Wednesday, November 27, 2013

MAKLUMAT PPP YANG PERNAH MENGHADIRI KURSUS NPQH DAN NPQEL DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI (IAB)

. Wednesday, November 27, 2013
0 comments

Pihak Jabatan Pendidikan Pulau Pinang dalam proses mengumpul maklumat PPP di sekolah yang sedang dan pernah mengikuti kursus berkaitan kepengetuaan iaitu kursus NPQH dan NPQEL yang dianjurkan oleh IAB. 

Oleh hal yang demikian, diminta guru-guru yang sedang atau pernah menghadiri kursus tersebut mengisi borang NPQEL dan hantar melalu email ke spsoo1983@yahoo.com.my selewat-lewatnya 11 Dis 2013.

Terima kasih 

Read More »»

Sunday, November 24, 2013

Profil Kepimpinan

. Sunday, November 24, 2013
1 comments

Semua ketua panitia, Ketua Bidang, Penolong Kanan dan Pengetua wajib melengkapkan profil masing-masing atas talian di www.research.net/s/profil_kepimpinan_k2 selewat-lewatnya 6 Dis 2013.

Walau bagaimanapun, guru-guru yang bergred DG 44 dan ke atas yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam jawatan pengurusan juga boleh mengisi.

Harap maklum

Read More »»

Thursday, November 14, 2013

Chevening Scholarship 2013/2014

. Thursday, November 14, 2013
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa biasiswa seperti tersebut di atas telah dibuka kepada pegawai-pegawai di bawah selian KPM. Sehubungan ini, guru-guru yang berminat boleh melayari sesawang http://www.chevening.org/ untuk memohon dan mendapat maklumat lanjut.

Tarikh tutup :  15 Nov 2013

Read More »»

Wednesday, November 13, 2013

Mr Ch'ng Chin Huat Retirement Ceremony

. Wednesday, November 13, 2013
0 comments

Date : 12 Nov 2013





Read More »»

Monday, November 11, 2013

Temuduga SISC+ dan SIPartners+ Fasa 2

. Monday, November 11, 2013
0 comments

Makluman kepada semua guru,
Jabatan Pendidikan Pulau Pinang akan mengadakan temuduga SISC+ dan SIPartners+ Fasa 2 dalam waktu terdekat ini. Permohonan adalah untuk mata pelajaran Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Sehubungan itu, kepada guru-guru dan pentadbir yang berminat, sila hantar borang permohonan ke PPD masing-masing sebelum 15 November 2013. 
Sila layari pautan ini untuk borang permohonan dan makluman lanjut.

http://www.moe.gov.my/v/peluang-kerjaya-view?id=3267
Sekian, terima kasih.

Read More »»

Saturday, November 9, 2013

Makluman Tempoh Masa Tambahan Ujian Kompetensi ICT

. Saturday, November 9, 2013
0 comments

Sukacita dimaklumkan bahawa pelaksanaan ujian kompetensi ICT bagi PPP (guru dan pentadbir) KPM akan dibuka semula pada 7 Nov hingga 13 Nov 2013 di pautan http://ict-kpm.azurewebsites.net/ bagi memastikan semua guru menjawab.

Melaksanakan ujian kompetensi ICT ini adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 (ms 6 - 25). Harap maklum

Read More »»

Friday, November 8, 2013

Takwim 2014 KPM

. Friday, November 8, 2013
0 comments

Bersama-sama ini, dilampirkan Takwim Persekolahan 2014 KPM bagi rujukan dan tindakan guru.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Pengemaskinian Data e-Operasi

.
0 comments

Semua guru dikehendaki mengemaskini data eOperasi masing-masing selewat-lewatnya 13 NOV 2013. Jangan lupa 
1) tanda  Ö dalam kotak yang disediakan di bawah halaman tersebut.
2) tekan butang 'KEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI"

Setakat ini hanya "Maklumat Peribadi" sahaja yang dapat dikemaskini. Halaman bagi maklumat-maklumat lain akan ditunjukkan satu mesej error semasa ditekan. Walau bagaimanapun, para guru diminta selalu log in dalam sistem untuk melihat samada error tersebut diperbaiki semula atau tidak. 

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Masa Bertugas Guru Semasa SPM dan STPM dijalankan

.
0 comments

Semua guru yang terlibat sebagai guru bertugas semasa SPM dan STPM adalah diingatkan bahawa masa bertugas tuan/puan/cik bermula 30 minit sebelum kertas peperiksaan bermula. Guru-guru yang terlibat juga diminta membaca arahan yang terdapat dalam edaran yang diberikan berkenaan dengan perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa bertugas.

Harap maklum

Read More »»

Wednesday, November 6, 2013

Bengkel HOTS

. Wednesday, November 6, 2013
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa satu bengkel berkenaan pembinaan item-item HOTS akan dijalankan seperti berikut :

Tarikh : 9 Nov 2013 dan 16 Nov 2013
Masa : 8.00 am - 4.00 pm (Pendaftaran bermula 7.30 am)
Tempat : Auditorium
Kehadiran : semua guru yang mengajar Sains atau Matematik Tingkatan 1 - 3 tahun 2013.

Harap maklum

Read More »»