Friday, March 30, 2012

Urusan Pemangkuan PPPLD DGA32 ke DGA34 tahun 2012

. Friday, March 30, 2012
0 comments

Sukacita dimaklumkan bahawa KPM akan mengadakan urusan pemangkuan PPPLD gred DGA32 ke DGA34 (Bidang Umum, Cina dan Tamil) bagi mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat DGA34 seperti Guru Besar, pegawai di JPN/PPD jawatan-jawatan lain di KPM tahun 2012.
Guru-guru yang berminat boleh mendapat maklumat serta dokumen bagi perakuan tersebut di alamat http://www.jpnpenang.edu.my Tarikh tutup 13 April 2012.

Read More »»

Tuesday, March 27, 2012

Makluman : Pengiraan 10% Markah Kokurikulum

. Tuesday, March 27, 2012
0 comments

Semua guru boleh merujuk kepada KOKU untuk mendapat maklumat lanjut tentang cara pengiraan 10 markah kokurikulum. Boleh menghubungi En Cheah Kok Kheng sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.

Read More »»

PERSIDANGAN ANTARA BANGSA KESELAMATAN DAN KESIHATAN KEDUA

.
0 comments

Semua guru adalah wajib menyertai persidangan di atas yang bertarikh 30 dan 31 Mac 2012 kerana DUA hari ini akan diambilkira sebagai Latihan Dalam Perkhidmatan bagi semua guru.

Sila rujuk program untuk maklumat lanjut

Read More »»

Monday, March 26, 2012

Permohonan Program NPQEL

. Monday, March 26, 2012
0 comments

Sukacita dimaklumkan bahawa IAB akan menganjurkan Program Kelayakan Untuk Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) bagi pegawai perkhdimatan pendidikan yang layak. Sila layari http://www.iab.edu.my untuk memohon dan mendapat maklumat lanjutan.

Read More »»

Tuesday, March 20, 2012

Pengoperasian Standard Guru Malaysia

. Tuesday, March 20, 2012
0 comments

Bahagian Pendidikan Guru KPM sedang melaksanakan Pengoperasian Standard Guru Malaysia (SGM) kepada semua warga pendidik. Sehubungan itu, semua guru wajib membuat penarafan kendiri dengan menjawab item-item dalam instrumen SGM sebelum 31 Mac 2012. SGM boleh diakses di http://apps.moe.gov.my/sgm .

Guru-guru yang telah membuat penarafan kendiri diminta membuat pengakuan di senarai nama yang terletak di kaunter pejabat.

Harap maklum

**TERKINI: Guru-guru dikehendaki mencetak keputusan penilaian dan menghantar satu salinan ke pejabat.

Read More »»

Pertukaran Guru sesi Jun 2012

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa pertukaran guru antara negeri, antara dan dalam daerah bagi sesi Jun 2012 melalui sistem e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 30 April 2012.
Pemohon boleh memohon melalui laman web di http://www.moe.gov.my atau http://apps.emoe.gov.my/epgo

Read More »»

Wednesday, March 7, 2012

Tema Hari Guru 2012

. Wednesday, March 7, 2012
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa tema Hari Guru tahun 2012 telah ditetapkan sebagai "GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA".

Sehubungan itu, satu pertandingan mencipta lagu tema hari guru telah diadakan. Guru-guru yang berminat boleh menghubungi pegawai JPN (Hj Abd Rahim b Md Radzi) di 019-4449109.

Harap maklum

Read More »»

Thursday, March 1, 2012

Pengemaskinian Data e-Operasi

. Thursday, March 1, 2012
0 comments

Semua guru diwajibkan melayari laman web di http://apps.moe.gov.my/eoperasi/ untuk mengemaskini data peribadi. Pengemaskinian data mesti dijalankan sebelum 9 Mac 2012.

Sebarang kesilapan yang perlu diperbetulkan boleh dilakukan di Pusat Sumber Guru seperti berikut:

8 Mac 2012 (Khamis) : 10.30 pg - 1.30 tgh
9 Mac 2012 (Jumaat) : 8.30 pg - 11.30 pg

Selepas pengemaskinian data, semua guru dikehendaki membuat pengakuan bahawa data telah dikemaskini dengan menandatangani senarai nama yang disediakan di kaunter pejabat.

Harap maklum

Read More »»

Pencalonan Petugas Peperiksaan SPM dan STPM

.
0 comments

Seperti biasa pihak sekolah akan mencalonkan sebilangan guru-guru untuk mengawas peperiksaan SPM dan STPM tahun ini. Senarai pencalonannya boleh dirujuk di rekod pengawasan SPM dan STPM 2012.

Sekian, terim kasih.

Read More »»