Thursday, October 29, 2015

Seminar-seminar Pendidikan

. Thursday, October 29, 2015
0 comments

Berikut disenaraikan beberapa seminar/persidangan pendidikan yang bakal dijalankan. Guru-guru yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjutan daripada pautan berikut :




Terima kasih

Read More »»

Wednesday, October 28, 2015

PERSIDANGAN LEAPS OF KNOWLEDGE 2015: THE CLASSROOM REIMAGINED

. Wednesday, October 28, 2015
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa FrogAsia Sdn. Bhd. dibawah projek l Bestarinet menjemput semua guru dan murid yang berminat untuk menghadiri Persidangan Leaps Of Knowledge 2015 : The Classroom Reimagined seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 31 Oktober 2015 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur
Harga Tiket : RM 50.00 seorang (Pengguna l Bestarinet)

 Tujuan persidangan ini adalah untuk memperkasakan warga pendidik dan ibu bapa dalam penyediaan platform terbaik dalam PdP sekaligus memanfaatkan penggunaan Frog di dalam kelas. Persidangan ini juga turut menyediakan ruang bengkel dan pameran sebagai platform untuk guru - guru berkongsi kaedah-kaedah PdP secara praktikal.

 Harga tiket bagi seorang peserta adalah sebanyak RM 50.00 seorang (Pengguna l Bestarinet ). Manakala, pendaftaran secara berkumpulan melayakkan peserta untuk mendapatkan diskaun sebanyak 20% daripada harga asal tiket. Sebarang keterangan lanjut berkaitan persidangan ini boleh didapati di dalam laman sesawang www.leapsofknowledge.com.

Read More »»

Monday, October 26, 2015

JEMPUTAN GURU SAINS DAN MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH MENYERTAI BENGKEL"IMPROVISATION OF INSTRUCTIONAL MATERALS"

. Monday, October 26, 2015
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa SEAMEO RECSAM akan mengadakan bengkel bertajuk "improvisation of Instructional Materials" untuk guru-guru sains dan matematik sekolah menengah. \
Untuk makluman pihak tuan, bengkel ini juga akan dihadiri oleh guru-guru daripada negara Afrika.

 Tujuan bengkel ini adalah untuk membantu meningkatkan tahap profesionalisme guru selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Selain itu juga, bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kreativiti guru dalam menghasilkan bahan-bahan pengajaran sains dan matematik.

.Guru-guru yang berminat diminta bahan-bahan yang dilampirkan..

Yuran pendaftaran dan lain-lain implikasi kewangan adalah di bawah tanggungan peserta/guru sendiri.

Bengkel tersebut akan diadakan pada tarikh seperti berikut:

Tarikh : 2 &3 November 2015
Tempat :  SEAMEO RECSAM, Penang

Read More »»

Thursday, October 22, 2015

Penundaan tarikh Karnival Sukan Permainan PESSCA 2015

. Thursday, October 22, 2015
0 comments

Untuk makluman semua, Karrnival Sukan Permainan PESSCA @ PSKPP yang sepatutnya berlangsung pada 24 Oktober 2015, hari Sabtu ini di SMK Mutiara Impian terpaksa ditunda pada satu tarikh yang lain memandangkan keadaan bacaan IPU yang berada pada tahap sangat tidak baik di seluruh negeri Pulau Pinang.

Harap maklum.

Read More »»

Majlis Tamat Pengajian

.
0 comments

Untuk makluman semua, Majlis Tamat Pengajian yang dijadualkan pada 24 Oct 2015 (Sabtu) akan tetap berlangsung tidak kira keadaan cuaca.

Semua guru diminta berada di sekolah sebelum jam 7.30 pg seperti yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Wednesday, October 21, 2015

DAFTAR ONLINE AHLI PESSCA TIMUR LAUT UNTUK CETAKAN KAD KEAHLIAN PESSCA

. Wednesday, October 21, 2015
0 comments

 Sukacita dimaklumkan Jawatankuasa PESSCA Timur Laut akan mencetak kad keahlian PESSCA Timur Laut untuk kegunaan semua ahli PESSCA yang berdaftar pada tahun 2015. Justeru itu, 
   Jawatankuasa PESSCA Timur Laut memerlukan pengesahan daripada semua ahli PESSCA yang berdaftar untuk membuat pengisian secara online. Pendaftaran ahli PESSCA Timur Laut adalah seperti ketetapan berikut:
1. Sila lantik seorang wakil untuk memaklumkan kepada semua ahli PESSCA      Timur Laut yang berdaftar di sekolah masing-masing.
2. Setiap ahli PESSCA dikehendaki melayari portal www.pesscatimurlaut.my
3. Sila klik butang DAFTAR AHLI di ruangan kanan atas portal.
4. Setiap ahli PESSCA Timur Laut dikehendaki mengisi maklumat berkenaan:
                i) Nama penuh
                ii) No. Kad Pengenalan
                iii) Jantina
                iv) Gred jawatan
                v) Tempat bertugas
                vi) E-mail
                vii) No. Telefon Bimbit

5. Setelah pengisian telah lengkap, sila klik butang HANTAR.
6. Tarikh akhir pengisian pendaftaran ahli PESSCA Timur Laut adalah pada atau sebelum 30 Oktober 2015 (JUMAAT).
7. Admin portal PESSCA Timur Laut akan mencetak senarai nama keahlian mengikut sekolah masing-masing. Senarai berkenaan akan dihantar semula ke sekolah masing-masing untuk semakan terakhir sebelum kad keahlian dicetak. Tarikh akhir semakan akan dimaklumkan dalam email sekolah.
Jawatankuasa PESSCA Timur Laut sangat menghargai komitmen pihak tuan dalam memudahkan pengurusan pendaftaran ahli secara online. Justeru itu, pastikan tiada nama yang tercicir supaya kad keahlian PESSCA dapat dicetak dan digunakan oleh semua ahli PESSCA Timur Laut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Sharil Azrul: 0192709571 atau Encik Yusri: 0134333159.

Sekian, Terima kasih

Read More »»

Tuesday, October 20, 2015

Tarikh-tarikh Penting

. Tuesday, October 20, 2015
0 comments

Tarikh akhir
Tarikh akhir bagi
Tindakan


30 Okt 2015
·         Penyerahan borang prestasi, LNPT 2015 dan salinan kad pengenalan/buku akaun bank kpd PK Petang dan Ketua Bidang
·         Tarikh akhir memasukkan data dalam HRMIS
·         Tarikh akhir untuk memaklumkan PPP dan PPK perubahan/penambahan keberhasilan dalam PBPPP
Semua staf
Tarikh akhir untuk kemasukan prestasi PBS Tingkatan 1 – 3
Guru matapelajaran Tingkatan 1 – 3
11 – 17 Nov 2015
Kemasukan Prestasi Ujian Bertulis PT3 ke dalam sistem
Guru-guru Tingkatan 3 yang terlibat
13 Nov 2015
Tarikh akhir kemasukan rekod LDP dalam sistem splg
Semua staf
Tan Lon Eng     
20 Nov 2015
Penyerahan Buku Persediaan Mengajar, senarai semak dan BPT kepada Pn Rukumani di pejabat
Semua guru
27 Nov 2015
Penyerahan markah dan kemasukan markah ke dalam SMS dan SAPS
Guru mata pelajaran
15 Dis 2015

Pendaftaran pelajar Tingkatan 1
PK Petang & guru-guru yang berkenaan
28 – 31 DIs 2016
Persediaan Sesi Persekolahan 2016
Semua guru kena hadir di sekolah  dari 7.30 pagi – 1.30 tgh
28 Dis 2015
(Isnin)
Mesyuarat Guru 1/2016 (7.45 pagi)
Semua guru
Mesyuarat JKKS 1/2016 (11.00 am)
AJK JKKS
29 Dis 2015
(Selasa)
Persediaan Bilik Darjah (9.00 – 12.00 pm)
Guru Tingkatan dan pelajar-pelajar
Mesyuarat Panitia 1/2016 (12.30 - 1.30 pm)
Semua guru
30 Dis 2015
(Rabu)
Orientasi Pelajar Tingkatan 1
Latihan Dalam Perkhidmatan*
Guru-guru yang berkenaan
31 Dis 2015
(Khamis)
Persediaan sesi persekolahan baru tahun 2016
semua guru
Program Pembudayaan Sekolah Guru Baru
Guru-guru baru

Read More »»

Pengemaskinian Maklumat dalam e Operasi

.
0 comments

Semua guru dan staf sokongan dikehendaki mengemaskini data peribadi masing masing dalam sistem eOperasi selewat-lewatnya 25 OKT 2015.

Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam data peribadi, sila hubungi Cik Ong Bee Leng.

Harap maklum

Read More »»

Friday, October 16, 2015

Perhimpunan Pagi

. Friday, October 16, 2015
0 comments

Perhimpunan Pagi akan dijalankan seperti berikut :

1) 19 OKT 2015 (Isnin) : Tingkatan 5 dan 6
2) 20 OKT 2015 (Selasa) : Tingkatan 3 dan 4

Harap maklum

Read More »»

Tuesday, October 13, 2015

Mr Neoh Boon Hong retires

. Tuesday, October 13, 2015
0 comments

Mr Neoh Boon Hong who has served this school since 1 Dec 1989 has retired on 7 Oct 2015.
We wish him good luck and health. TQ for your wonderful 26 year service in Chung Ling.







Read More »»

Dailog Prestasi PPD

.
0 comments

Tarikh : 8 OKT 2015



Read More »»

Majlis Kecemerlangan Gerko 2015 庆功宴

.
0 comments

Tarikh : 2 OKT 2015

Read More »»

Pengisian LNPT menggunakan Sistem HRMIS tahun 2015

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa KPM telah mengarahkan supaya pengisian LNPT HRMIS diperluaskan ke peringkat sekolah mulai tahun 2015.

Oleh hal yang demikian, semua guru dan staf sokongan sekolah wajib untuk mengisi LNPT atas sistem HRMIS di alamat https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/Common/Main/Login.aspx.

Tarikh tutup (peringkat sekolah) : 30 OKT 2015

Satu taklimat yang komprehensif akan diberikan semasa Mesyuarat Guru ke 4 pada 17 Okt 2015. Walau bagaimanapun, bahan-bahan rujukan sudah dimuat naik dalam VLE 1Bestarinet (FROG).

Sekian, terima kasih

Read More »»

PENYERTAAN PELAJAR DAN GURU/STAF BAGI PROGRAM SP HALF MARATHON 2015

.
0 comments

Untuk perhatian semua,

Penang Possible Run 2015 akan diadakan pada 29 November 2015 di Youth Park, Penang.  Sijil bagi jarak ini adalah e-certs.  Sijil ini ditandatangani oleh YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan.  Laman web akan dimaklumkan nanti untuk mencetak sijil bersama masa larian anda.

Semua peserta akan mendapat t-shirt exclusive Mizuno sebelum larian serta semua peserta yang menamatkan larian akan mendapat medal (pewter finisher) - sila rujuk lampiran.

Untuk guru dan pelajar sekolah yuran pendaftaran adalah RM50 (sila rujuk lampiran).

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Monday, October 12, 2015

BENGKEL:'INSPIRING SCIENCE ACTIVITIES IN THE CLASSROOMS' DAN 'APPLYING INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY CREATIVELY IN MATHEMATICS EDUCATION'

. Monday, October 12, 2015
0 comments

Bersama-sama dengan ini dilampirkan bahan-bahan berkenaan dengan tajuk di atas untuk tindakan dan rujukan semua guru yang berminat.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Mesyuarat Guru ke 4 Tahun 2015

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Guru ke 4 tahun 2015 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 17 OKT 2015 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi (pendaftaran bermula)
Tempat : Dewan Yu Xiu

Bersama-sama dengan ini disertakan minit mesyuarat ke 3 untuk rujukan dan tindakan semua guru.

Untuk makluman semua, mesyuarat panitia ke 4 akan disambung selepas mesyuarat guru ini.

Harap maklum. Terima kasih

Read More »»

Sunday, October 11, 2015

Pengisian Modul Pelaporan PBS (Pentaksiran Sekolah)

. Sunday, October 11, 2015
0 comments

Para guru mata pelajaran Tingkatan 1 - 3 adalah dikehendaki menyempurnakan pengisian prestasi pentaksiran sekolah para murid dalam School Management System (SMS) selewat-lewatnya 30 Oct 2015.

Para guru tingkatan 1 - 3 juga diminta melengkapkan bahagian 'ULASAN' dalam pelaporan tersebut.

Proses percetakan pelaporan modul pelajar akan dijalankan mulai 2 Nov 2015 oleh s/u PBS.

Harap maklum

Read More »»

Saturday, October 10, 2015

PELAKSANAAN THE WORLD'S LARGEST LESSON (WLL) DI SEKOLAH - SEKOLAH SELURUH MALAYSIA

. Saturday, October 10, 2015
0 comments

The World's Largest Lesson (WLL) merupakan salah satu inisiatif di bawah Project Everyone yang mendapat mandat dan sokongan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). WLL adalah salah satu platform bagi memperkenalkan 17 matlamat ini kepada semua lapisan masyarakat di seluruh dunia terutama melalui pendidikan. Sebanyak 24 modul pengajaran WLL yang dirangka oleh guru-guru di serata dunia telah dimuatnaik di internet.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyokong kempen penyebaran lhe Global Goals atau SDGs ini, dan menyaran agar semua sekolah di seluruh Malaysia untuk turut serta dengan memuat turun dan menggunakan modul pengajaran WLL dalam sesi pengajaran yang bermula pada 28 September 2015.

Bagi memastikan kelancaran WLL, FrogAsia yang merupakan wakil PBB dalam memudahcara dan membantu KPM menjayakan program ini, telah menyediakan empat (4) modul pengajaran WLL yang dikenalpasti untuk diajar di sekolah-sekolah di Malaysia. Keempat-empat modul ini akan dimuatnaik di laman Frog Store. Tema kepada empat (4) modul
 i. Transformasi Pendidikan;
 ii. Pembasmian Kemiskinan;
iii. Penjimatan Tenaga; dan
iv. Penjagaan Alam Sekitar.

Para guru dan murid digalakkan untuk menggunakan Frog VLE bagi tujuan memuat turun dan berkongsi informasi berkaitan WLL. Menerusi Frog VLE, para guru boleh mengambil inisiatif sendiri untuk menjadikan pengajaran dan pernbelajaran WLL secara lebih kreatif, efektif dan menyeronokkan dengan menggunakan fungsi-fungsi interaktif yang telah disediakan.

Read More »»

KEPERLUAN MEMENUHI LATIHAN TUJUH (7) HARI SETAHUN BAGI WARGA KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

.
0 comments

Bersama-sama ini dilampirkan bahan-bahan berikut untuk tindakan dan rujukan semua guru dan staf sokongan:
a. Surat Keperluan Memenuhi Latihan Tujuh (7) Hari Setahun Bagi Warga Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Negeri Pulau Pinang.
b. Surat Edaran Keperluan Memenuhi Latihan Tujuh (7) Hari Setahun bagi Warga Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM.

Read More »»

Thursday, October 8, 2015

Pentaksiran Tingkatan 3 Tahun 2015

. Thursday, October 8, 2015
0 comments

Sepanjang Pentaksiran Tingkatan 3 dijalankan pada 12/10/15, 13/10/15 dan 15/10/15, semua guru diminta memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

a) loceng sekolah akan berbunyi mengikut jadual waktu lama sepanjang minggu 12/10 hingga 16/10/15. (Program Intervensi ditangguhkan)
b) Pada hari 12/10 dan 13/10/15, waktu rehat Tingkatan 3 diawalkan dan dipanjangkan (dari 10.10 pg - 10.45 pg).
c) Waktu rehat Tingkat 3 pada 15/10/15 dikembalikan kepada waktu asal pada jam 10.45 - 11.10 pg)
d) Sepanjang PT3 dijalankan, waktu terakhir (1.30 pm - 2.05 pm) dibatalkan.
e) Dua pusat peperiksaan: Dewan (semua kelas kumpulan A dan 3TB1) dan Blok D (kelas-kelas lain)
f) Bilik-bilik darjah di Blok D akan ditutup mulai 10/10/15 dan pelajar-pelajar Tg 3 yang hadir akan dikumpulkan di kelas 3TC3 dan 3TC4. Guru-guru mata pelajaran tersebut dikehendaki menjaga disiplin kedua-dua kelas tersebut.

Harap maklum

Read More »»

Tuesday, October 6, 2015

Taklimat Pengawasan PT3

. Tuesday, October 6, 2015
0 comments

Satu taklimat pengawasan akan dijalankan seperti betrikut :

Tarikh : 8 OKT 2015 (Khamis)
Masa : 2.10 pm
Tempat : Auditorium

Semua guru yang mengajar Tingkatan 3 dan MUET Tingkatan 6 diwajibkan hadir.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Perhimpunan Pagi

.
0 comments

Satu perhimpunan pagi akan berlangsung seperti berikut :

Tarikh : 7 OKT 2015 (Rabu)
Masa : 7.30 pagi
Tingkatan : 5 dan 6

Harap maklum


Read More »»

Mesyuarat JKKS ke 4 tahun 2015

.
0 comments

Adalah dimaklumkan Mesyuarat JKKS ke 4 tahun 2015 yang pada mulanya dijadualkan pada 5 OKT 2015 terpaksa ditunda ke 7 OKT 2015 (Rabu) pada masa dan tempat yang sama.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Sunday, October 4, 2015

Pembatalan Taklimat data Kewangan dan Kehadiran Kokurikulum

. Sunday, October 4, 2015
0 comments

Salam...
Info unit koko.
Perhatian...
Taklimat data kewangan dan data kehadiran kokurikulum pada esok, 5/10/2015 telah DIBATALKAN. Tarikh yg baru akan dimaklumkan kemudian. 

Harap maklum dan terima kasih.

Read More »»

Makluman penutupan sekolah-sekolah pada 5&6 Oktober 2015

.
0 comments

Menurut arahan daripada JPN, dengan ini dimuatnaik makluman yang berkaitan dengan perkara di atas.

Harap maklum

Read More »»

Saturday, October 3, 2015

Karnival Sains 2015

. Saturday, October 3, 2015
0 comments

Tarikh : 18 Sept 2015

Read More »»

Lawatan Penandaarasan PPD Sepang

.
0 comments

Rombongan dengan seramai 29 orang pengetua dan Ketua PPD Daearah Sepang, Selangor akan menjalani lawatan penandaarasan ke sekolah kita seperti berikut :

Tarikh : 6 OKT 2015 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi

Pihak sekolah berharap mendapat kerjasama daripada semua guru demi memberi satu imej yang baik kepada para pelawat pada hari tersebut.

Sekian, terima kasih.

Read More »»

Mesyuarat JKKS kali ke 4 Tahun 2015

.
0 comments

Satu mesyuarat JKKS akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 5 OKT 2015 (Isnin)
Masa : 2.10 ptg
Tempat : Bilik Persidangan

Semua AJK adalah dikehendaki hadir.

Makan tengahari akan disediakan di kantin guru mulai jam 1.00 pm.

Harap maklum

Read More »»