Friday, October 19, 2018

PELAWAAN KEMUDAHAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARA BIASISWA SESI 2018/2019 UNTUK PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA DAN Ph.D SECARA SEPARUH MASA

. Friday, October 19, 2018

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat JPA(I)S.179/17/2-7 Klt. 5(1) bertarikh 8 Oktober 2018 adalah berkaitan.
 
2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) Perkhidmatan Bukan Guru (PBG) Sektor Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memohon kemudahan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) Sesi 2018/2019 di peringkat Sarjana dan Ph.D secara separuh masa. 
 
3.    Pegawai Perkhidmatan Gunasama dan Pegawai Perkhidmatan Bukan Gunasama PBG kecuali Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berminat boleh melayari portal eSila JPA http://esilav2.jpa.gov.my untuk mengetahui syarat-syarat dan tatacara permohonan. Permohonan secara dalam talian dibuka mulai 8 Oktober 2018 sehingga 2 November 2018.
 
4.    Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan. Pencalonan tanpa melalui Ketua Jabatan dan tidak lengkap secara automatik tidak akan diproses. Pemohon perlu memastikan data yang dikemukakan adalah tepat dan disemak oleh Ketua Jabatan. Para pemohon juga diingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan jika maklumat yang dikemukakan adalah palsu dan tindakan boleh diambil mengikut peruntukan peraturan/undang-undang sedia ada.
 
5.   Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak dua (2) salinan beserta dokumen-dokumen sokongan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2018 (Rabu) jam 5.00 petang kepada:
 
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p: Puan Nur Sakinah binti Mohd Abas/Puan Paridah binti Ali
Faks: 03-8884 7925
 
6.         Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

0 comments:

Post a Comment