Monday, December 26, 2011

Mesyuarat Guru 2012/1

. Monday, December 26, 2011
0 comments

Mesyuarat Guru yang pertama bagi sesi 2012 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 27 Dis 2012
Masa : 7.30 pagi (pendaftaran bermula)
Tempat : Dewan Tu Xiu

Guru-guru dikehendaki tumb-in di pejabat sebelum 7.30 pagi di pejabat sekolah dari 27 - 30 Dis 2011 dan tumb-out pada 1.30 pm

Read More »»

Tuesday, December 20, 2011

Pemilihan Opsyen SBPA

. Tuesday, December 20, 2011
0 comments

Adalah dimaklumkan kepada semua guru bahawa satu taklimat berkenaan perkara di atas akan diadakan pada 27 Dis 2011 (Selasa) selepas Mesyuarat Guru. Selepas taklimat, semua guru akan diminta membuat pilihan
1) menerima SBPA atau kekal di SSM
2) opsyen bersara pada umur 60 tahun atau kekal dengan pilihan lama (55, 56 atau 58 tahun).

Pada hari tersebut, pihak sekolah TIDAK AKAN memberi penerangan tentang SBPA, tetapi hanya akan menerangkan bagaimana mengisi borang sahaja. Oleh hal yang demikian, semua guru adalah diseru untuk meneliti pekeliling berkenaan dengan SBPA yang boleh diperoleh di laman web JPA sebelum datang ke mesyuarat pada hari tersebut.

INGAT : Borang opsyen perlu hantar pada 27 Dis 2011 kepada JPN.

Bagi guru-guru yang tidak dapat hadir mesyuarat pada 27 Dis 2011, diminta datang ke pejabat sekolah pada 22 atau 23 Dis 2011 untuk menguruskan pemilihan opsyen ini.

Harap maklum.

Read More »»

Monday, December 19, 2011

Mencadang Tema Hari Guru 2012

. Monday, December 19, 2011
0 comments

Semua guru adalah dipelawa untuk memberi cadangan kepada Tema Hari Guru 2012. Guru-guru yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dan borangnya daripada PK Pentadbiran.

Read More »»

Permohonan Lawatan Persendirian Ke Luar Negara

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa mana-mana pegawai yang telah diluluskan permohonan lawatan ke luar negara dan kemudiannya ingin membatalkan lawatan tersebut hendaklah memaklumkan kepada pihak Jabatan dengan segera. Pembatalan ini termasuk perubahan tarikh dan tempat lawatan. Kegagalan pegawai berbuat sedemikian boleh diambil tindakn tatatertib.

Read More »»

Friday, December 16, 2011

Lawatan Penandaarasan ke SM Jit SIn

. Friday, December 16, 2011
0 comments

Satu lawatan tidak rasmi telah diadakan ke SM (Persendirian) Jit Sin telah diadakan pada 15 Dis 2011 (Jumaat) jam 11.00 pagi.










Read More »»

Thursday, December 8, 2011

Saraan Baru Perkihmatan Awam (SBPA)

. Thursday, December 8, 2011
0 comments

Semua guru adalah dinasihati meneliti pekeliling yang boleh diperoleh dari laman web JPA berkenaan pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Mengikut pekeliling, semua kakitangan perkhidmatan awam perlu mengisi pemilihan opsyen sebelum 31 Dis 2011. Setakat ini, JPN/PPD belum memberi taklimat kepada pihak sekolah lagi.

Walau bagaimanapun, diharapkan semua guru dapat bersedia untuk dipanggil balik se sekolah untuk menguruskan pemilihan opsyen ini dalam masa yang singkat. Pekeliling JPA juga boleh diperolehi melalui pautan ini : pekeliling SBPA

Read More »»

Wednesday, December 7, 2011

URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED

. Wednesday, December 7, 2011
0 comments

PEMBERITAHUAN : URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
 DARI GRED DGA29 KE GRED DGA32
 DARI GRED DG41 KE GRED DG44
 DARI GRED DG44 KE GRED DG48
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang giat melaksanakan urusan pemangkuan/ kenaikan pangkat PPP selaras dengan persediaan bagi pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mulai 01 Januari 2012.
Sehubungan itu, tuan/puan adalah dipohon untuk menyemak status kenaikan pangkat masing-masing melalui Ketua Jabatan. Sekiranya tuan/puan telah memenuhi syarat iaitu:
i. Cukup tempoh perkhidmatan,
ii. Bebas daripada senarai peminjam tegar Institusi Pinjaman Pendidikan, dan
iii. Telah mengisytiharkan harta serta bebas daripada hukuman tatatertib
tetapi masih belum dinaikkan pangkat, maka tuan/puan boleh terus berurusan dengan Ketua Jabatan masing-masing bagi mengemukakan maklumat yang diperlukan untuk tindakan BPSM selewat-lewatnya pada atau sebelum 15 Disember 2011.

Read More »»

Friday, November 25, 2011

Pengoperasian Standard Guru Malaysia 2011

. Friday, November 25, 2011
0 comments

KPM telah memberi arahan kepada semua warga pendidik untuk menyempurnakan instrumen tersebut di atas sebelum 31 Dis 2011 di http://apps.moe.gov.my/sgm .

Harap maklum

Read More »»

Saturday, November 12, 2011

Mesyuarat JKKS

. Saturday, November 12, 2011
0 comments

Satu mesyuarat JKKS akan diadakan seperti berikut

Tarikh : 14 Nov 2011 (Isnin)
Masa : 1.30 pm
Tempat : Bilik Persidangan
Agenda : PPSMI

Semua AJK JKKS diminta hadir.

Nota : Mesyuarat ini dijangka akan pendek.

Read More »»

Thursday, November 10, 2011

2011 Combined Speech Day 三校毕业典礼

. Thursday, November 10, 2011
0 comments

Date : 5 Nov 2011
Time : 9.00 am

Thank you for those teachers that involved directly and indirectly to make it a success.
谢谢大家,爱吾钟灵!

Read More »»

Friday, November 4, 2011

Hari Ucapan Gabungan CL 钟灵三校毕业典礼

. Friday, November 4, 2011
0 comments

Tarikh : 5 Nov 2011
Masa : 9.00 pagi.
Tempat : Dewan Sekolah

Semua guru dikehendaki sampai di sekolah pada 7.30 pagi dan berada di dalam dewan 8.30 pagi.
Harap maklum

Read More »»

Jemputan Penyertaan & Pembentangan Kertas Kerja

.
0 comments

Dimaklumkan bahawa "1st World Congress On Healthy Ageing" 2012 anjuran Malaysian Healthy Ageing Society akan diadakan pada 19 - 22 Mac 2012 di KL Concention Centre, dengan tema "Evolution : Holistic Ageing in an Age of Change".

Sehubungan itu, semua guru yang berminat adalah diundang untuk menyertai aktiviti ini. Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada http://www.healthyageingcongress.com . Tarikh tutup penyerahan kertas kerja : 1 Dis 2011.

Read More »»

Monday, October 31, 2011

2011 结业典礼 Majlis Tamat Pengajian

. Monday, October 31, 2011
0 comments

日 期:2011 年10 月28 日


Read More »»

Thursday, October 27, 2011

Pengemaskinian Rekod Peribadi HRMIS

. Thursday, October 27, 2011
0 comments

JPN telah mengarahkan semua staf sekolah mengemaskinikan rekod peribadi sendiri HRMIS di http://eghrmis.hrmis.gov.my/ (talian kpmnet dan school net) atau http://hrmisone.eghrmis.gov.my/ (Broadband & stremyx) sebelum 30 Okt 2011.

Terdapat 17 medan wajib yang perlu dilengkapkan seperti agama, bangsa, keturunan, status uniform, status perkahwinan, gelaran, dll.

Login dan password HRMIS : nombor kad pengenalan tanpa - (Cth : 661201072154)

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila email hrmisjpnpp@moe.gov.my atau hrmisjpnpp@yahoo.com

Read More »»

Sunday, October 23, 2011

MADE IN CL

. Sunday, October 23, 2011
0 comments

Read More »»

Cuti Ganti

.
0 comments

Untuk makluman semua, 25 Okt 2011 (Selasa) merupakan Cuti Ganti bagi hari persekolahan yang telah diadakan pada 2 Julai 2011 (Sabtu) sempena Larian 1M 1S 1Malaysia.

Harap maklum

Read More »»

Wednesday, October 19, 2011

Jamuan Kecemerlangan Gerko

. Wednesday, October 19, 2011
0 comments

Date : 14 Oct 2011
Time : 7.00 pm
Venue : School Hall




Read More »»

Rekod LDP Staff

.
0 comments

Semua staf sekolah adalah diingatkan untuk memasukkan rekod LDP (Book Review dan Kehadiran Kursus Luar) masing-masing di http://apps.moe.gov.my/splg.

Nama Pengguna : PEB 1096
Kata laluan : 6644 (Tak perlu tukar)
Individu : (No KP Masing-masing)

Pilih
Individu
Daftar BR

Pilih Daftar KKL

Harap maklum

Read More »»

Retirement of Madam Ong Yeok Hooi

.
0 comments

Date : 18 Oct 2011
Time : 10.00 am
Venue : School Canteen/Auditorium







Read More »»

Latihan Dalam Perkhidmatan ke 4 2011

.
0 comments

Date : 15 Oct 2011
Venue : Yu Xiu Hall













Read More »»

Mesyuarat Guru 2011/4

.
0 comments

Mesyuarat Guru ke 4 bagi tahun 2011 akan diadakan seperti berikut

Tarikh : 29 Okt 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Yu Xiu
Kehadiran : semua guru

Harap maklum

Read More »»

Monday, October 17, 2011

Borang Prestasi dan LNPT 2011

. Monday, October 17, 2011
0 comments

Semua staf sudah boleh mula mendapatkan borang prestasi dan LNPT 2011 daripada Cik Nadia di pejabat mulai 17 Okt 2011.

Sila
1) melengkapkan borang prestasi seperti contoh yang dipaparkan di kaunter pejabat.
2) menyemak maklumat LNPT 2011 dan tandakan _/ di petak yang disediakan sekiranya maklumat adalah betul. Betulkan maklumat yang silap dengan pen berdakwat merah.
3) Bagi staf yang tiada LNPT 2011, sila dapatkan borang kosong dan lengkapkannya.
4) sediakan salinan IC dan buku akaun bank gaji (satu kertas A4).

Hantar
1) borang prestasi
2) LNPT 2011 yang disemak
3) salinan IC dan buku akaun bank
kepada Ketua Bidang atau PK Petang selewat-lewatnya 30 Okt 2011.

Read More »»

Projek Movie Maker

.
0 comments

Semua guru perlu menyiapkan satu projek p & p menggunakan perisian movie maker yang panjangnya (5 - 30 minit) bagi 1 atau 2 waktu pengajaran. Semua projek mesti sampai kepada Ketua Panitia masing-masing selewat-lewatnya 18 Nov 2011.

Ketua Panitia mengumpulkan semua projek dan serahkan kepada PK Pentadbiran sebelum atau pada mesyuarat JKKS 1/2012 pada 28 Dis 2011

Sampel Projek

Read More »»

Friday, October 14, 2011

Bicycles Distribution of 1M Education Charity Fund

. Friday, October 14, 2011
0 comments

Venue : School
Date : 13 Oct 2011





Read More »»

Tuesday, October 11, 2011

Happy Birthday Mr Chuah!

. Tuesday, October 11, 2011
0 comments







Read More »»

Program Pensiswazahan Guru (PPG) Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Bagi PPPLD Ambilan 2012

.
0 comments

Bahagian Pendidikan Guru akan menawarkan program tersebut yang akan dilaksanakan di IPG/IPTA/IPTS di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.moe.gov.my mulai 17 Okt 2011 bermula jam 10 pagi dan tarikh tutup : 27 Nov 2011

Read More »»

Seminar "Assessing Young Learners: Classroom Approaches"

.
0 comments

Bristih Council East Asia akan mengajurkan seminar di atas pada 14 hingga 18 Nov 2011 di Thammasat University Learning Resort, Pattaya, Thailand. Segala kos dan perbelanjaan untuk seminar adalah di bawah tanggungan sendiri. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.britishcouncil.org/accessenglish-hornby-regional-school.htm atau menghubungi Mina Patel di talian 012-2950503.

Tarikh tutup : 24 Okt 2011

Read More »»

Tawaran Pelantikan Petugas Pilihanraya

.
0 comments

PPD Timur Laut telah dilantik untuk menguruskan pilihanraya Parlimen P050 Jelutong pada pilihanraya umum ke 13 yang akan datang.

Sehubungan itu, PPD Timur Laut mempelawakan staf sekolah yang berminat untuk menjadi pegawai yang terlibat dalam aktiviti ini. Yang berminat, boleh menghubungi Pn Rukumani di pejabat untuk mendapatkan borang permohonan.

Tarikh tutup : 12 Okt 2011.

Read More »»

Monday, October 10, 2011

Kemasukan Markah dalam SAPS

. Monday, October 10, 2011
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa semua markah Peperiksaan Percubaan SPM mesti dimasukkan ke dalam SAPS selewat-lewatnya 10 OKT 2011 (Isnin).
Semua guru yang berkenaan sila pastikan markah telah dimasukkan seperti yang diarahkan

Read More »»

Friday, October 7, 2011

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KENDALIAN SEKOLAH 2011

. Friday, October 7, 2011
0 comments

Tarikh : 15 OKT 2011

Masa : 7.30 PAGI (Pendaftaran bermula)

Tempat : Dewan Yu Xiu

Tajuk : Penggunaan Movie Maker dalam p & p


ARAHAN KEPADA SEMUA GURU

1. Semua guru akan menghadiri satu sesi bengkel secara berpasangan. Guru-guru diminta mencari pasangan sendiri (digalakkan mencari yang mengajar mata pelajaran yang sama)
2. Isikan nama sendiri dan nama guru yang berpasangan dalam borang yang disediakan di depan pejabat
3. Semua guru yang tiada komputer riba boleh menggunakan komputer desktop sekolah di Lab 4 dan Lab 5.
4. Guru-guru yang dibekalkan dengan komputer riba sekolah diwajibkan menggunakan komputer riba tersebut.
5. Guru-guru yang menggunakan komputer riba akan berbengkel di Blok Tingkatan 6.
6. Sebelum hari LDP, setiap kumpulan diwajibkan menyediakan bahan-bahan perisian seperti gambar, video klip (misalnya boleh download daripada youtube) dan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan 1 atau 2 waktu pengajaran.
7. Pastikan komputer riba mempunyai perisian movie maker. Guru-guru boleh meminta bantuan En Tan Synn Cheak atau Cik Low Wei Zi untuk mendapatkan perisian tersebut.

Read More »»

Mesyuarat JKKS 2011/4

.
0 comments

Adalah dimaklumkan mesyuarat JKKS kali ke 4 bagi tahun 2011 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 13 Okt 2011 (Khamis)
Masa : 2.05 pm
Tempat : Bilik Persidangan
Kehadiran : semua AJK

Makanan tengahari akan disediakan mulai pukul 1.00 pm
Harap maklum.

Read More »»

Permohonan Tapisan Kselamatan Menggunakan Sistem e Vetting

.
0 comments

Adalah dimaklumkan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (Jabatan Perdana Menteri) telah memperkenalkan Sistem Tapisan Keselamatan e-Vetting di mana sebarang permohonan tapisan keselamatan mulai 3 Okt 2011 boleh dibuat secara atas talian melalui laman sesawang http://www.cgso.gov.my/ atau http://evetting.cgso.gov.my/ .

Pelaksanaan sistem tapisan ini menggunakan nombor kad pengenalan pemohon dimana proses permohonan, semakan dan keputusan dapat diperoleh secara atas talian.

Adalah juga dimaklumkan bagi permohonan tapisan keselamatan ke JPN, P.Pinang sebelum 3 Okt 2011 akan diproses secara manual.

Read More »»

Pemberitahuan Perpindahan Sektor dan Unit JPN

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa Sektor Jaminan Kualiti, Unit Latihan Dan Kemajuan Staf, Unit Operasi Dakwah, Unit Kokurikulum dan Unit Pencegahan Dadah dalam proses berpindah ke sekolah kebangsaan Hashim Awang Kepala Batas.

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian atau di alamat berikut:

D/A SK Hashim Awang
13200 Kepala Batas
Seberang Perai Utara
Tel : 04-5757640
Fax : 04-5759802

Read More »»

Monday, October 3, 2011

Pengumpulan maklumat Data PPPS DG 41 dan DG44 yang sudah berkhidmat 8, 9 dan 10 tahun 2012

. Monday, October 3, 2011
0 comments

KPM sedang mengumpul maklumat PPPS gred DG41 dan DG44 yang sudah berkhidmat selama 8, 9 dan 10 tahun pada tahun 2012. Guru-guru yang berikut diminta berjumpa dengan Pn Noorida di pejabat
1) PPPS DG41 TIDAK mempunyai pengalaman ex-PPPLD
2) PPPS DG41 yang mempunyai pengalaman ex-PPPLD
3) PPPS DG44 TIDAK mempunyai pengalaman ex-PPPLD
4) PPPS DG44 yang mempunyai pengalaman ex-PPPLD

Tarikh tutup : 11 OKT 2011

Read More »»

Friday, September 30, 2011

Permohonan Lawatan Persendirian Ke Luar Negara

. Friday, September 30, 2011
0 comments

Adalah dimaklumkan dan diperingatkan bahawa permohonan lawatan ke luar negara mesti dibuat selewat-lewatnya 3 minggu sebelum tarikh bertolak dan permohonan ke Negara China mesti dibuat 4 minggu sebelum tarikh bertolak.

Permohonan ke luar negara juga tidak dibenarkan selepas 26 Dis 2011

Harap maklum

Read More »»

Tuesday, September 27, 2011

Pertukaran Nama Sekolah

. Tuesday, September 27, 2011
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa yang beralamat di Jalan Timah, 10150 Georgetown, Pulau Pinang telah berubah nama kepada Sekolah Kebangsaan Tan Sri P.Ramlee.

Harap maklum

Read More »»

Monday, September 26, 2011

1M Charity Ride For Education

. Monday, September 26, 2011
0 comments

Date : 25 Sept 2011
Time : 7.30 am
Venue : Starits Quay

Read More »»

Friday, September 23, 2011

Pengisian Instrumen Standard Guru Malaysia

. Friday, September 23, 2011
0 comments

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti.

Oleh hal yang demikian, semua guru adalah dikehendaki mengisi instrumen Standard Guru Malaysia di http://apps.moe.gov.my/sgm/ .

Id pengguna : No Kad Pengenalan (Contoh : 770222071234)
kata laluan : 4 digit terakhir No KP (Contoh : 1234)

Tarikh akhir : 14 Okt 2011

Read More »»

Pengeluaran Sijil Kursus Induksi SSM

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Panel Penilaian Induk KISSM telah memutuskan bahawa sijil KISSM atas talian digunakan bagi menggantikan slip keputusan secara online dan sijil KISSM secara manual.

Harap maklum

Read More »»

Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO)

.
0 comments

KPM melalui Bahagian Pendidikan Guru telah bersetuju untuk melaksanakan PITO guru sekolah menengah. Maklamat program ini adalah untuk meningkatkan kualiti guru melalui pendekatan tambah opsyen (tanpa mengubah opsyen asal) dan untuk mengurangkan masalah isu mis match opsyen.

Bidang mata pelajaran yg ditawarkan : Sejarah, BM, KH, PJK dan Geo
Sasaran : guru Fizik, Kimia, Bio dan Matematik yg tidak mengajar opsyen

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.moe.gov.my atau http://apps1.moe.gov.my/bpg

Read More »»

Pengutipan Kad LDP (Kad Biru)

.
0 comments

PPD mengarahkan semua salinan kad LDP guru perlu dihantar untuk tujuan perekodan dalam Buku Perkhidmatan dua kali setahun. Kutipan pertama akan diadakan pada 30 Sept 2011 dan kali kedua adalah pada 31 Jan 2012.

Oleh hal yang demikian, semua guru diminta melengkapkan kad tersebut (setakat masa kini) dan meminta pentadbir mengesahkannya. Selepas itu buat salinan fotostat dan serahkan salinan kpd Pn Fadliyatul di pejabat selewat-lewatnya 30 Sept 2011.

Harap maklum

Read More »»

1Malaysia Ride For Education

.
0 comments

All teachers are required to attend the function above on 25 Sept 2011 (Sun) at Straits Quay, Tanjong Tokong. This function will be officiated by YAB Prime Minister of Malaysia.

Please be at school before 4.30 am on that day as transportations will be provided.
Thank you.

Read More »»

Penangguhan LDP

.
0 comments

Adalah dimaklumkan LDP yang dijadualkan pada 24 Sept 2011 ini telah ditangguhkan

Harap maklum

Read More »»

Tuesday, September 20, 2011

Seminar Keibubapaan

. Tuesday, September 20, 2011
0 comments

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Pulau Pinang akan menganjurkan satu seminar keibubapaan pada 30 Okt 2011. Seminar ini akan dikendalikan oleh 4 orang pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM150.

Guru-guru yang berminat boelh mendapatkan maklumat lanjut daripada PK Pentadbiran. Terima kasih

Read More »»

Latihan Dalam Perkhidmatan

.
0 comments

Satu Latihan Dalam Perkhidmatan Kendalian Sekolah akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 24 Sept 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat :
1) Pendaftaran di foyer sekolah (depan dewan)
2) Tempat LDP mengikut panitia masing-masing.

Harap maklum. Terima kasih

Read More »»

Wednesday, September 14, 2011

Program Kelayakan Profesional (NPQEL) sesi 2012 di IAB

. Wednesday, September 14, 2011
0 comments

IAB akan membuka permohonan Program NPQEL 2012 dari 1 hingga 30 Sept 2011 melalui laman web IAB di www.iab.edu.my

Guru-guru yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjutan di laman web di atas.

Terima kasih.

Read More »»

Permohonan Pertukaran Guru eGTukar

.
0 comments

Guru-guru yang mempunyai masalah mengakses talian e-GTukar, diminta datang sendiri dengan membawa dokumen yang berkenaan ke PKG Kalawai, Jalan Macalister mulai 12 - 15 Sept 2011 mulai jam 9 pagi hingga 12.30 tgh (Guru petang) dan 2.30 pm hingga 4.30 ptg (Guru pagi).

Selepas tarikh ini, guru-guru yang masih mempunyai masalah boleh menghubungi PPD di SK Perempuan Island

Harap maklum

Read More »»

Thursday, September 8, 2011

Smart Board Launching Ceremony

. Thursday, September 8, 2011
0 comments

CLHS will be implementing Smart Board System in 14 classes of F5 starting next year. This first phase of implementation will cost the School Board and PTA RM300,000. It is expected the system will be installed in all 100 classrooms and special rooms in the whole school in a few years time. The whole project will need a fund of not less than RM 2 million.

The launching ceremony was taken place on 7 Sept 2011 at 10.30am and was officiated by the school Board Chairman, Dato' Sri Tan Boon Ping and PTA Chairman , Mr P'ng Lai Heng.











Read More »»

Tuesday, September 6, 2011

Cuti Peristiwa

. Tuesday, September 6, 2011
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa 12 Sept 2011 (Isnin) merupakan cuti peristiwa sekolah kita sempena Perayaan Kuih Bulan. Cuti ini telah mendapat kelulusan JPN.

Harap maklum

Read More »»

Jamuan Hari Guru

.
0 comments

Jemaah Tadbir telah menetapkan tarikh berikut untuk meraikan Hari Guru peringkat sekolah.

Tarikh : 9 Sept 2011 (Jumaat)
Masa : 7.00 pm
Tempat : Dewan

Dminta semua guru yang telah mendaftar sebelum ini menghadiri jamuan ini dengan tepat masa. Terima kasih.

Read More »»

Perjumpaan Khas dgn Unit Uniform yang menggunakan markas

.
0 comments

Satu perjumpaan khas akan diadakan dengan unit-unit beruniform yang menggunakan markas sebagai tapak aktiviti seperti berikut :

Tarikh : 8 Sept 2011 (Khamis)
Masa : 2.05 pm
Tempat : Bilik Gerakan

Guru-guru penasihat bagi KRS, Boys Brigade, Kadet Polis, Kadet Bomba dan Pertahanan Awam wajib hadir.

Read More »»

Majlis Pelancaran Smart Board

.
0 comments

Satu majlis akan diadakan sempena upacara pelancaran Smart Board seperti berikut :

Tarikh : 7 Sept 2011 (Rabu)
Masa : 10.30 - 11.30 am
Tempat :Bilik Persidangan

Semua pentadbir sekolah wajib hadir dan semua ketua panitia yang ada masa lapang dijemput hadir.

Terima kasih

Read More »»

Monday, September 5, 2011

Kemasukan Markah Ke Dalam SAPS

. Monday, September 5, 2011
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa semua guru sudah boleh bermula untuk memasukkan markah Peperiksaan Percubaan PMR dan Ujian 2 ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) mulai sekarang sehingga pertengahan bulan Nov.

Para guru adalah dinasihati supaya memasukkan markah lebih awal untuk mengelak daripada kesibukan laluan pada saat-saat akhir.

Terima kasih.

Read More »»

Tempat Letak Kereta di Sisi Blok F

.
0 comments

Semua guru sesi pagi khususnya diminta jangan meletak kenderaan di tempat-tempat letak kenderaan di sisi Blok F kerana tempat-tempat itu dikhususkan untuk guru-guru petang. Peraturan ini berkuatkuasa mulai 6 Sept 2011.

Harap maklum

Read More »»

Blood Donation Campaign

.
0 comments

6th Form Society is organising a blood Donation Campaign as follow

Date : 6 Sept 2011 (Tues)
Time : 7.30 am - 12.30 pm
Venue : School Hall

Read More »»

Lawatan Penandaarasan SJKC Kwang Hwa

.
0 comments

Seramai 11 orang yang terdiri daripada Pengerusi Jemaah Tadbir, pentadbir-pentadbir sekolah dan ahli-ahli PIBG telah membuat satu lawatan pendaarasan ke sekolah kita seperti berikut:

Tarikh : 3 Sept 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Persidangan

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat School Managemant Sisitem dan perbincangan isu-isu PPSMI. Lawatan ini disambut oleh Pengetua, para ahli PIBG dan juga pentadbir-pentadbir sekolah







Read More »»

Friday, August 26, 2011

Pelaksanaan MP Sejarah sebagai MP Wajib Lulus SPM

. Friday, August 26, 2011
0 comments

Mengikut surat pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil 3 Tahun 2011, mata pelajaran Sejarah akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus dalam SPM mulai tahun 2013.

Mata pelajaran ini juga akan mula diperkenalkan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (ulangan) mulai tahun 2014.

Diminta semua guru mata pelajaran Tingkatan 1 - 5 memaklumkan para pelajar tentang pentingnya mata pelajaran ini untuk mendapatkan sijil SPM.

Terima kasih.

Read More »»

Wednesday, August 24, 2011

Peperiksaan Percubaan PMR kali ke 2

. Wednesday, August 24, 2011
0 comments

Pihak sekolah membuat keputusan untuk melaksanakan Peperiksaan Percubaan kali ke 2 pada tarikh berikut :

13 – 15 Sept 2011 dan 19 – 21 Sept 2011

Tujuan utama peperiksaan ini diadakan adalah untuk mengekalkan "momentum" pelajar ke arah PMR yang akan berlangsung tidak lama lagi. Kertas soalan akan disediakan oleh pihak sekolah nanti.

Kerjasama dan sokongan daripada semua guru berkenaan diawalkan dengan ucapan terima kasih.

Read More »»

Latihan Kebakaran

.
0 comments

Tarikh : 22 Ogos 2011

Masa : 8.10 pagi










Read More »»

Tuesday, August 23, 2011

Kolokium

. Tuesday, August 23, 2011
0 comments

Terdapat dua kolokium yang akan dikendalikan oleh RECSAM seperti berikut

1) "Language and Assessment of Science in Education : Implication and Validity"
Tarikh : 5 Sept 2011 (Isnin)
Masa : 2.30 - 4.30 pm
Tempat : Auditorium SEAMEO RECSAM

2) "Innovative Strategies for Helping Children Solve Chalenging Mathematical Problems at Lower/Upper Primary Levels"
Tarikh : 20 Sept 2011 (Lower Primary Level) dan 18 Okt 2011 (Upper Primary Level)
Masa : 2.30 - 4.30 pm
Tempat : SEAMEO Hall, Recsam

Guru-guru yang berminat boleh menghubungi Pn Lee Hui Chee untuk pendaftaran
Terima kasih.

Read More »»

Kaedah Pelaksanaan Tapisan Keselamatan

.
0 comments

Satu pekeliling Surahanjaya Perkhidmatan Pelajaran berkenaan dengan kaedah pelaksanaan tapisan keselamatan bagi pegawai perkhidmatan pelajaran boleh dirujuk di pautan berikut:
Pekeliling SPP Bil 1 Tahun 2011

Read More »»

Monday, August 22, 2011

Program Sekolah Hijau

. Monday, August 22, 2011
0 comments

Tarikh : 18 Ogos 2011

Masa : 12.30 tgh

Perasmi : En P'ng Lai Heng, YDP PIBG







Read More »»

Friday, August 12, 2011

Program Potongan Gaji utk Tabung KWAMP

. Friday, August 12, 2011
0 comments

Seperti yang sedia maklum KWAMP (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) telah ditubuhkan mulai 2003 dan bertujuan untuk membantu meringankan bebanan golongan miskin dan memastikan pelajar-pelajar tidak tercicir daripada persekolahan.

KPM menggalakkan semua kakitangan kerajaan untuk menyumbang kepada tabung ini dengan memotong gaji bulanannya dengan nilai minimum RM1.00/bulan. Kakitangan yang berminat boleh menghubungi pejabat sekolah untuk menguruskan perkara ini.

Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada papan kenyataan pejabat.

Read More »»

Pertukaran Guru sesi Januari 2012

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa sesi pertukaran guru Jan 2012 akan bermula dari 1 - 30 Sept 2011 melalui sistem e-GTukar di laman web KPM di http://www.moe.gov.my atau http://apps.emoe.gov.my/epgo

Permohonan secara online dibuka kepada semua guru bergred DGA29, DGA32 (KUP), DG41, DG 44 (KUP) dan DG48(KUP) sahaja. Manakala Guru Cemerlang dan guru berjawatan naik pangkat hakiki perlu memohon dengan menggunakan borang manual (berasaskan excel) yang boleh diperolehi dari laman web e-GTukar dan dihantar ke JPN melalui sekolah.

Harap maklum

Read More »»

Program Pembangunan Talent KPM

.
0 comments

IAB telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan initiatif talent scouting sebagai langkah awal untuk melaksanakan Program Pembangunan Talent KPM. Sehubungan itu, guru-guru yang bergred DG48 dan DG52 boleh melayari laman web IAB di http://www.iab.edu.my untuk mendapat maklumat lanjut dan borang permohonan.

Tarikh tutup permohonan : 15 Ogos 2011

Read More »»

丘明昶校董后裔到访

.
0 comments

丘明昶校董后裔一行十多人,于2011年7月18日远道从中国来到钟灵中学到访,受到学校董事与校长的迎接。

Satu rombongan China yang terdiri daripada cucu dan cicit salah seorang pengasas sekolah ini telah membuat lawatan ke sekolah pada 18 Julai 2011.





Read More »»

Wednesday, August 10, 2011

Mesyuarat Guru 3/2011

. Wednesday, August 10, 2011
0 comments

Mesyuarat Guru yang ke 3 tahun 2011 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 20 OGOS 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Yu Xiu

Harap maklum

Read More »»

Tuesday, August 9, 2011

Pindaan Tarikh Peperiksaan Akhir Tahun

. Tuesday, August 9, 2011
0 comments

Tarikh Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tingkatan 1, 2 , 4 dan 6 Bawah tahun ini terpaksa dipinda kepada satu tarikh yang lebih awal untuk menyesuaikan tarikh peperiksaan kita dengan tarikh pengutipan data peperiksaan yang dijangka akan bermula pada 11 Nov 2011.

Tarikh Peperiksaan : 03/10/11 – 14/10/11
Tarikh akhir penyerahan markah : 8/11/11

Harap maklum

Read More »»

Monday, August 8, 2011

Jamuan Hari Guru (Pindaan)

. Monday, August 8, 2011
0 comments

Lembaga Tadbir Sekolah telah meminda tarikh jamuan hari guru seperti berikut:

Tarikh : 9 Sept 2011 (Jumaat)
Masa : 7.00 malam
Tempat : Dewan Sekolah

Jenis makanan yang disediakan termasuk yang halal, vegetarian dan tidak halal. Guru-guru yang boleh hadir jamuan tersebut diminta mendaftar nama dengan PK Petang atau Ketua Bidang masing-masing selewat-lewatnya 12 Ogos 2011 (Jumaat)

Read More »»

Tuesday, August 2, 2011

鍾靈之光

. Tuesday, August 2, 2011
0 comments

星洲日报8月2日讯

大馬“流失”的人才再創佳績名揚獅城,中學恩師也獲表揚!

來自檳城鍾靈中學的優秀生吳南財,4年前以傑出成績畢業後,立刻被新加坡南洋理工大學獻上優渥獎學金招攬,錄取成為該校中文系第三屆新生

4年後,他又以傑出的成績,成為南大“許文輝學術獎”其中一名得主。以接近滿分畢業的他,和其他21人獲得新加坡總統納丹親自頒發證書及書卷獎,為國爭光。

更有意義的是,這位中文系高材生除了自己上台領獎外,也推薦了母校恩師——檳城鍾靈中學華文科主任陳倫瑛成為領獎者之一,並邀請後者從檳島飛到新加坡,一起和他上台接受嘉獎。原因是:“這是中學時期對我影響最深的教師!”


恭喜吴同学与陈伦瑛老师!

Read More »»

Monday, August 1, 2011

Jamuan Hari Guru (oleh Lembaga Tadbir Sekolah)

. Monday, August 1, 2011
0 comments

Lembaga Tadbir Sekolah telah menetapkan tarikh berikut untuk meraikan Hari Guru gabungan 3 buah sekolah Chung Ling :

Tarikh : 3 Sept 2011 (Sabtu)
Masa : 7.00 malam
Tempat : Dewan Sekolah

Jenis makanan yang disediakan termasuk yang halal, vegetarian dan tidak halal. Guru-guru yang boleh hadir jamuan tersebut diminta mendaftar nama dengan PK Petang atau Ketua Bidang masing-masing selewat-lewatnya 5 Ogos 2011 (Jumaat)

Read More »»

签署缔结合作交流学校备忘录

.
0 comments

臺北市立建國高級中學徐建國校长在7月27日早上11时到访本校,并签署缔结合作交流学校备忘录。


The principal of Taipei Municipal Jianguo High School has signed an MOU with Chung Ling on 27 July 2011 (Wed) to establish a bilateral relationship between two schools.
Jinguo High School is one of the top schools in Taiwan.




Read More »»