Monday, March 31, 2014

Urusan Pemangkuan Gred DG34 dan Gred DG32 bagi Tahun 2014

. Monday, March 31, 2014
0 comments

Bersama-sama ini dipanjangkan Siaran Urusan Pemangkuan Gred DG34 dan DG32 bagi jawatan Penolong Kanan/ Penyelia/ Penyelia Kanan dan Pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Bahagian-Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk Urusan Pengisian mulai Julai hingga Disember 2014.
 
Guru-guru yang berminat boleh mendapat maklumat lanjut daripada Penolong Kanan. 

Tarikh akhir: 11 April 2014

Read More »»

Friday, March 21, 2014

2013 STPM Results

. Friday, March 21, 2014
0 comments

The 2013 STPM has been released on 19 March 2014. We have hit a CGPA record of 3.04, with 1 student scoring 5A and 30 others getting 4A (out of which 14 was 4 flat). This is also the fourth consecutive year we achieved 100% passes.

Read More »»

2013 SPM Results Released

.
0 comments

The 2013 SPM results has been released on 20 March 2014. The results showed an overall GPS of 2.20 which is the best performance of the school though we only achieved 99.80 % passes.


Read More »»

Thursday, March 20, 2014

Mesyuarat Agung PIBG 2014

. Thursday, March 20, 2014
0 comments

Tarikh : 15 Mac 2014 (Sabtu)
Masa : 10.00 am
Tempat : Dewan Sekolah






Read More »»

Pengawasan SPM dan STPM 2014

.
0 comments

Seperti tahun-tahun lepas, JPN akan meminta sekolah untuk mencalonkan petugas pengawasan SPM dan STPM. Senarai guru yang akan dicalonkan adalah seperti lampiran yang disertakan.

Bagi makluman semua, oleh sebab STPM (Penggal 3, Ulangan 1 dan 2)  hanya akan mengambil tiga hari daripada cuti sekolah hujung tahun, maka pihak sekolah telah membuat keputusan guru-guru yang terlibat dalam pengawasan STPM tidak akan diambilkira sebagai penggiliran. Hanya guru-guru yang mengawasi SPM sahaja dikira sebagai sudah mengawas pada cuti hujung tahun.

Harap maklum

Read More »»

Wednesday, March 19, 2014

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

. Wednesday, March 19, 2014
0 comments

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru.
PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).
Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata.
Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah  pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah  pada sesi persekolahan tahun 2012.
Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya.
Ini adalah kerana guru-guru  menyatakan bahawa mereka  dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui PBS.
Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu dan segera dalam penambahbaikan PBS.
Ekoran dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru serta beberapa kelompok guru-guru  untuk mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS.

Isu-isu pelaksanaan PBS
Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-kesatuan guru, didapati terdapat tiga isu utama  berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah.

Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak.   
Bagi menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.
Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid tersebut.
Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.
Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.

Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit.
Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM dan melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru.

Ketiga, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama.

Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.   
Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.
Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.
PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran ScienceMathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study). 
Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan.
Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.

PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.

Untuk memastikan PBS yand telah di tambahbaik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan seperti yang dihasratkan, KPM akan mengadakan taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru-guru.
Latihan adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat melaksanakan pentaksiran. Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan latihan supaya guru memahami konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Selain daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan bagi meningkatkan kemahiran guru memeriksa jawapan murid.

Penambahbaikan PBS akan di laksanakan mulai April 1.

Read More »»

Wednesday, March 12, 2014

Merentas Desa 2014

. Wednesday, March 12, 2014
0 comments

Tarikh : 7 Mac 2014
Tempat : Taman MPPP

Read More »»

Makluman Terkini Tarikh Mock Test 2 TIMSS & PISA

.
0 comments

Maklumat terkini dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Mock Test 2 TIMSS hanya diadakan untuk pelajar tingkatan 2 dari 6 buah sekolah yang terpilih sahaja dan akan diadakan pada 19 Mac 2014. 

Sekolah-sekolah tersebut ialah: 
1. SMK Jelutong
2. SMJK Chung Hwa Confucian (CF)
3. SMK Tun Hussein Onn
4. SMJK Chung Ling Butterworth
5. SM Sains Kepala Batas
6. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin

Manakala Mock Test 2 PISA untuk semua pelajar tingkatan 3 semua sekolah di Pulau Pinang ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Walau bagaimanapun, program intervensi yang sedang giat dijalankan masih berterusan

Sekian, terima kasih

Read More »»

Monday, March 10, 2014

Mesyuarat Agung PIBG 2014

. Monday, March 10, 2014
0 comments

Mesyuarat Agung PIBG tahun 2014 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 15 Mac 2014 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan

Guru-guru yang tidak boleh hadir diminta mengemukakan surat kepada PK Pentadbiran.

Terima kasih

Read More »»

Penubuhan 'War room' PBS

.
0 comments

Dimaklumkan bahawa PPD Timur Laut telah diarahkan untuk menubuhkan 'war room' PBS bagi menangani isu-isu yang timbul berkenaan pelaksanaan PBS. Oleh itu, segala pertanyaan boleh diajukan kepada :
  • EN. MOHD MUKHRIZAM BIN MOHD. MOTHTAR
          NO. PEJABAT: 04-2109422  NO. TEL BIMBIT: 019-4445715

Waktu operasi 'war room' ini adalah dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Walaubagaimanapun, jika guru-guru menghadapi masalah atau kekeliruan yang perlu diselesaikan segera, guru-guru berkenaan boleh menghubungi pegawai yang bertugas pada bila-bila masa. Kerjasama dan perhatian pihak tuan dalam hal ini didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Read More »»

Isu Penangguhan PBS

.
0 comments

Berkenaan isu penangguhan PBS, didapati masih ada kekeliruan di pihak guru-guru berkenaan pelaksanaan PBS di sekolah. Oleh itu, adalah dimaklumkan bahawa pentaksiran di dalam kelas adalah seperti biasa. Tiada penangguhan pentaksiran di dalam pdp. Tiga perkara sahaja yang ditangguhkan iaitu:

  • penataran PBS
  • Sistem fail
  • SPPBS

Harap maklum

Read More »»