Wednesday, May 23, 2018

Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Dan Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bagi Julai Hingga Disember 2018

. Wednesday, May 23, 2018

Salam Sejahtera,
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula 21 MEI 2018 hingga 12 JUN 2018 (Peringkat Pengetua/Guru Besar/ Ketua Bahagian Di Bahagian/IAB/IPG/KM)
Urusan ini terbuka kepada:
(a)           Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Bagi Urusan Julai hingga Disember 2018;
(b)       Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan Julai hingga Disember 2018;
(c)        Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan Julai hingga Disember 2018 (HANYA PPP yang belum menggunapakai pengalaman PPPLD semasa ke Gred DG44 SAHAJA); dan
(d)          Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Bagi Urusan Julai Hingga Disember 2018
Guru-guru dan staf sokongan yang terlibat boleh mengubungi pejabat sekolah dengan segera.
Sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment