Untuk
makluman tuan, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
bercadang untuk mengadakan program di atas kepada guru dan pegawai pendidikan
yang berminat dan berkelayakan di sekitar negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak mulai
Sidang Akademik 2016/2017 iaitu September 2016. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun
(4 semester). Program dijalankan secara sambilan yang melibatkan komponen kerja
kursus dan projek penyelidikan. Jadual kuliah dan tutorial akan dijalankan pada
hujung minggu (setiap Sabtu).
Tempat
kuliah dan tutorial ialah di Seberang
Perai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Mereka
yang berminat dan memenuhi kelayakan perlu mengisi permohonan secara online di laman sesawang www.ips.usm.my selewat-lewatnya pada 15 Julai 2016. Sehubungan itu, satu
taklimat tentang program ini akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 28 Mei 2016 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Kirkby, Institut Pendidikan Guru
Kampus Tuanku Bainun
14000
Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi
Prof. Madya Dr. Mohamad Zohir Ahmad di talian 013-4393622 atau urusetia program
di talian 04-6535403/5409.
0 comments:
Post a Comment