Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat KPM.BT.600/1/11/1 (47) bertarikh 11 April 2019 adalah berkaitan.
2. Bersama-sama ini dipanjangkan surat pemakluman berkenaan Tawaran Permohonan Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA] Tahun 2019 seperti di lampiran untuk edaran/ makluman kepada pegawai-pegawai di bawah seliaan tuan/ puan.
3. Untuk makluman tuan/ puan, tawaran ini telah dilanjutkan sehingga 17 Mei 2019. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, tuan/ puan boleh terus menghubungi pegawai-pegawai di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.
(ii) Pn. Farah Diana binti Zahidi (03-83217088) / farahdiana.z@moe.gov.my
Kerjasama dan perhatian tuan/ puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
0 comments:
Post a Comment