Wednesday, April 29, 2009

Pembatalan Perhimpunan Pagi

. Wednesday, April 29, 2009
0 comments

Perhimpunan pagi yang dijadualkan pada 30 April 2009 (Khamis) adalah dibatalkan.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Monday, April 27, 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan 2009/2

. Monday, April 27, 2009
0 comments

LDP kali ke 2 tahun ini telah berjaya diadakan pada 25 April 2009 baru-baru ini. Diucapkan ribuan terima kasih kepada panitia-panitia yang menganjurkannya dan guru-guru yang menjayakannya. Diharapkan guru-guru mendapat input yang bernas daripadanya.



Read More »»

Monday, April 20, 2009

Kejohanan Mendaki Bukit Bendera 2009

. Monday, April 20, 2009
0 comments

Kejohanan Mendaki Bukit Bendera telah berjaya diadakan pada 18 April 2009 (Sabtu). Kira-kira 600 orang pelajar dari Tingkatan 1 - 6 telah menyertai kejohanan tersebut yang bermula dari Taman Botani dan tamat di Bukit Bendera.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang menjayakan program ini.



Read More »»

Friday, April 17, 2009

Hari Buku & Hak Cipta Sedunia 2009

. Friday, April 17, 2009
0 comments

UNESCO telah menetapkan 23 April setiap tahun sebagai Hari Buku & Hak Cipta Sedunia. Sehubungan itu, JPN telah mengarahkan semua sekolah mengadakan perhimpunan sekolah sempena program ini.

Di samping itu, pihak Pusat Sumber Sekolah juga akan menganjurkan Pertandingan Poster pada hari yang sama seperti berikut:
Tarikh : 23 April 2009 (Khamis)
Masa : 9.30 - 11.30 pagi (pelajar sesi petang)
2.30 - 4.30 ptg (pelajar sesi pagi)
Tempat : Perpustakaan

Guru-guru Pendidikan Seni diminta menggalakkan para pelajar menyertai pertandingan tersebut. Pelajar-pelajar yang berminat boleh mendaftar dengan Guru Perpustakaan (pagi/petang) selewat-lewatnya 21 April 2009 (Selasa).

Peserta diminta menyediakan alat lukis sebab sekolah hanya akan menyediakan kertas lukis sahaja.

Read More »»

Pertandingan Bahas Bahasa Cina Ala Parlimen

.
0 comments

Pertandingan Bahas Bahasa Cina Ala Parlimen peringkat negeri telah berjaya diadakan di sekolah kita baru-baru ini. Pasukan sekolah kita telah muncul sebagai Johan dan salah seorang peserta kita juga terpilih sebagai pembahas terbaik.

Tahniah kepada semua yang terlibat. Pihak sekolah juga ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru dan semua yang terlibat dalam menjayakan pengelolaan pertandingan ini.

Read More »»

Kejohanan Mendaki Bukit 2009

.
0 comments

Kejohanan di atas akan berlangsung seperti berikut:
Tarikh : 18 April 2009 (sabtu)
Masa : 7.00 pagi
Tempat bermula : Taman Botani
Tempat penamat : Bukit Bendera

Pegawai-pegawai yang terlibat diminta berada di tempat bertugas seperti yang ditetapkan. Terima kasih.

Read More »»

Pertandingan Ten Pin Bowling "Perai Open"

.
0 comments

Guru-guru yang berminat boleh merujuk kepada papan notis pejabat untuk maklumat lanjut. Borang penyertaan boleh diperolehi daripada PK Pentadbiran.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Pemantauan Kerja Kursus Sejarah PMR

.
0 comments

Untuk maklumam guru-guru Sejarah PMR, Pentaksir Kawasan akan menjalankan pemanatauan mata pelajaran Sejarah dari 22 hingga 24 April 2009 di sekolah. Sila bersedia.

Harap maklum.

Read More »»

Tuesday, April 14, 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan 2009/2

. Tuesday, April 14, 2009
0 comments

Latihan Dalam Perkhidmatan 2009/2 akan berlangsung seperti berikut:
Tarikh : 25 April 2009 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Anjuran : Panitia-panitia Kimia, Biologi, Fizik, BM, BC, BI, Geografi dan KH

Untuk makluman semua, makanan dan minuman akan disediakan oleh pihak sekolah.
Terima kasih.

Read More »»

Perhimpunan Pagi

.
0 comments

Perhimpunan pagi untuk Tingkatan 4 dan 6 akan dijalankan seperti yang dirancangkan pada 15 April 2009.

Harap maklum.

Read More »»

Sunday, April 12, 2009

韵 艺酝 忆 Konsert Muzik Orkestra Cina

. Sunday, April 12, 2009
0 comments

Konsert Muzik Orkestra Cina (Mellow De Concert) telah berjaya diadakan di Dewan Sri Pinang pada 11 April 2009 jam 8.00 malam.

Konsert ini diadakan bertujuan untuk mengumpul tabung untuk Pasukan Orkestra Cina sekolah ke pertandingan di Beijing, China. Di samping itu, tahun ini juga merupakan tahun yang bermakna untuk Pasukan Orkestra kerana ini ialah ulangtahun ke 40 selepas penubuhannya.

" 韵 艺, 四 十 年 的 音 乐 层 次

酝 忆, 四 十 年 的 累 积 故 事。“

Read More »»

Saturday, April 11, 2009

MESYUARAT ORIENTASI GURU BARU (GSST)

. Saturday, April 11, 2009
0 comments

Tarikh : 14 April 2009 (Selasa)
Masa : 2.05 ptg
Tempat : Bilik Gerakan pejabat

Pegawai-pegawai berikut diminta hadir.

En Yeap Hock Chye
Pn Ung Lee Yee
En Cheah Kok Kheng
En Tan Seong Hee
En Lye Tuck Sing
En Ong Lean Hong
Pn Loo Peng Peng
Cik Chan Lai Hin
Cik Ong Bee Leng
Pn Poh Chai See
Pn Lee Lay Hong

Read More »»

Hari Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum 2009

.
1 comments
















Hari Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum 2009 telah berjaya diadakan pada 10 April 2009 jam 11.15 pagi.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Read More »»

Tuesday, April 7, 2009

Pembatalan Perhimpunan Pagi

. Tuesday, April 7, 2009
0 comments

Perhimpunan pagi yang sepatutnya dijalankan pada 8 April 2009 terpaksa dibatalkan untuk memberi laluan kepada Raptai Hari Kecemerlangan Akademik & Gerko.

Harap maklum.

Read More »»

Monday, April 6, 2009

Pertukaran Guru Jun 2009

. Monday, April 6, 2009
0 comments

1) Pertukaran antara negeri bagi guru-guru DGA29 & DG 41 boleh dibuat melalui online di www.moe.gov.my dari 1 - 30 April 2009. Guru-guru gred lain mesti memohon melalui pengisian borang di pejabat.
Sila hantarkan salinan borang pertukaran dan dokumen sokongan ke pejabat seawal yang mungkin.

2) Pertukaran guru antara/dalam daerah boleh dibuat melalui pengisian borang di pejabat selewat-lewatnya 23 April 2009 (tarikh tutup peringkat sekolah)

Sekian, dimaklumkan.

Read More »»

Friday, April 3, 2009

Mesyuarat Panitia ke 2/2009

. Friday, April 3, 2009
0 comments

Mesyuarat Panitia 2009/2 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 7 - 13 April 2009
Masa : 2.00 ptg (sesi pagi), 11.00 pagi (sesi petang)

Sila ambil surat panggilan mesyuarat di depan pejabat. Terima kasih.

Read More »»

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang STPM/SPM

.
0 comments

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan satu majlis untuk pelajar-pelajar yang cemerlang dalam SPM dan STPM 2008 seluruh Pulau Pinang pada 4 April 2009. Antara 41 orang pelajar yang cemerlang (seluruh negeri) dalam STPM, 12 orang adalah datang dari SMJK Chung Ling.

Tahniah kepada semua guru!!

Read More »»

Thursday, April 2, 2009

Tema Hari Guru 2009

. Thursday, April 2, 2009
0 comments

Tema Hari Guru tahun 2009 telah ditetapkan seperti berikut:

"Guru Pembina Negara Bangsa"

Harap maklum.

Read More »»