Tuesday, March 29, 2011

Kolokium "Clutivating Creativity through Mathematical Problem Solving"

. Tuesday, March 29, 2011
0 comments

Recsam akan menganjurkan satu kolokium seperti tajuk di atas pada tarikh dan masa berikut : Tarikh : 18 April 2011 (Isnin) Masa : 2.30 - 4.30 pm Tempat : Auditorium, RECSAM Kolokium ini boleh diambilkira sebagai 2 jam LDP. Guru-guru yang berminat boleh mendaftar dengan Pn Lee Hui Chee selewat-lewatnya 8 April 2011 (Jumaat) Harap maklum

Read More »»

Monday, March 28, 2011

Hari Gerko 2011 - Penghargaan

. Monday, March 28, 2011
0 comments

Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis Hari Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum yang telah diadakan pada 25 Mac 2011.



Read More »»

Mesyuarat Agung PIBG 2011/12

.
0 comments

Mesyuarat Agung PIBG 2011/12 telah berjaya diadakan pada 27 Mac 2011 (Ahad) jam 2.00 petang di dewan sekolah. Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan ibubapa yang menghadiri mesyuarat tersebut.




Read More »»

Mesyuarat JKKS 2011 ke 2

.
0 comments

Mesyuarat JKKS 2011 kali ke 2 akan berlangsung seperti berikut: Tarikh : 29 Mac 2011 (Selasa) Masa : 2.05 pm Tempat : Bilik Persidangan Kehadiran : Semua PK, Ketua Bidang dan Panitia Makanan tengahari akan disediakan di bilik makan guru mulai 12.30 pm Harap maklum.

Read More »»

Friday, March 25, 2011

Pengecualian Syarat Kursus Kenegaraan di TK1 selepas Pemansuhan PTK

. Friday, March 25, 2011
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa KPM telah bersetuju untuk mengecualikan syarat menghadiri Kursus Kenegaraan kepada pegawai yang telah lulus PTK di TK1 dan keputusan PTK pegawai dianggap lengkap walaupun belum menghadiri Kursus Kenegaraan.

Berdasarkan keputusan ini juga, pegawai yang mendapat Aras IV di TK1 pada tahun 2010 atau sebelumnya, layak dipertimbangkan Anjakan Gaji pada tahun 2011.

Harap maklum

Read More »»

Thursday, March 24, 2011

Pencerapan P & P dan Penyemakan Buku Latihan 2011/1

. Thursday, March 24, 2011
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa pencerapan p & p dan penyemakan buku latihan bagi tahun 2011/1 akan dijalankan dari 29 Mac - 15 April 2011. Surat siaran tentang perkara ini boleh diperoleh di luar pejabat (di bawah perakam waktu)


Guru-guru mata pelajaran diminta menghantar buku-buku latihan kepada Ketua-ketua Panitia mengikut bilangan yang dikehendaki.


Adalah dimaklumkan juga Pengetua, PK dan Ketua-ketua Bidang akan mendapatkan buku-buku latihan daripada kelas-kelas pilihan mengikut mata pelajaran tertentu secara rawak.


Harap maklum

Read More »»

SPM - We obtained 100 % again!

.
0 comments

For two consecutive years, Chung Ling has obtained 100% passes in SPM. Congratulations to the students, parents and teachers. You have done great and thank you for making Chung Ling proud.




Read More »»

Wednesday, March 23, 2011

Perubahan Jadual Waktu (pagi) V2

. Wednesday, March 23, 2011
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa jadual waktu sesi pagi akan berubah mulai 29 Mac 2011 (Selasa). Guru-guru diminta mendapatkan jadual waktu dari bilik PK Pentadbiran mulai 24 Mac 2011.
Harap maklum

Read More »»

Mesyuarat Agung PIBG 2011/12

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat Agung PIBG 2011/12 akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh : 27 Mac 2011 (Ahad)
Masa : 2.00 pm
Tempat : Dewan

Harap maklum

Read More »»

Tuesday, March 22, 2011

Pencalonan Petugas Peperiksaan SPM dan STPM 2011

. Tuesday, March 22, 2011
0 comments

Guru-guru boleh merujuk senarai pencalonan petugas peperiksaan SPM dan STPM 2011 di alamat : SPM dan STPM 2011

Harap maklum

Read More »»

Monday, March 21, 2011

Hari Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum 2011

. Monday, March 21, 2011
0 comments

Majlis Hari Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum 2011 akan berlangsung seperti berikut : Tarikh : 25 Mac 2011 (Jumaat) Masa : 11.00 pagi Tempat : Dewan Sekolah Pelajar terlibat : Tingkatan 4 Raptai bagi majlis ini akan diadakan pada 23 Mac 2011 (Rabu) jam 9.00 pagi Harap maklum

Read More »»

Tema Hari Guru 2011

.
0 comments

Sukacita dimaklumkan bahawa tema hari guru 2011 telah ditetapkan sebagai "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara".
Harap maklum

Read More »»

Friday, March 11, 2011

Peringatan Penularan Wabak Influenza A (H1N1)

. Friday, March 11, 2011
0 comments

Guru-guru tingkatan khususnya mesti melaporkan kepada sekolah sekiranya terdapat murid yang hadir ke sekolah dengan simpton influenza like illness (ILI) supaya pihak sekolah dapat mengasingkan murid tersebut dan merujuk kes itu kepada tindakan ibubapa atau klinik kesihatan yang berdekatan.

Harap maklum

Read More »»

Wednesday, March 9, 2011

Notis Mesyuarat Agung PIBG

. Wednesday, March 9, 2011
0 comments

Notis mesyuarat agung PIBG telah disampaikan kepada semua murid mulai 9 Mac 2011 (Rabu).

Semua guru tingkatan diminta
1) mengutip keratan jawapan daripada kelas dan
2) mencatatkan bilangan waris yang akan hadir di atas borang yang disediakan di kaunter pejabat.

Guru-guru tingkatan diminta cuba mengutip balik keratan jawapan sebelum cuti untuk mengelak masalah kehilangan notis/keratan jawapan drp murid

Read More »»

Lawatan ke luar negara dan dari luar negara

.
0 comments

JPN ingin mengingatkan pihak sekolah tentang peraturan lawatan ke luar sekolah dan dari luar sekolah di mana pihak sekolah wajib mematuhi

1) permohonan ke luar negara hendaklah dikemukakan dalam 6 salinan ke unit Perhubungan dan Pendaftaran tidak kurang dari 5 minggu sebelum tarikh bertolak. Nisbah penyertaan murid : guru = 10 : 2
2) Sebarang lawatan dari luar negara ke sekolah mesti melalui KPM atau JPN

Harap maklum.

Read More »»

Pengemaskinian Maklumat Peribadi e-Operasi

.
0 comments

Semua guru diminta mendapatkan salinan maklumat peribadi dari pejabat (Pn Fadzliyatul) untuk dikemaskinikan. Sebarang perubahan atau penambahan maklumat mesti dibuat dengan pena merah . Salinan maklumat mesti dihantar balik ke pejabat selewat-lewatnya 11 Mac 2011 (Jumaat).

Nota:
1) terdapat dua medan wajib yang mesti diisi iaitu "tarikh penempatan daerah terkini" dan "Latihan/Kursus"
2) Bagi maklumat "Latihan/Kursus", guru-guru boleh isikan maklumat terkini seperti International Safety & Health Conference yang akan diadakan pada 14 - 15 Mac 2011, berperingkat antarabangsa.

Read More »»

Monday, March 7, 2011

Bancian Penggunaan Bilik Stor Sekolah

. Monday, March 7, 2011
0 comments

Semua guru diminta membuat pengisytiharan penggunaan premis sekolah sebagai bilik stor untuk tujuan panitia kokurikulum. Pihak sekolah berhak mengambil alih mana-mana bilik stor yang digunakan tetapi tidak diisytiharkan selepas tarikh tamat bancian ini.

Sila serahkan borang bancian kepada PK Pentadbiran selewat-lewatnya 11 Mac 2011 (Jumaat).

Read More »»

Sumbangan Hari Guru

.
0 comments

Semua guru diminta menyumbang RM3.00 kepada perkara di atas. Sumbangan boleh diberi melalui PK Petang atau Ketua Bidang masing-masing sebelum 11 Mac 2011.

Harap maklum

Read More »»

Wednesday, March 2, 2011

Derma Darah

. Wednesday, March 2, 2011
0 comments

Satu kempen Derma Darah anjuran Persatuan Tingkatan 6 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 21 Mac 2011 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tgh*
Tempat : Dewan sekolah

Semua staf adalah dijemput untuk menyertai program ini.

*Tertakluk kepada perubahan

Read More »»

Tuesday, March 1, 2011

1st International Safety & Health Conference

. Tuesday, March 1, 2011
0 comments

The 1st International Safety & Health Conference of Chung Ling High School will be held from 14 - 15 Mac 2011 in the school hall. All teachers are compulsory to attend the conference. The attendance can be taken as LDP attendance.

Thank you

Read More »»