Friday, August 29, 2014

Selamat Bercuti dan Selamat Bersara Pn Wong

. Friday, August 29, 2014
0 comments

Pn Wong Laddee yang mula berkhidmat di SMJK Chung Ling dari 22 Jun 2009 akan bersara pada 18 Nov 2014. Walau bagaimanapun, oleh sebab cuti yang dikumpulkan oleh belaiu begitu banyak sekali, beliau akan mulai bercuti 2 Sept 2014.

Kita mengucapkan Selamat Bercuti dan Selamat Bersara kepada Pn Wong





Read More »»

Thursday, August 28, 2014

CLHS Paying Respect to MH17

. Thursday, August 28, 2014
0 comments

Date : 22 Aug 2014 (Fri)
Time : 10.40 am




Read More »»

PISA MOCK TEST FASA 3

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa mock test bagi fasa 3 akan berlangsung seperti di bawah

Tarikh : 3 Sept 2014 (Rabu)
Masa : 7.55 am hingga 12.35 pm
Sasaran : Pelajar Tingkatan 3

Dengan ini
1) Guru waktu pertama yang memasuki kelas Tingkatan 3 dikehendaki mengambil kertas soalan di Bilik Gerakan dan memulakan ujian mengikut masa yang ditetapkan.
2) Guru mata pelajaran yang memasuki kelas waktu 12.20 - 12.55 pm dikehendaki menamatkan ujian dan memulangkan skrip jawapan ke Bilik Gerakan.
3) Guru mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris bagi Tingkatan 3 dikehendaki menuntut skrip jawapan kelasnya daripada S/U Peperiksaan, Pn Chua Geok Kuan di Bilik Gerakan pada hari yang sama.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Wednesday, August 27, 2014

Pertukaran Guru Sei Januari 2015

. Wednesday, August 27, 2014
0 comments

Sistem eGTukar akan dibuka mulai 1 hingga 30 Sept 2014 bagi memudahkan permohonan pertukaran guru antara bahagian/negeri, antara daerah dan dalam daerah dijalankan bagi sesi Jan 2015.

Guru-guru boleh membuat permohonan di http://apps.moe.gov.my/epgo/

Guru-guru yang memohon dikehendaki mencetak dan menghantar senarai sepadu pengesah dan pengesahan permohonan muka suratb 6 serta dokumen sokongan kepada Pn Noraida di pejabat sekolah.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Thursday, August 21, 2014

KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN (KPSK)TAHAP 1

. Thursday, August 21, 2014
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Majlis Sukan negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) Tahap 1 bagi tahun 2014 pada ketetapan seperti
berikut:-

 Tarikh       :        22-26 September 2014
 Masa        :        8.00 Pagi - 6.00 Petang
 Tempat     :        Bilik Cemerlang , Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

2. Sekiranya pihak tuan/puan berminat untuk menyertai kursus ini, sila isikan borang pendaftaran dan kembalikan bersama bayaran (RM 120.00) kepada pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sebelum 29 Ogos 2014.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Bahan Mesyuarat Guru ke 3/2014

.
0 comments

Bersama-sama dengn ini dilampirkan bahan mesyuarat yang diadakan pada 16 Ogos 2014.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Monday, August 18, 2014

BAYARAN INSENTIF PROFISIENSI BAHASA INGGERIS (IProBI) KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) YANG MENGAJAR BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH-SEKOLAH

. Monday, August 18, 2014
0 comments

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Perkihidmatan Awam (JPA) telah meluluskan pemberian IproBI kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang mengajar Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah secara “one-off”.(rujuk lampiran Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2014)

3.         Syarat-syarat adalah seperti berikut :
       
             i.         Guru mendapat Keputusan Aptis atau CPT dengan band C1 atau C2. Slip keputusan CPT boleh dimuat turun dari laman sesawang KPM
            ii.          Guru harus mengajar Bahasa Inggeris;
            iii.         Guru yang bukan opsyen jika memohon pemberian insentif ProBI                             perlu mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris sehingga bersara;
            iv.        Dilantik ke dalam perkhidmatan sebelum 1 Januari, 2015;
            v.         Bebas daripada tindakan tatatertib;
           
                     
4.      Guru-guru yang ingin memohon diminta menyemak senarai semak (bahan-bahan yang kena dilampirkan). Semua permohonan mesti sampai ke pejabat (U.P Pn Noraida) selewat-lewatnya 29 Ogos 2014.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Thursday, August 14, 2014

Pengemaskinian eOperasi

. Thursday, August 14, 2014
0 comments

Semua guru dan staf bukan akademik diminta mengemaskini maklumat di dalam eOperasi dengan segera.

Tarikh tutup : 15 OGOS 2014 Jam 12.00 TGH

Read More »»

Wednesday, August 13, 2014

12th International Asia TEFL Conference and 23rd MELTA International Conference 2014.

. Wednesday, August 13, 2014
0 comments

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. The 12th International Asia TEFL Conference and 23rd MELTA International Conference 2014 berkaitan dengan Developing Sustainable Quality In English Education: Envolving Policies, Innovating Practices, Transfoming Learning, akan diadakan pada tarikh, tempat  seperti berikut:
         Tarikh    :  28 - 30 August 2014
         Tempat  :  Borneo Convention Center Kuching, Sarawak.
3. Sekolah-sekolah yang berminat boleh melayari lama sesawang www.asiatefl.org atau www.asiatefl2014.melta.org.my untuk mendapat maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.

Read More »»

Tuesday, August 12, 2014

Lawatan Penandaarasan Satree Phuket School

. Tuesday, August 12, 2014
0 comments

Tarikh : 11 Ogos 2014






Read More »»

Hari Interaksi ke 2 tahun 2014

.
0 comments

Tarikh : 9 Ogos 2014





Read More »»

Lawatan KPM (Bahagian Sekolah Harian)

.
0 comments

JPN telah memaklumkan bahawa satu lawatan KPM (Bahagian Sekolah Harian) akan dibuat ke sekolah kita pada 18 Ogos 2014 (Isnin) sebelah pagi.

Makluman awal menunjukkan tujuan lawatan mereka adalah untuk membuat soal selidik ke atas guru-guru (15 - 16 orang dari pelbagai Tingkatan)  dan pelajar-pelajar (pelbagai Tingkatan) di samping melihat fail-fail sekolah.

Pihak sekolah berharap semua panitia/unit yang berkenaan mengemaskini fail masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Monday, August 11, 2014

Mesyuarat Guru ke 3 tahun 2014

. Monday, August 11, 2014
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Guru yang ke 3 bagi tahun 2014 akan dijalankan seperti berikut :

Tarikh : 16 OGOS 2014 (Sbatu)
Masa : 7.30 pagi (pendaftaran bermula)
Tempat : Dewan Yu Xiu

Salinan minit mesyuarat tidak akan dibekalkan. Tuan/puan boleh memuat turun softcopy di sini.

Sila ambil maklum juga makanan TIDAK akan dibekalkan kerana mesyuarat ini dijangka akan tamat sekitar 10.00 pagi.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Friday, August 8, 2014

Jamuan Hari Guru (anjuran Jemaah Pengurus Sekolah)

. Friday, August 8, 2014
0 comments

Dengan sukacitanya, dimaklumkan bahawa Jemaah Pengurus Sekolah akan menganjurkan Jamuan Hari Guru seperti biasa pada tahun in pada 5 Sept 2014 (Jumaat) 7.00 pm. di dewan sekolah.

Dengan ini, guru-guru dan staf bukan akademik diminta mendaftar nama kepada Penolong Kanan (Petang), Ketua-ketua Bidang atau Pn Wong (Ketua Kerani) selewat-lewatnya 15 OGOS 2014

Sila nyatakan jenis makanan semasa pendaftaran.

Read More »»

Semak Keputusan Program Transformasi Minda

.
0 comments

Untuk makluman pihak tuan, Semakan Keputusan Program Transformasi MInda (PTM) KPM Bilangan 1,2,3 dan 4 Tahun 2014 Anjuran Jabatan Pendidikan Pulau Pinang  boleh disemak mulai hari ini

Sila klik pautan ini.

Guru-guru yang mendapat tawaran program diminta memaklumkan pihak pentadbir.

Terima kasih.

Read More »»

Pelaksanaan Ujian Lisan Mendengar

.
0 comments

Seperti sedia maklum, Ujian Lisan (Mendengar) bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris PT3 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh  :           12 OGOS 2014 (Lisan Bahasa Melayu)
                        13 OGOS 2014 (Lisan Bahasa Inggeris)
 Masa    :           7.30 – 8.50 pagi
Tempat:           Dewan sekolah

Semua pelajar Tingkatan 3 akan berada di dewan pada masa yang ditetapkan di atas. Selepas itu, pengajaran adalah seperti biasa di bilik-bilik darjah masing-masing.

Dilampirkan surat pekeliling berkenaan perkara di atas.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Lawatan Penandaarasan Rombongan Pendidikan Thai

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahwa satu rombongan pendidikan Negeri Thai akan melawat ke sekolah seperti berikut :

Tarikh : 11 Ogos 2014 (Isnin)
Masa : 9.00 -12.00 pm

Tujuan lawatan ini adalah melihat penggunaan smartboard dalam pengajaran dan pembelajaran di samping mengenali sekolah ini.

Pihak sekolah berharap semua guru dapat menggunakan kemudahan smartboard dalam p dan p.

Sekian, terima kasih.

Read More »»