Monday, April 23, 2018

URUSAN PEMANGKUAN PPP SEBAGAI GURU CEMERLANG DAN PENSYARAH CEMERLANG SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG DI KPM TAHUN 2018

. Monday, April 23, 2018


 Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian  akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Cemerlang Gred DG44 hingga ke Gred Khas C dan Pensyarah Cemerlang Gred DG48 hingga ke Gred DG54 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2018 bermula 16 April 2018 sehingga 18 Mei 2018. Tarikh tutup permohonan adalah pada Jumaat, 18 Mei 2018, jam 5.30 petang.

 Urusan pemangkuan ini terbuka kepada semua PPP yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam urusan pemangkuan ini. Calon-calon yang memohon untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini diingatkan supaya mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang/ Pensyarah Cemerlang (MS Excel) dengan lengkap dan betulKetua Jabatan (Pengetua/Guru Besar) hendaklah memastikan maklumat permohonan calon adalah lengkap dan teratur. Ketua Jabatan (Pengetua/Guru Besar) juga diingatkan supaya mengemaskini maklumat perkhidmatan semua calon dalam Sistem e-Pangkat terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan tersebut kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

Borang permohonan dalam format MS Excel boleh dimuat turun daripada laman sesawang www.moe.gov.my dan epangkat.moe.gov.my. Calon yang memenuhi syarat dan disenarai pendek sahaja akan dinilai. Hanya calon yang telah dinilai dan berjaya SAHAJA akan menerima surat Arahan Penempatan Pemangkuan sebagai Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang melalui Ketua Jabatan (Jabatan/Bahagian) masing-masing Keputusan penilaian adalah MUKTAMAD dan sebarang RAYUAN TIDAK AKAN DILAYAN.


0 comments:

Post a Comment