Monday, December 29, 2014

Kenyataan Akhbar KPM Berkenaan PT3

. Monday, December 29, 2014
0 comments

Disisipkan bersama ini adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan PT3, 2014. 

Semua guru diminta membaca dan memahaminya supaya penerangan yang jelas dapat diberikan kepada waris.

Terima kasih

Read More »»

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015

.
0 comments

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.



Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Read More »»

Friday, December 26, 2014

Bahan-bahan perkembangan pelaksanaan PBS

. Friday, December 26, 2014
0 comments

Disisipkan bersama ini bahan-bahan penerangan berkenaan perkembangan pelaksanaan PBS untuk perkongsian ilmu bersama dengan personalia-personalia pentaksiran di sekolah.. 

T Diharapkan perkongsian ilmu ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai perkembangan pelaksanaan PBS dan dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan PBS dengan lebih baik. 


Kerjasama tuan di dalam hal ini didahulukan dengan ucapan terima kasih. 

Read More »»

Semakan Keputusan Program Transformasi Minda (PTM) 2014

.
0 comments

Kepada yang berkenaan

Salam Sejahtera
Sukacita dimaklumkan bahawa Keputusan Program Transformasi Minda boleh disemak dan dicetak di http://apps2.moe.gov.my/smg/ptm/?doit=semakKeputusan .

Read More »»

Penggunaan E-Lampiran A : Kemudahan Insurans Kesihatan & Perjalanan Ke Luar Negara

.
0 comments

Dimaklumkan bahawa e_lampiran A adalah satu kemudahan web yang dihasilkan bagi memudahkan Pegawai Perkhidmatan Awam menjana Lampiran A secara elektronik apabila ingin mendapat kemudahan insurans kesiharan dan perjalanan bagi tujuan lawatan/percutian persendirian ke luar negara.

Borang e_lampiran A yang telah lengkap hendaklah dicetak dan dikepilkan bersama Borang Permohonan Perjalanan Pegawai Awam ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian (Lampiran 1) untuk dihantar ke Unit Pentadbiran bagi mendapatkan kelulusan Pengarah Pendidikan selewat-lewatnya 21 hari bekerja sebelum tarikh bertolak

Bersama-sama dengan ini disertakan Panduan Penggunaan e-Lampiran A untuk rujukan dan tindakan semua staf.

Read More »»

Monday, December 22, 2014

Latihan Dalam Perkhidmatan 2015/1

. Monday, December 22, 2014
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa satu Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Kendalian Sekolah akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh              :           2 JAN 2015


Masa                :           7.00 pg  hingga 1.00 ptg

Tempat            :           Dewan Yu Xiu

Tajuk               :           1)  Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB)
                                    2)  Sarana Ibu Bapa dan Sekolah

Dengan ini, semua staf diwajib hadir.

Terima kasih

Read More »»

Mesyuarat Guru 2015/1

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Guru Pertama bagi sesi tahun 2015 akan diadakah seperti berikut

Tarikh : 29 Dis 2014 (Isnin)
Masa : 7.30 (pendaftaran bermula)
Tempat : Dewan Yu Xiu

Kehadiran guru adalah wajib.

Bersama-sama dengan ini dilampirkan minit Mesyuarat Guru ke 4 bagi sesi tahun 2014 untuk rujukan tuan/puan. Adalah dimaklumkan bahawa sudah jadi polisi sekolah ini salinan bercetak minit TIDAK dibekalkan semasa mesyuarat.

Sekian, terima kasih.


Read More »»

Monday, November 24, 2014

Penandarasan SMJK Jit Sin

. Monday, November 24, 2014
0 comments

Pentadbir-pentadbir daripada SMJK Jit Sin telah membuat satu lawatan penandaarasan ke sekolah kita pada 19 Nov 2014. Rombongan yang seramai 9 orang itu diketuai oleh Pengetua SMJK Jit Sin. En Tor Peng Chiang. Mereka singgah di sekolah kita dari 8.00 am - 10.30 am dan disambut baik oleh En Teh Min Hwa dan para pentadbir sekolah.

Tujuan utama mereka datang ke sekolah adalah untuk mengetahui lebih lanjut lagi berkenaan perhubungan antara bangsa.





Read More »»

Sunday, November 23, 2014

E - Lampiran A (Permohonan insurans Kesihatan & Perjalanan ke luar negara secara atas talian)

. Sunday, November 23, 2014
0 comments

Dilampirkan surat e - Lampiran A dan panduannya untuk tujuan permohonan insurans kesihatan dan perjalanan ke luar negara atas urusan persendirian secara atas talian bagi rujukan dan tindakan tuan/puan.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Monday, November 17, 2014

何润贵老师荣休Persaraan En Ho Yeon Kooi

. Monday, November 17, 2014
0 comments

何润贵老师自2003年4月1日服务母校至今已11年7个月。如今,他将在2014年11月25日正式退休,我们祝他身体健康,退休生活愉快。






Read More »»

Thursday, November 13, 2014

Pelaporan Pentaksiran Sekolah - Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid

. Thursday, November 13, 2014
0 comments

Merujuk kepada surat siaran Lembaga Peperiksaan dengan rujukan KP/KPM/LP/JLD 3 (17) bertarikh 30 Oktober 2014 bertajuk Pelaporan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2014.

JPN/PPD hendak mengingatkan semua guru untuk memenuhi ruangan skor murid untuk ujian sekolah di dalam Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid. 

Kerjasama tuan di dalam hal ini didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Read More »»

Selamat Tinggal, Pn Ida

.
0 comments

Pn Nooraida Bt Murad yang berkhidmat di sekolah ini sejak 1 Ogos 2003 telah bertukar ke SK Sg Nyior Seberang Perai mulai 10 Nov 2014.


Kita mengucapkan selamat tinggal dan selamat maju jaya kepada Pn Ida.

Read More »»

Wednesday, November 12, 2014

Cadangan Tema Hari Guru 2015

. Wednesday, November 12, 2014
0 comments

KPM sedang mempelawakan cadangan Tema Hari Guru  2015 daripada kalangan guru-guru. 

Cadangan hendaklah menggunakan borang yang dilampirkan dan dihantar kepada Ketua Unit Pendidikan Dan Pencegahan Dadah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (u/p: Encik Mohd Jamil Bin Othman) sebelum 30 November 2014.
Sekian terima kasih.

Read More »»

Perlantikan Ketua Bidang Sains dan Matematik

.
0 comments

Dengan sukacitanya, adalah diumumkan bahawa En Khor Chin Soon telah dilantik oleh Jabatan Pelajaran Pulau Pinang sebagai Ketua Bidang Sains dan Matematik DG 44 (Hakiki) mulai 15 Okt 2014


Read More »»

Wednesday, November 5, 2014

Penghantaran Laporan dan Foto Pencapaian Pertandingan

. Wednesday, November 5, 2014
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa semua pencapaian pertandingan (apa-apa peringkat pun) mesti disediakan laporan yang berserta gambar-gambar ke alamat email buletinchungling@gmail.com seminggu selepas tarikh pertandingan tersebut.

Oleh sebab laporan ini adalah kegunaan penerbitan buletin sekolah, seeleok-eleoknya mesti ditulis dalam Bahasa Cina.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Pemilihan pemain untuk Kejohanan PESSCA Peringkat Negeri Pulau Pinang 2014

.
0 comments

KEPADA SEMUA AHLI PESSCA DAERAH TIMUR LAUT YANG BERMINAT UNTUK MEWAKILI PESSCA PULAU PINANG DI DALAM ACARA-ACARA BERIKUT DIMINTA UNTUK MENGHADIRI PEMILIHAN DI ATAS PADA MASA ,TEMPAT DAN TARIKH YANG DITETAPKAN .

PEMILIHAN INI ADALAH UNTUK AHLI-AHLI PESSCA DAERAH TIMUR LAUT SAHAJA.
KEPADA YANG BERMINAT TETAPI TIDAK MENJADI AHLI, DIKEHENDAKI MENJADI AHLI PESSCA TERLEBIH DAHULU UNTUK MELAYAKKAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN MENYERTAI PEMILIHAN INI.

HARAP MAKLUM DAN TERIMA KASIH.

Read More »»

Friday, October 31, 2014

Jadual kerja baharu PT3

. Friday, October 31, 2014
0 comments

Disertakan surat pindaan tarikh mesyuarat penyelarasan skor bagi PT3 untuk rujukan dan tindakan semua guru yang terlibat

Semua guru dipohon untuk mengambil perhatian tarikh-tarikh penting di dalam lampiran 2 berkenaan jadual kerja yang baharu di dalam surat yang dilampirkan. 

Sekian, terima kasih

Read More »»

Wednesday, October 29, 2014

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah 2014

. Wednesday, October 29, 2014
0 comments

Tarikh : 27 OKT 2014







Read More »»

2014年毕业典礼Majlis Tamat Pengajian

.
0 comments

Date : 24 Oct 2014

Read More »»

Monday, October 20, 2014

2014年庆功宴Majlis Jamuan Kecemerlangan Gerko 2014

. Monday, October 20, 2014
0 comments

Tarikh : 17 OKT 2014

Read More »»

Tarikh-tarikh Penting 2014

.
0 comments

Tarikh akhir
Tarikh akhir bagi
Tindakan
31 Okt 2014
Penyerahan borang prestasi, LNPT 2014 dan salinan kad pengenalan/buku akaun bank kpd PK Petang dan Ketua Bidang
Semua staf
17 – 19 Nov 2014
Kemasukan Prestasi Ujian Bertulis PT3 ke dalam sistem
Guru-guru Tingkatan 3 yang terlibat
21 Nov 2014
Penyerahan Buku Persediaan Mengajar, senarai semak dan BPT kepada Pn Rukumani di pejabat
Semua guru
21 Nov 2014
Tarikh akhir untuk kemasukan prestasi PBS Tingkatan 1 – 3
Guru matapelajaran Tingkatan 1 – 3
21 Nov 2014
Penyerahan Fail LDP ke pejabat (kotak disediakan) Kandungan fail termasuk kad biru dan dokumen-dokumen sokongan
Semua staf
28 Nov 2014
Penyerahan markah dan kemasukan markah ke dalam SMS dan SAPS
Guru mata pelajaran
15 Dis 2014

Pendaftaran pelajar Tingkatan 1
PK Petang & guru-guru yang berkenaan
29 – 31 DIs 2014
Persediaan Sesi Persekolahan 2015
Semua guru kena hadir di sekolah  dari 7.30 pagi – 1.30 tgh
29 Dis 2014
(Isnin)
Mesyuarat Guru 1/2015 (7.45 pagi)
Semua guru
Mesyuarat JKKS 1/2015 (11.00 am)
AJK JKKS
30 Dis 2014
(Selasa)
Persediaan Bilik Darjah (9.00 – 12.00 pm)
Guru Tingkatan dan pelajar-pelajar
Mesyuarat Panitia 1/2015 (12.30 - 1.30 pm)
Semua guru
31 Dis 2014
(Rabu)
Orientasi Pelajar Tingkatan 1
Latihan Dalam Perkhidmatan*
Guru-guru yang berkenaan
2 Jan 2015
(Jumaat)
Persediaan sesi persekolahan baru tahun 2015
semua guru
Program Pembudayaan Sekolah Guru Baru
Guru-guru baru

Read More »»

Tuesday, October 14, 2014

Takwim Sekolah 2015

. Tuesday, October 14, 2014
0 comments

Bersama-sama ini disertakan takwim persekolahan bagi sesi tahun 2015.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Makluman Penangguhan Pelaksanaan Kursus i-Think

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa Kursus i-THINK Dalam Talian (KiDT) ditangguhkan pelaksanaannya pada tahun ini dan akan dilaksanakan pada tahun 2015 secara talian dan luar talian (offline)

Harap maklum

Read More »»

Monday, October 13, 2014

Mesyuarat Guru ke 4 Tahun 2014

. Monday, October 13, 2014
0 comments

Mesyuarat Guru yang ke 4 bagi tahun 2014 akan dijalankan seperti berikut :

Tarikh : 18 Okt 2014 (Sabtu)
Masa : 8.00 - 10.30 pagi (Pendaftaran bermula 7.30 pagi)
Tempat : Dewan Yu Xiu

Guru-guru dipohon memuat turun minit mesyuarat sendiri kerana tiada salinan hardcopy yang akan dibekalkan.

Memandangkan mesyuarat dijangka akan tamat pada 10.30 pagi, jadi sarapan TIDAK akan dibekalkan.

Harap maklum

Read More »»

Thursday, October 9, 2014

Jadual Pengawasan PT3 tahun 2014

. Thursday, October 9, 2014
0 comments

Dengan ini dilampirkan Jadual Pengawasan PT3 bagi tahun 2014 yang akan berlangsung dari 13 - 16 OKT 2014.

Bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup, salah satu orang daripada dua orang guru yang memasuki satu kelas akan dijadikan guru ganti di kelas yang lain.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Tuesday, October 7, 2014

数理科主任傅彩丝师荣休Retirement of Mdm Poh Chai See

. Tuesday, October 7, 2014
0 comments

Date: 3 October2014

傅彩丝主任于2014年10月3日正式荣休。傅主任自1987年1月开始在母校服务了27年,不辞劳苦,循循善诱,把大半生献给了锺灵。感激她,希望她退休后健康快乐!





Read More »»

Tuesday, September 30, 2014

Rekod Kehadiran Tingkatan 5 dan 6 Atas

. Tuesday, September 30, 2014
0 comments

Semua Guru Tingkatan T5 & T6A diminta menghantar 1 senarai nama kelas yang mengandungi jumlah hari KETIDAKHADIRAN TANPA SEBAB kepada  En. Teh Min Hwa pada atau sebelum 3 OKT 2014.

Tarikh akhir diambil kira ialah 30 September 2014.

Maklumat berkenaan diperlukan untuk tujuan memproses gred kelakuan pelajar untuk tujuan Majlis Tamat Pengajian

Read More »»

Monday, September 29, 2014

Latihan Dalam Perkhidmatan

. Monday, September 29, 2014
0 comments

Satu Latihan Dalam Perkhidmatan Kendalian Sekolah telah diadakan seperti berikut

Tarikh : 27 Sept 2014 (Sabtu)
Masa : 7.30 - 2.00 pm
Tempat Kolej PTPL, Jalan Anson, Pulau Pinang






Read More »»

Majlis Tamat Pengajian 2014

.
0 comments

Dimaklumkan bahawa Upacara Panamatan Pengajian pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6 Atas akan diadakan seperti berikut:

Tarikh                                    : 24 Okt 2014 (Jumaat)
Masa                                       : 10:00 pagi
Tempat                                   : Dewan Sekolah

Dengan ini satu mesyuarat berkenaan perkara tersebut akan diadakan pada 30 Sept 2014 (Selasa) jam 2.05 pm di Bilik Persidangan. 

Semua Penolong Kanan, Ketua Bidang dan Ketua AJK diwajibkan menghadiri mesyuarat tersebut. Senarai AJK dilampirkan. 



Read More »»

Saturday, September 27, 2014

Program i-THINK

. Saturday, September 27, 2014
0 comments

Satu taklimat berkenaan dengan Program i THINK telah diadakan pada 27 Sept 2014. Taklimat ini telah disampaikan oleh Penyelaras program ini, Cik Tan Boon Yeang





Bersama- sama dengan ini dilampirkan bahan taklimat i-THINK bagi rujukan semua. Diminta semua guru supaya melaksanakan modul-modul di dalam program ini sebelum cuti sekolah bermula.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Wednesday, September 24, 2014

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK TINGKATAN 3 TAHUN 2014

. Wednesday, September 24, 2014
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa Pentaksiran Psikometeri bagi Tingkatan 3 tahun 2014 akan berlangsung pada 25 Spet 2014 (Khamis) seperti berikut :

KERTAS 1 (KECEKAPAN)
Bahagian A
Verbal Linguistik BM dan BI
7.45 am – 8.45 am (1 jam)
REHAT (di bilik darjah)  
8.45 am – 9.00 am(15 minit)
Bahagian B
Logik Matematik & Visual Ruang
9.00 am – 9.50 am (50 minit)
PELAJARAN SEPERTI BIASA  
9.50 am – 10.45 am
KERTAS 2 (PERSEPSI)  
Pelbagai Kecerdasan  
11.15 am – 12.00 pm(45 minit)
Pemeriksaan Kertas oleh pelajar  bersama guru pengawas
12.00 – 12.20 pm
INVENTORI MINAT KERJAYA 2
12.30 – 1.10 pm (40 minit)
Pemeriksaan Kertas oleh pelajar  bersama guru pengawas
1.10 – 1.20 pm

Guru-guru yang memasuki kelas Tingkatan 3 diminta mengendalikan pentaksiran ini seperti yang ditaklimatkan pada 23 Sept 2014. Untuk maklumat lanjut, guru-guru boleh merujuk kepada surat siran yang dilampirkan.


Read More »»

Tuesday, September 23, 2014

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI KOLEJ PTPL

. Tuesday, September 23, 2014
0 comments

Dengan ini dimaklumkan bahawa latihan tersebut di atas dijalankan seperti berikut

Tarikh              :           27 Sept 2014 (Sabtu)
Masa                :           7.30 am – 2.00 pm
Tempat            :           Kolej PTPL, Jalan Anson, Pulau Pinang

Semua staf boleh menguruskan pengangkutan sendiri. Pihak kolej telah bersetuju untuk menyediakan 70 buah tempat letak kereta bagi kita. Jadi, digalakkan berkongsi kereta

Semua peserta yang menyerah wang makanan diminta menyediakan bekas makanan ( food container) dan alat makan (sudu/camca)sendiri

Semua staf diminta INGAT KUMPULAN masing-masing

SURAT PANGGILAN

Read More »»

Monday, September 22, 2014

Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah ke 4 tahun 2014

. Monday, September 22, 2014
0 comments

Mesyuarat JKKS ke 4 bagi tahun 2014 akan dijalankan seperti berikut :

Tarikh : 2 Okt 2014 (Khamis)
Masa : 2.10 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat

Makan tengahari akan disediakan mulai 1.00 pm di Bilik Makan Guru. Semua AJK wajib hadir

Terima kasih

Read More »»

Friday, September 12, 2014

Persidangan Pendidikan

. Friday, September 12, 2014
0 comments

Para guru yang berminat untuk menyertai persidangan-persidang berikut, diminta mendapat maklumat lanjutan di sini. 

A. PERSIDANGAN PENGGUNAAN PERANTI iPAD, 27 - 28 SEPTEMBER 2014 

B. PERSIDANGAN GOOGLE APPS FOR EDUCATION, 8 - 9 NOVEMBER 2014

Sekian, terima kasih

Read More »»

Thursday, September 11, 2014

Jamuan Malam Hari Guru 2014

. Thursday, September 11, 2014
0 comments

Jemaah Pentadbir Sekolah telah menganjurkan satu Jamuan Malam sempena Hari Guru 2014 di dewan kita pada 5 Sept 2014. Aktiviti ini turut disertai oleh staf dari SMJK Chung Ling Butterworth dan SM (Persendirian) Chung Ling. Tahun ini merupakan giliran kita menjadi penganjur.

Pihak sekolah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kaish kepada semua pengerusi PIBG yang bukan setakat menghulurkan bantuan kewangan tetapi juga turut memainkan peranan utama dalam urusan penganjuran jamuan tersebut.

Read More »»

Wednesday, September 10, 2014

Taklimat Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

. Wednesday, September 10, 2014
0 comments

Tarikh : 4 Sept 2014





Read More »»

Jadual Waktu, Jadual Kerja dan Peraturan Pentadbiran Ujian Bertulis PT3 tahun 2014

.
0 comments

Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menetapkan ujian bertulis bagi PT 3 dilaksanakan dari 13 hingga 16 Okt 2014.

Dilampirkan surat siaran tersebut bagi rujukan semua guru.

Read More »»

Perhimpunan Pagi

.
0 comments

Perhimpunan-perhimpunan pagi akan berlangsung seperti berikut :

1) Tarikh : 23 Sept 2014 (Selasa)
Tingkatan : 3 dan 5

2) Tarikh : 24 Sept 2014 (Rabu)
Tingkatan : 4 dan 6

Harap maklum

Read More »»

Wednesday, September 3, 2014

Makluman Awal Pemantauan JNJK berkenaan PBS 2014

. Wednesday, September 3, 2014
0 comments

Dimaklumkan bahawa pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti akan mengadakan pemantauan berkenaan pelaksanaan PBS di semua sekolah. Berikut adalah fasa-fasa lawatan pemantauan ini:

  • Fasa 1: 7-12 September 2014 (120 sekolah)
  • Fasa 2: 28/9-3/10/2014 (120 sekolah)
  • Fasa 3: 12/10-17/10/2014 (120 sekolah)
Sehubungan dengan itu semua guru yang terlibat dimohon bersedia untuk lawatan pemantauan pihak Jemaah Nazir. Semua guru  juga dipohon untuk meneliti dokumen-dokumen (Instrumen C dan Instrumen D) yang dilampirkan bagi memudahkan persiapan untuk lawatan ini. 

Kerjasama tuan dalam hal ini didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Read More »»

Monday, September 1, 2014

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

. Monday, September 1, 2014
0 comments

Satu taklimat akan dijalankan berkenaan perkara di atas seperti berikut :

Tarikh : 4 Sept 2014 (Khamis)
Tempat : Auditorium

Sesi Pertama (bagi guru-guru petang)
Masa : 10.30 am - 12.00 pm

Sesi Kedua (bagi guru-guru pagi)
Masa : 2.15 pm - 3.45 pm

Semua guru adalah wajib hadir. Guru-guru dinasihati merujuk kepada manual yang dilampirkan sebelum menghadiri taklimat.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Friday, August 29, 2014

Selamat Bercuti dan Selamat Bersara Pn Wong

. Friday, August 29, 2014
0 comments

Pn Wong Laddee yang mula berkhidmat di SMJK Chung Ling dari 22 Jun 2009 akan bersara pada 18 Nov 2014. Walau bagaimanapun, oleh sebab cuti yang dikumpulkan oleh belaiu begitu banyak sekali, beliau akan mulai bercuti 2 Sept 2014.

Kita mengucapkan Selamat Bercuti dan Selamat Bersara kepada Pn Wong





Read More »»

Thursday, August 28, 2014

CLHS Paying Respect to MH17

. Thursday, August 28, 2014
0 comments

Date : 22 Aug 2014 (Fri)
Time : 10.40 am




Read More »»

PISA MOCK TEST FASA 3

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa mock test bagi fasa 3 akan berlangsung seperti di bawah

Tarikh : 3 Sept 2014 (Rabu)
Masa : 7.55 am hingga 12.35 pm
Sasaran : Pelajar Tingkatan 3

Dengan ini
1) Guru waktu pertama yang memasuki kelas Tingkatan 3 dikehendaki mengambil kertas soalan di Bilik Gerakan dan memulakan ujian mengikut masa yang ditetapkan.
2) Guru mata pelajaran yang memasuki kelas waktu 12.20 - 12.55 pm dikehendaki menamatkan ujian dan memulangkan skrip jawapan ke Bilik Gerakan.
3) Guru mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris bagi Tingkatan 3 dikehendaki menuntut skrip jawapan kelasnya daripada S/U Peperiksaan, Pn Chua Geok Kuan di Bilik Gerakan pada hari yang sama.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Wednesday, August 27, 2014

Pertukaran Guru Sei Januari 2015

. Wednesday, August 27, 2014
0 comments

Sistem eGTukar akan dibuka mulai 1 hingga 30 Sept 2014 bagi memudahkan permohonan pertukaran guru antara bahagian/negeri, antara daerah dan dalam daerah dijalankan bagi sesi Jan 2015.

Guru-guru boleh membuat permohonan di http://apps.moe.gov.my/epgo/

Guru-guru yang memohon dikehendaki mencetak dan menghantar senarai sepadu pengesah dan pengesahan permohonan muka suratb 6 serta dokumen sokongan kepada Pn Noraida di pejabat sekolah.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Thursday, August 21, 2014

KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN (KPSK)TAHAP 1

. Thursday, August 21, 2014
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Majlis Sukan negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) Tahap 1 bagi tahun 2014 pada ketetapan seperti
berikut:-

 Tarikh       :        22-26 September 2014
 Masa        :        8.00 Pagi - 6.00 Petang
 Tempat     :        Bilik Cemerlang , Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

2. Sekiranya pihak tuan/puan berminat untuk menyertai kursus ini, sila isikan borang pendaftaran dan kembalikan bersama bayaran (RM 120.00) kepada pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sebelum 29 Ogos 2014.

Sekian, terima kasih

Read More »»