetak dengan disertakan bersama-sama:

(i)            Salinan Kad Pengenalan;

(ii)          Salinan Ijazah Pertama atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip);

(iii)         Salinan Ijazah Sarjana atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip);

(iv)         Salinan pasport;

(v)          Salinan TOEFL/IELTS;

(vi)         Surat tawaran university; dan

(vii)        New Zealand Tertiary Scholarships Application Form.

hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 22 April 2016 (Jumaat) jam 5:00 petang kepada:

            5.1       Bagi Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru (PBG)
                           Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,
   Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan,
   Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   Aras 4, Blok E12, Kompleks E,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   PUTRAJAYA.

            5.2       Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
   Sektor Dasar Keguruan,
                           Bahagian Pendidikan Guru,
                           Kementerian Pendidikan Malaysia,
                           Aras 3, Blok E13, Kompleks E,
                           Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
                           62604 PUTRAJAYA.

6.         Tuan/puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut untuk pertanyaan lanjut::

            6.1      BPSM
                                                          i.    Encik Azmi Tepoli                                           
Tel                  :           03-8884 7947
E-mel              :           azmi.tepoli@moe.gov.my
Faksimile       :           03-8884 7925
                                                                                                                       
                                                         ii.    Danial Abdillah bin Suhaimi
Tel                  :           03-8884 7943
E-mel             :           danial.suhaimi@moe.gov.my
Faksimile       :           03-8884 7925

            6.2       BPG
i.      Puan Siti Mariam binti Sulaiman
Tel                  :           03-8884 1067                                  
E-mel             :           mariam.sulaiman@moe.gov.my
Faksimile       :           03-8884 1222


7.         Bersama-sama ini disertakan salinan surat jemputan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk perhatian tuan/puan jua.
            

Sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment