Monday, July 29, 2013

Insurans CUEPAC

. Monday, July 29, 2013
0 comments

Pihak CUEPAC menghubungi sekolah ingin mendapatkan payslip bagi 63 orang guru sekolah kita bagi tujuan pemprosesan Insurans yang dipohon.

Pihak sekolah meminta guru-guru yang tersenarai dalam senarai insuras ini menghubungi pejabat (Pn Nooraida) dengan segera.  Pihak sekolah memerlukan kebenaran daripada guru-guru berkenaan untuk  melepaskan salinan payslip kepada CUEPAC.

Sekian.

Read More »»

Penguatkuasaan Surat Siaran KPPM Bil 4 Tahun 2012 (Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang Di Sekolah)

.
0 comments

Sukacitanya dimaklumkan bahawa KPM telah mengeluarkan surat siaran KPPM Bil 4 tahun 2012, Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang bertarikh 8 Feb 2012.

Oleh hal yang demikian, semua guru dikehendaki mematuhi surat siaran tersebut yang boleh dimuat turun di guru penyayang

Read More »»

锺灵三校运功会Sukan Gabungan Chung Ling

.
0 comments

Tarikh : 25 Julai 2013 (Khamis)

spsoo's 2013 Combined Sports album on Photobucket

Read More »»

Cuti Berganti Hari Raya Puasa

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa JPN telah meluluskan permohonan cuti berganti Hari Raya Puasa pada 5 dan 6 Ogos 2013. Ini bermaksud sekolah akan bercuti mulai 3 Ogos sehingga 18 Ogos 2013.

Hari persekolahan ganti bagi kedua-dua hari cuti terjatuh pada 24 Ogos 2013 dan 21 Sept 2013.

Harap maklum

Read More »»

Monday, July 22, 2013

Pengemaskinian Data E-operasi

. Monday, July 22, 2013
0 comments

Semua guru dikehendaki mengemaskini maklumat peribadi dalam sistem e-operasi di http://apps.moe.gov.my/eoperasi/ .


Antara perkara-perkara yang perlu dikemaskini termasuk
a) maklumat peribadi (khususnya gaji)
b) Maklumat pasangan 
c) Maklumat akademik 
d) maklumat ikhtisas
e) Maklumat perkhidmatan
f) Maklumat Sejarah Perkhidmatan
g) Maklumat Latihan/Kursus (masukkan kursus/LDP yang dihadiri sehingga tahun 2013)
h) Maklumat Elaun (kemaskini elaun terkini)

Jangan terlupa mengesahkan pengemaskinian data dengan menandakan Ö  pada petak yang disediakan di bahagian "Maklumat Peribadi" (di bawah sekali)

Guru-guru boleh menghubungi PK 1 atau Cik Ong BL untuk membuat pembetulan/pengemaskinian data yang tidak boleh dilakukan sendiri.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah tidak dapat menguruskan ID dan KATALALUAN guru-guru. Sekiranya guru-guru sudah lupa ID atau KAKALALUAN, sila maklumkan PK 1 seawal yang mungkin (3 hari sebelum tarikh akhir) supaya pihak PPD dapat dihubungi dan pengemaskinian data E-Operasi dapat diselesai sebelum tarikh tutup.

Tarikh tutup adalah pada 28 Julai 2013 (Ahad).


Read More »»

Saturday, July 20, 2013

Kejohanan Renang 2013

. Saturday, July 20, 2013
0 comments

Tarikh : 18 Julai 2013

spsoo's Swimming Meet 2013 album on Photobucket

Read More »»

Monday, July 15, 2013

Sedutan ISC 2013

. Monday, July 15, 2013
0 comments

spsoo's 2013 ISC album on Photobucket

Read More »»

Pencerapan P & P Dan Penyemakan Buku Rampaian Pelajar 2013/2

.
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa pencerapan dan penyemakan buku rampaian kali ke 2 tahun ini akan dijalankan dari 22 Julai hingga 30 Ogos 2013.

Tempoh pencerapan yang agak panjang diperuntukkan kali ini kerana di antara tempoh tersebut terdapat beberapa peperiksaan/ujian dijalankan. Guru pencerap diminta menggunakan masa di mana tiada peperiksaan/ujian untuk melaksanakan pencerapan p & p.

Sekian, terima kasih

Read More »»

Thursday, July 11, 2013

Kempen Kesedaran Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di Sekolah

. Thursday, July 11, 2013
0 comments

Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Pulau Pinang telah menganjurkan satu kempen di SMK Guar Perahu Indah pada 6 Julai 2013. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia dan dihadiri oleh semua sekolah di Pulau Pinang.

Sekolah kita amat bertuah kerana diundang untuk membentang satu kertas yang bertajuk "Perkongsian Pengalaman Berkenaan Perlaksanaan KKP di Sekolah". Sekolah kita telah diwakili oleh En Soo Seng Poh, Penolong Kanan Pentadbiran.




Read More »»

Wednesday, July 10, 2013

Penggunaan Smartboard Tg 1 - 3

. Wednesday, July 10, 2013
0 comments

Dengan sukacitanya, dimaklumkan bahawa smartboard bagi Tingkatan 1 hingga 3 sudah boleh mula digunakan mulai 11 Julai 2013 (Khamis). 


Pihak sekolah berharap para guru dapat menggunakan kemudahan ini semaksima yang mungkin. Para guru juga diseru menggunakan perisian atas talian (Score A) yang dibekalkan.

Sekian, terima kasih

Read More »»

2013 International Student Camp Opening Ceremony

.
0 comments

Date : 7 July 2013 (Sunday)
Time : 2.00 pm
Venue : School Hall

spsoo's 2013 ISC Opening album on Photobucket

Read More »»

Friday, July 5, 2013

PENGGUNAAN SCORE A PROGRAM ATAS TALIAN

. Friday, July 5, 2013
0 comments

Adalah dimaklumkan bahawa Id bagi menggunakan program SCORE A telah dibekalkan dan satu latihan telah pun diberikan pada 4 July 2013.

Guru-guru yang tidak menghadiri latihan tersebut boleh log masuk di www.scorea.com dan mencuba program ini di rumah.

Pass word yang diberikan hanya bagi sementara sahaja. Seminggu kemudian, pass word baru akan dimasukkan terus ke dalam smartboard setiap kelas.
Oleh hal yang demikian, diharap cikgu-cikgu dapat mencuba program ini sebelum password yang dibekalkan luput.

Terima kasih  

Read More »»

Monday, July 1, 2013

Bengkel Program Interaktif Atas Talian (Score A)

. Monday, July 1, 2013
0 comments

Lanjutan daripada LDP pada 22 Jun 2013, satu bengkel "hand-on" berkenaan program interaktif atas talian (Score A) akan diadakan pada 4 Julai 2013 (Khamis) seperti berikut :

Sesi 1 : 11.00 pagi di kelas 2TA5 dan 2TB1
Sesi 2 : 2.15 pm di kelas 3TA1 dan 3TA2

Guru-guru boleh memlihi mana-mana sesi yang bersesuaian. Setiap sesi akan mengambil masa kira-kira 1 jam.

Pada masa yang sama, latihan pengoperasian smartboard juga akan diberikan kepada guru-guru yang baru kepada perkakasan ini (Khususnya guru-guru Tingkatan 1, 2 dan 3)

Harap maklum

Read More »»