Monday, December 26, 2011

Mesyuarat Guru 2012/1

. Monday, December 26, 2011
0 comments

Mesyuarat Guru yang pertama bagi sesi 2012 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 27 Dis 2012
Masa : 7.30 pagi (pendaftaran bermula)
Tempat : Dewan Tu Xiu

Guru-guru dikehendaki tumb-in di pejabat sebelum 7.30 pagi di pejabat sekolah dari 27 - 30 Dis 2011 dan tumb-out pada 1.30 pm

Read More »»

Tuesday, December 20, 2011

Pemilihan Opsyen SBPA

. Tuesday, December 20, 2011
0 comments

Adalah dimaklumkan kepada semua guru bahawa satu taklimat berkenaan perkara di atas akan diadakan pada 27 Dis 2011 (Selasa) selepas Mesyuarat Guru. Selepas taklimat, semua guru akan diminta membuat pilihan
1) menerima SBPA atau kekal di SSM
2) opsyen bersara pada umur 60 tahun atau kekal dengan pilihan lama (55, 56 atau 58 tahun).

Pada hari tersebut, pihak sekolah TIDAK AKAN memberi penerangan tentang SBPA, tetapi hanya akan menerangkan bagaimana mengisi borang sahaja. Oleh hal yang demikian, semua guru adalah diseru untuk meneliti pekeliling berkenaan dengan SBPA yang boleh diperoleh di laman web JPA sebelum datang ke mesyuarat pada hari tersebut.

INGAT : Borang opsyen perlu hantar pada 27 Dis 2011 kepada JPN.

Bagi guru-guru yang tidak dapat hadir mesyuarat pada 27 Dis 2011, diminta datang ke pejabat sekolah pada 22 atau 23 Dis 2011 untuk menguruskan pemilihan opsyen ini.

Harap maklum.

Read More »»

Monday, December 19, 2011

Mencadang Tema Hari Guru 2012

. Monday, December 19, 2011
0 comments

Semua guru adalah dipelawa untuk memberi cadangan kepada Tema Hari Guru 2012. Guru-guru yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dan borangnya daripada PK Pentadbiran.

Read More »»

Permohonan Lawatan Persendirian Ke Luar Negara

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa mana-mana pegawai yang telah diluluskan permohonan lawatan ke luar negara dan kemudiannya ingin membatalkan lawatan tersebut hendaklah memaklumkan kepada pihak Jabatan dengan segera. Pembatalan ini termasuk perubahan tarikh dan tempat lawatan. Kegagalan pegawai berbuat sedemikian boleh diambil tindakn tatatertib.

Read More »»

Friday, December 16, 2011

Lawatan Penandaarasan ke SM Jit SIn

. Friday, December 16, 2011
0 comments

Satu lawatan tidak rasmi telah diadakan ke SM (Persendirian) Jit Sin telah diadakan pada 15 Dis 2011 (Jumaat) jam 11.00 pagi.










Read More »»

Thursday, December 8, 2011

Saraan Baru Perkihmatan Awam (SBPA)

. Thursday, December 8, 2011
0 comments

Semua guru adalah dinasihati meneliti pekeliling yang boleh diperoleh dari laman web JPA berkenaan pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Mengikut pekeliling, semua kakitangan perkhidmatan awam perlu mengisi pemilihan opsyen sebelum 31 Dis 2011. Setakat ini, JPN/PPD belum memberi taklimat kepada pihak sekolah lagi.

Walau bagaimanapun, diharapkan semua guru dapat bersedia untuk dipanggil balik se sekolah untuk menguruskan pemilihan opsyen ini dalam masa yang singkat. Pekeliling JPA juga boleh diperolehi melalui pautan ini : pekeliling SBPA

Read More »»

Wednesday, December 7, 2011

URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED

. Wednesday, December 7, 2011
0 comments

PEMBERITAHUAN : URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
 DARI GRED DGA29 KE GRED DGA32
 DARI GRED DG41 KE GRED DG44
 DARI GRED DG44 KE GRED DG48
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang giat melaksanakan urusan pemangkuan/ kenaikan pangkat PPP selaras dengan persediaan bagi pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mulai 01 Januari 2012.
Sehubungan itu, tuan/puan adalah dipohon untuk menyemak status kenaikan pangkat masing-masing melalui Ketua Jabatan. Sekiranya tuan/puan telah memenuhi syarat iaitu:
i. Cukup tempoh perkhidmatan,
ii. Bebas daripada senarai peminjam tegar Institusi Pinjaman Pendidikan, dan
iii. Telah mengisytiharkan harta serta bebas daripada hukuman tatatertib
tetapi masih belum dinaikkan pangkat, maka tuan/puan boleh terus berurusan dengan Ketua Jabatan masing-masing bagi mengemukakan maklumat yang diperlukan untuk tindakan BPSM selewat-lewatnya pada atau sebelum 15 Disember 2011.

Read More »»