Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO) Regional Centre for Quality Improvement of Teachers and Education Personnel (QITEP) in Mathematicsmempelawa pencalonan daripada kalangan Guru Penolong Kanan/ Guru Cemerlang/ Jurulatih Utama/ Guru Matematik Sekolah Menengah Atas/ Guru Matematik Sekolah Menengah Rendah dan Guru Matematik Sekolah Rendah untuk memohon kursus yang ditawarkan oleh SEAMEO QITEPin Mathematics bagi tahun 2016.
3. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak SEAMEO QITEP in Mathematics menawarkan biasiswa-biasiswa bagi kursus antarabangsa seperti yang berikut:
Bil
|
Tajuk Kursus
|
Tarikh
|
Kumpulan Sasaran
|
Tarikh Tutup Permohonan
|
i.
|
Regular Course on Differentiated Instruction
|
20 April- 3 Mei 2016
19 April: Arrival
4 Mei : Departure
|
Guru Matematik Sekolah Menengah Atas
|
16 Mac 2016
|
ii.
|
Regular Course on Southeast Asia Realistic Mathematics Education
|
17 Mei-1 Jun 2016
16 Mei: Arrival
2 Jun: Departure
|
Guru Matematik Sekolah Menengah Rendah
|
25 Mac 2016
|
iii.
|
Regular Course on Developing Lesson Study in Mathematics Education
|
2-15 Ogos 2016
1 Ogos: Arrival
16 Ogos: Departure
|
Guru Matematik Sekolah Menengah Rendah
|
30 Mei 2016
|
iv.
|
Regular Course on Joyful Learning in Mathematics Education
|
24 Ogos – 6 September 2016
23 Ogos: Arrival
7September:Departure
|
Guru Matematik Sekolah Rendah
|
30 Mei 2016
|
iv.
|
Regular Course on Teacher-made Teaching Aid
|
12-25 Oktober 2016
11 Okt: Arrival
26 Okt: Departure
|
Guru Matematik Sekolah Rendah
|
30 Mei 2016
|
4. Sehubungan dengan itu, Guru/ pensyarah/ pegawai yang dicalonkan mestilah mempunyai keupayaan untuk melaksanakan kursusmultiplier effect kepada rakan guru setelah pulang dari kursus berkenaan. Penyertaan guru/ pensyarah/ pegawai yang berkenaan hendaklah direkodkan dalam Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM).
5. Untuk makluman YBhg. Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan, pengurusan, yuran dan tuntutan perjalanan guru/ pensyarah/ pegawai menghadiri kursus berkenaan adalah di bawah tanggungan pihak penganjur. Penyertaan guru/ pensyarah/ pegawai hendaklah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan masing-masing. Permohonan yang diterima akan disaring oleh Panel Pemilihan BPG dan permohonan yang layak akan dicalonkan kepada pihak penganjur.
... 6. Bersama-sama ini dilampirkan (i) General Information on QiM 2016 Courses, (ii) QITEP in Math 2016 Course Description dan (iii) Biodata form for QiM Courses. Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dimuat turun dan dicetak dengan disertakan bersama-sama:
(i) Biodata form for QiM Courses
(ii) Senarai Tugas Semasa
(iii) Salinan Kad Pengenalan;
(iv) Salinan pasport;
(v) Salinan TOEFL/IELTS;
hendaklah dikemukakan ke Bahagian ini selewat-lewatnya pada atau sebelum tarikh tutup permohonan kepada:
Siti Mariam binti Sulaiman,
Sektor Dasar Keguruan,
Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 3, Blok E13, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
7. Jika ada pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Cik Siti Mariam binti Sulaiman, Sektor Dasar Keguruan, BPG dalam talian 03 88841067 atau di alamat emel mariam.sulaiman@moe.gov.my.
Sekian, terima kasih.
0 comments:
Post a Comment